Langkau ke kandungan utama

Syatilla harap Sam ingat status diri

 
PASANGAN pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syatilla Melvin, memberikan sepenuh kebebasan untuk suaminya

berkarya, namun pada masa sama perlu mengingati status diri sebagai suami dan bapa.

Menurut isteri kepada Shaheizy Sam itu, beliau memberikan kepercayaan yang tidak berbelah-

bahagi kepada suami dan seboleh-bolehnya enggan mengganggu kerjayanya.

"Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu

terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam.

"Biasanya, dia juga takkan berkongsi perkara yang boleh membuatkan saya tidak senang hati.

Begitupun, ia bukan bermakna dia menyorokkan sesuatu daripada saya.

"Lumrah wanita memang suka berfikir, jadi rasanya tidak wajiblah untuk dia bercerita

mengenai perkara yang dirasakan tak perlu. Ada masanya, Sam akan berkongsi juga peristiwa

yang berlaku di lokasi penggambaran dan sebagainya, namun lebih berkisar mengenai dirinya

saja.

"Saya pula memang memberikan kebebasan kepada Sam untuk bekerja, namun dia sendiri perlulah

ingat statusnya sebagai bapa dan suami. Itu saja yang penting," katanya ketika ditemui pada

majlis tayangan filem terbaru lakonan suaminya, Pinjamkan Hatiku, di sini, semalam.

Dalam filem yang akan menemui penonton mulai 30 November itu, pemenang trofi Bintang Paling

Popular, Anugerah Bintang Popular BH sebanyak tiga kali berkenaan berlakon di sisi Ayda

Jebat dan Farid Kamil.

Syatilla berkata demikian kepada BH Online ketika diminta mengulas isu pelakon yang terjebak

dengan cinta lokasi bersama rakan gandingan, sehingga ada kala timbulnya kontroversi apabila

ia turut membabitkan mereka yang sudah berkeluarga.

Beliau dan Sam sah bergelar suami isteri pada 8 Februari tahun lalu dalam sebuah majlis yang

berlangsung di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Bercerita mengenai kerjaya seninya pula, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla

Amirul Melvin, 26, mengakui rindu untuk kembali aktif di arena lakonan.

Begitupun, beliau mengorbankan seketika minatnya demi anak mereka, Syeriv Samheizy, yang

kini berusia enam bulan.

"Anak masih kecil lagi, malah saya juga tidak percaya orang luar untuk menjaganya. Tunggulah

sehingga dia besar sedikit, barulah saya akan menerima tawaran bersesuaian," kata Syatilla

yang sebelum ini menarik perhatian ramai menerusi kemunculannya dalam siri Sha & Shah

(2016).

sumber:BH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...