New Delhi: Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas doktor mengeluarkan 639 paku besi
dari perutnya menggunakan magnet.
Lelaki berusia 48 tahun itu menghidap skizofrenia dan menelan semua paku sepanjang lima
sentimeter itu tetapi ajaibnya, tidak satupun menembusi sistem penghadamannya.
Lelaki itu dibawa ke hospital dua minggu lalu selepas tidak henti-henti muntah selain
mengadu sakit perut.
Rakaman video yang tersebar menunjukkan doktor memeriksa kandungan ususnya menggunakan
kaedah endoskopi sebelum membedahnya dalam prosedur selama dua jam untuk mengeluarkan paku
berkenaan.
Rakaman video menunjukkan doktor di Kolej Perubatan dan Hospital Calcutta mengeluarkan
paku berkenaan menggunakan magnet dengan berat keseluruhannya 1.3 kilogram.
Dr Siddhartha Biswas berkata: “Ususnya beralih disebabkan paku berkenaan. Semua paku itu
berukuran lebih lima sentimeter dan tajam, tetapi dia bernasib baik ia tidak menyebabkan
kelukaan teruk di dalam ususnya.
“Kami membuat potongan sepanjang 10 sentimeter di dalam abdomen sebelum mengeluarkan paku
itu menggunakan magnet.
“Namun kami turut menemui sisa tanah yang juga dipercayai ditelan pesakit ini.”
Times of India melaporkan, pesakit itu kini stabil dan dalam pemerhatian.
sumber:beritametro
Ulasan
Catat Ulasan