sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ibu tunggal menipu pakej mendaki gunung 11 bulan penjara
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal terpaksa meringkuk dalam penjara 11 bulan akibat
tindakannya menyalah guna wang seorang peguam berhubung pakej mendaki Gunung Kinabalu.
Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan hukuman itu terhadap Saliza Rosbeh, 30, seorang
pekerja katering, selepas tertuduh mengaku bersalah atas 2 pertuduhan menyalahgunakan wang
milik Azlina Jamaluddin, 50, yang masing-masing berjumlah RM2,100 dan RM2,550.
Majistret Haslinda A Raof memerintahkan wanita itu dipenjara 11 bulan bagi pertuduhan
pertama dan 10 bulan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman itu bermula tarikh
tertuduh ditangkap pada 15 Ogos 2017.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Jalan Kemensah Heights antara
8.00 pagi dan 5.00 petang, 8 Disember 2016 dan 1.08 petang, 7 Jun lepas mengikut Seksyen 403
Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun dan sebat serta boleh dikenakan
denda.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, telah menawarkan pakej
mendaki Gunung Kinabalu kepada mangsa lalu mangsa membuat bayaran secara berperingkat kepada
tertuduh namun selepas bayaran dibuat, mangsa tidak menerima perkhidmatan yang ditawarkan.
Ketika rayuan, Saliza yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman
ringan kerana dia perlu menyara 3 anaknya selepas bercerai dengan suaminya 3 tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan
mengambil kira kes seperti itu kerap berlaku selain tindakan tertuduh menyebabkan mangsa
mengalami kerugian.
sumber:freemalaysiatoday.com
Ulasan
Catat Ulasan