Langkau ke kandungan utama

Ambil semula khazanah, kedaulatan rakyat Johor


AHLI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat. - Foto Fahmi Yusof


ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri digesa mengambil alih SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ Ranhill)

menerusi pemerolehan wajib, susulan kebimbangan syarikat utiliti bersepadu itu jatuh ke

tangan asing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat,

berkata dengan simpanan tunai hampir RM4 bilion, kerajaan negeri mampu memperoleh SAJ

Ranhill daripada pemegang saham majoritinya, Ranhill Holdings Bhd (Ranhill).

"Bukanlah sesuatu yang mustahil, jika SAJ Ranhill dijual oleh pemegang saham majoritinya

kepada pelabur dari negara jiran.

"Dalam keadaan sedemikian, kita akan kehilangan bukan sahaja kawalan ke atas industri air,

tetapi juga harta kebangsaan yang melambangkan kedaulatan kita.

"Jika ini berlaku, kita juga boleh ditewaskan oleh negara asing itu melalui sabotaj ke atas

ekonomi Johor dan ini boleh menghalang aspirasi kerajaan negeri menjadi kuasa ekonomi di

Asia Tenggara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri, Kota

Iskandar, di sini, hari ini.

Tengku Putra berkata, kerajaan negeri boleh membuat tawaran kepada Ranhill untuk

melaksanakannya dan jika tawaran itu tidak diterima, pemerolehan wajib harus dilakukan ke

atas SAJ Ranhill di bawah peruntukan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006.

"Di bawah Seksyen 114 akta ini, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi

Hijau dan Air (KeTTHA) boleh menjalankan hak dan kuasa serta apa-apa tindakan, status atau

peraturan lain yang berkaitan untuk membantu kerajaan negeri dalam pengambilan wajib

syarikat air.

"Seksyen 114 WSIA boleh diguna

pakai untuk menangani isu kepentingan negara bagi memastikan keselamatan, kemampanan dan

daya maju industri bekalan air di Johor," katanya.

Beliau juga meminta audit forensik dilakukan mengenai tarif air antara kerajaan negeri dan

SAJ Ranhil seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Bekalan Air 2009.

"Saya difahamkan di bawah perjanjian itu, kerajaan negeri menjual air ke SAJ Ranhill pada

kadar yang lebih rendah daripada yang ditetapkan kepada PETRONAS untuk projek Pengerang.

"Jika kadar yang sama dikenakan, kerajaan negeri boleh mengutip pendapatan tambahan

berjuta-juta ringgit yang boleh digunakan untuk pembangunan negeri dan rakyat Johor,"

katanya.

Dalam perbahasannya, beliau turut membangkitkan isu mengenai kemungkinan SAJ Ranhill

membekalkan air kepada pemaju Forest City kerana ini bertentangan dengan keputusan kerajaan

negeri untuk projek itu mencari sumber airnya sendiri.

"Saya difahamkan kerajaan negeri sudah memaklumkan pemaju itu perlu mencari sumber air

mereka sendiri, sama ada melalui proses penyahgaraman atau mekanisme lain yang dianggap

wajar oleh pemaju.

"Ini akan membolehkan kerajaan negeri memberi keutamaan kepada penggunaan sumber air untuk

keperluan domestik.

"Kerajaan akan terdedah pada kemungkinan krisis air kerana projek itu memerlukan lebih

kurang 600 juta meter padu air setiap hari. Jumlah ini sama dengan permintaan air di semua

kawasan di Johor Bahru dan Pasir Gudang," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...