PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebentar tadi tiba di Kuching bagi mengadakan
lawatan kerja sehari ke Sarawak. - Foto Asyrah Hamzah
KUCHING: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebentar tadi tiba di bandar raya ini bagi
mengadakan lawatan kerja sehari ke Sarawak.
Beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghadiri
Majlis Perundingan Tahunan Malaysia - Indonesia di Hotel Hilton, di sini, jam 11.45 pagi
ini.
Jokowi dan Najib dijangka membincangkan beberapa perkara bertindih antara kedua-dua negara,
terutama membabitkan isu sempadan, selain usaha memperkukuhkan hubungan dagang kedua negara.
Beliau kemudiannya dijadualkan bertemu 6,000 warga Indonesia di Sarawak di Stadium
Perpaduan, Petrajaya, jam 2 petang sebelum berlepas pulang ke Jakarta.
sumber:BH
Ulasan
Catat Ulasan