KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan
ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di beberapa kawasan
perairan Semenanjung, Sabah serta Sarawak hingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan kawasan yang dijangka terbabit
termasuklah di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah
iaitu Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi
laut dan sukan laut.
Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Kelantan dan Sarawak (Mukah dan Bintulu) dijangka
berterusan hingga pagi ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak
mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan