Langkau ke kandungan utama

9 Tips Sihat untuk Meningkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan Anda



Gaya hidup serta cara makan kita memberikan pengaruh yang besar kepada sistem pencernaan

kita. Dengan mengambil langkah-langkah yang menyihatkan, sistem pencernaan anda akan

berfungsi dengan lebih baik dan akhirnya akan memberikan kesihatan yang lebih baik.
Tips Tingkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan Anda
1.Teruskan mengunyah

Satu tips yang mudah namun memberikan kesan yang besar kepada sistem pencernaan anda ialah

dengan mengunyah. Perbuatan mengunyah sering kali dipandang dengan sebelah mata, namun ia

sangatlah penting bagi proses pencernaan yang baik. Lebih banyak anda mengunyah di dalam

mulut, lebih sedikit kerja yang diperlukan selepas itu. Otak anda juga memerlukan sedikit

masa untuk menerima isyarat bahawa anda sudah kenyang, jadi ambil masa untuk mengunyah

kita-kira 20 hingga 30 kali sebelum menelan makanan anda. Berikan perut anda untuk

bersedia sebelum menerima makanan yang akan masuk ke dalamnya.
2.Banyak makan serat

Adalah penting untuk anda mengambil serat bagi membolehkan makanan terus bergerak melalui

usus dengan lancar.  Terdapat dua jenis serat – serat larut dan serat tak larut. Serat

larut seperti sayur-sayuran dan bijirin akan menyerap air daripada tinja supaya ia tidak

menjadi terlalu cair. Serat tak larut membantu menjadikan tinja lebih berketul-ketul.

Dengan memadankan makanan yang berlemak dengan serat, tubuh badan anda akan mampu untuk

memecahkian makanan berlemak yang mana kebiasaannya tidak dapat dicerna dengan mudah.
3.Minum air
Tambahkan lebih banyak air dalam diet anda yang akan membantu proses pencernaan dengan

melarutkan lemak dan lemak terlarut – ini akan membantu makanan untuk melepasi usus anda

dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah namun memberikan kesan yang besar. Hal

ini adalah disebabkan oleh, terlalu sedikit air dalam badan akan menyebabkan tinja menjadi

keras dan sukar untuk melalui kolon.
4. Senaman

Gerakkan tubuh badan anda  dengan cara berjalan atau berjoging, mengangkat beban ataupun

melakukan senaman yoga. Cara ini akan membolehkan makanan anda digerakkan melalui sistem

pencernaan serta merangsang otot-otot saluran tersebut. Perkara ini penting disebabkan

oleh dinding kolon anda perlu untuk mengecut apabila tinja melaluinya dan dengan cara

bersenam, ia akan menguatkan otot tersebut.
5.Mengurangkan tekanan
Rasa tertekan atau resah boleh menyebabkan sistem pencernaan anda terjejas disebabkan oleh

otak dan sistem pencernaan tersebut saling berhubung. Tekanan boleh menyebabkan masalah

pencernaan seperti sindrom perut luka serta ulser. Bagi mengawal masalah seperti ini, anda

boleh cuba senaman yang menenangkan seperti bernafas dalam-dalam, bermeditasi ataupun

berdoa.
6.Makan makanan suam
Limpa akan menjadi aktif bekerja dalam suasana yang suam. Hal ini disebabkan oleh enzim

pencernaan kita memerlukan keadaan suam bagi memecahkan makanan dengan baik. Keadaan

makanan dan minuman yang terlalu sejuk akan boleh menyebabkan fungsi limpa akan terganggu.

Jadi, makan makanan yang suam akan lebih mudah untuk dihadam. Sertakan sup, sayur-sayuran

yang dimasak atau teh ke dalam diet pemakanan anda.
7. Berhenti merokok

Merokok boleh memberikan kesan negatif kepada sistem pencernaan anda disebabkan oleh ia

akan melamahkan injap yang berada di hujung esofagus dan akhirnya akan menyebabkan refluks

asid serta pedih ulu hati. Merokok juga akan meningkatkan risiko kanser perut.
8.Pengurangan berat badan

Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun pun sudah cukup untuk menyebabkan masalah

pencernaan. Hal ini adalah disebabakan oleh, injap yang terletak di antara perut dan

esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga menyebabkan asid perut untuk

kembali masuk semula ke dalam esofagus semula. Dengan cara pengurangan berat badan, anda

seolah-olah mengurangkan tekanan dan membenarkan sistem pencernaan anda berjalan dengan

baik.
9.Cuba probiotik

Selain daripada serat, satu perkara yang anda tidak boleh lupakan daripada diet anda ialah

probiotik yang mana sangat berguna kepada sistem imun kita. Probiotik akan bersaing dengan

bakteria jahat dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan antibodi kepada kita serta

membebaskan probiotik semula jadi dalam laluan pencernaan. Kajian telah mendapati bahawa

probiotik boleh mencegah alahan dan jangkitan serta penyakit yang melibatkan perut. Susu

kultur merupakan salah satu sumber probiotik yang terbaik. Anda juga boleh cuba kubis

jeruk dan tempe.

sumber:mrtengkuasmadi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag