DUA warga emas ditemui lemas di dalam rumah di dua lokasi berasingan di Kampung Masjid dan
Jalan P Ramlee yang dilanda banjir, hari ini.
Komander Operasi Kanan Zon 1 negeri, Andul Rahman Norudin berkata, mangsa pertama, wanita
80-an ditemui pada 6.30 pagi di rumah orang tua-tua di Jalan P Ramlee.
Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di
dalam rumah sebelum dibawa keluar untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, mangsa kedua pula lelaki lingkungan 70-an ditemui terapung di dalam rumah di
Kampung Masjid, Jalan Perak pada 8.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia selepas
diperiksa pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Mayat kedua mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk bedah siasat
bagi mengetahui punca kematian yang sebenar," katanya ketika ditemui di Georgetown, hari
ini.
Gambar Rudy Syareme Sheriffudin.
sumber:beritametro
Ulasan
Catat Ulasan