PUTERA Mansour bin Moqren. - Foto AFP
RIYADH: Seorang putera Saudi dilaporkan terbunuh apabila helikopter yang dinaiki bersama
beberapa pegawai terhempas berhampiran sempadan selatan Arab Saudi-Yaman yang dilanda
perang.
Rangkaian televisyen Al-Ekhbariya mengumumkan kematian Putera Mansour bin Moqren, timbalan
gabenor wilayah Asir yang juga anak bekas putera mahkota.
Setakat ini, tiada laporan mengenai punca kemalangan dan nasib pegawai lain dalam
helikopter terbabit.
Tragedi itu berlaku seiring tindakan Arab Saudi menggempur salah laku dalam kalangan
golongan atasan menerusi penahanan putera raja, menteri dan seorang hartawan, jutawan,
pada ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kuasanya. - AFP
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan