Langkau ke kandungan utama

Ajal ibu dan anak


DUA beranak maut dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Muar, malam

tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar,

berkata kemalangan itu meragut nyawa Norzaimah Abu Bakar, 31, dan anaknya, Mohamad Danial

Akif Mohd Saifulbakatiar, lapan tahun.

Katanya, dia beranak itu berasal dari Kampung Parit Abd Hadi Mukim 4 Simang Kiri, Batu Pahat

dan kemalangan berlaku pada 8.21 malam.

Beliau berkata, Mohd Saifulbakatiar Md Saion, 37, iaitu suami Norzaimah dan anak perempuan

mereka, Nur Diyanah Syazwani, sembilan tahun, mengalami kecederaan.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua kereta, lori dan motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati lori muatan tong bahan kimia yang dipandu lelaki berusia 63

tahun bersama kelindan sedang menghala ke Parit Sulong.

“Tiba di tempat kejadian lori itu cuba mengelak motosikal yang berada di laluan sama.

“Lori berkenaan memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta dipandu Norzaimah. Kereta

keluarga itu terbabas dan terbalik ke bahu jalan sebelah kanan.

“Ketika itu, sebuah kereta merempuh lori berkenaan dari belakang namun pemandu dan penumpang

kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dzulkhairi berkata, penunggang yang dipercayai warga Indonesia melarikan diri.

“Ketika kejadian cuaca agak baik namun laluan berkenaan gelap kerana tiada lampu jalan.

“Mohd Saifulbakatiar cedera di seluruh tubuh dan Nur Diyanah Syazwani patah paha sebelah

kanan.

“Pemandu lori yang patah tulang rusuk masih dirawat di Zon Merah di Hospital Pakar Sultanah

Fatimah (HPSF) Muar.

“Siasatan dijalankan mengikur Sekseyen 41(1) (A) APJ 1987,” katanya.

sumber:mymetro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...