Langkau ke kandungan utama

Kawal aktiviti spekulasi mata wang kripto


KUCHING: Pihak berkuasa perlu mengawal selia mata wang kripto berbanding melarang sepenuhnya

penggunaan mata wang digital itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata buat

permulaan mata wang kripto perlu disekat daripada didagangkan dan dijadikan aktiviti

spekulasi.

Malah katanya aktiviti seumpama itu juga adalah haram dan tidak patuh syariah dalam kewangan

Islam.

"Namun, ia berbeza jika mata wang kripto ini digunakan untuk kegunaan transaksi urus niaga

dan juga jual beli. Ia adalah dibolehkan mengikut kewangan Islam.

"Saya menyokong penggunaan mata wang kripto ini kerana ia idea yang menakjubkan dan

memudahkan transaksi urus niaga.

RAJA Teh Maimunah Raja Abdul Aziz bercakap kepada wartawan ketika Forum Ekonomi Islam
Sedunia (WIEF) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).- Foto Asyraf Hamzah

"Saya harap pihak berkuasa akan mengawal selia mata wang ini kerana kita tidak mahu ia

disalahgunakan," katanya ketika ditemui pemberita di luar Forum Kewangan Islam Dunia (WIEF)

ke-13 di sini, hari ini.

Raja Teh Maimunah berkata, apa yang menarik mengenai mata wang kripto ialah kemampuannya

menjadi mata wang universal berbanding mata wang fiat atau mata wang tunggal seperti dinar.

"Sebenarnya penggunaan mata wang kripto ini boleh memainkan peranan lebih besar daripada

dinar. Cuma masalah dengannya ialah sudah berlaku salah guna apabila ada yang sudah

mengalami kerugian apabila beranggapan ia sebagai penipuan.

"Puncanya ialah kerana terdapat orang yang mendagangkan mata wang berkenaan. Apabila anda

mula berdagang sesuatu, ia mengundang spekulasi kerana mata wang itu sendiri tidak mempunyai

apa-apa nilai.

"Maka pandangan saya berdasarkan perbincangan dengan ulama ialah mata wang kripto ini adalah

haram untuk didagangkan. Sama seperti derivatif dalam syariah yang tidak dilarang

penggunaannya, cuma tidak membenarkan ia daripada didagang," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Kewangan Islam

Antarabangsa (INCEIF), Datuk Dr Mohd Azmi Omar turut sependapat yang aktiviti spekulasi

termasuk mendagangkan mata wang kripto adalah dilarang.

Katanya, ia berikutan mata wang itu adalah mata wang maya dan tidak disokong oleh sebarang

aset seperti komoditi atau disokong oleh kerajaan seperti mata wang fiat.

"Namun, terdapat sesetengah ulama berpendapat yang mata wang kripto boleh digunakan sebagai

medium pertukaran untuk urusan jual beli yang mana sudah pun berlaku sekarang ini.

"Cuma ia tidak boleh digunakan bagi tujuan spekulasi yang mana banyak dibuat ketika ini.

Sebagai contoh, sebulan lalu nilai satu Bitcoin ialah bersamaan AS$4,700, tetapi hari ini

nilainya meningkat kepada AS$7,800.

"Dalam tempoh sebulan ia meningkat dengan mendadak, menunjukkan banyak spekulasi yang

berlaku dan kerana itu ia tidak patuh syariah," katanya.

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...