Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

7 tahun menghidap kanser

PENYANYI dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 30, membuat kejutan apabila mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap empat. Pengumuman itu dibuat Elyana sebaik namanya diumumkan tersingkir dari program realiti hiburan terbitan Astro Ria, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur, malam tadi. Ditemui sebaik acara selesai, Elyana berkata, dia berasakan berhak untuk berkongsi berita itu dengan peminat yang menyayangi dan menyokong kerjaya seninya sepanjang bergelar artis. "Sudah tujuh tahun saya merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka. Saya berasakan cukuplah selama ini saya mendiamkan perkara ini daripada pengetahuan mereka. "Sepanjang tujuh tahun saya menghidap kanser, saya cuba mencari cara dan waktu terbaik bagaimana saya mahu memberitahu kepada peminat. Dan saya berasakan apabila saya tersingkir dari GV4, ia adalah satu peluang," katanya. Kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Kalis Rindu itu, dia juga berasakan perlu memberit

Kejamnya ibu..

KESAN lebam di seluruh anggota badan bayi lelaki berusia setahun membongkar rahsia dia menjadi mangsa dera ibu sendiri. Kejadian berlaku pada 4.30 petang 22 November lalu di rumah keluarga mangsa di Lahar Kepar, Kepala Batas. Mangsa yang koma pada mulanya dikatakan terjatuh sebelum dikejarkan ke Hospital Kepala Batas (HKB) pada 4.50 petang. Bagaimanapun pada 9.20 malam, doktor HKB memaklumkan kepada polis kerana mengesyaki bayi berkenaan menjadi mangsa dera. Mangsa dipercayai didera ibunya warga Indonesia berusia 26 tahun ketika suaminya tiada di rumah. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kesan lebam pada dahi, pipi kanan selain seluruh anggota badan. Beliau berkata, berdasarkan keterangan ibu mangsa, wanita berkenaan mendakwa kesan lebam di dahi anaknya itu akibat terhantuk ketika bermain. "Bagaimanapun, berdasarkan keterangan doktor HKB, kes mangsa lebih menjurus kepada mangsa dera ke

'Demi keselamatan, saya reda'

PEGAWAI bank kerugian RM1,500 selepas penerbangannya ke Lombok, Indonesia, hari ini dibatalkan susulan letusan Gunung Agung di Bali. Nor Aziah Badarudin, 38, berkata, penerbangannya dengan pesawat AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 8.30 pagi tadi. “Dalam penerbangan pada 10.30 pagi, kapten umumkan terpaksa berpatah balik. "Setibanya semula di klia2, saya telefon hotel untuk tunda daftar masuk penginapan kepada esok, memandangkan saya dah bayar hotel RM1,500. Begitu juga dengan penerbangan, saya minta jadualkan semula esok (27 November). "Malangnya, saya baru saja terima maklumat terkini menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan e-emel mengatakan penerbangan kami dibatalkan terus," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ini bermakna, bayaran hotel selama lima hari berjumlah RM1,500 yang dibuat untuk penginapannya bersama suami, Kahirol Jefri Abd Muen, 40, dan dua anak, Aisyah Nur Afiqah, 14, dan Adam Afiq, 12, hangus begitu saja. &q

Gempak 10 tahun bawah tanah

Laluan untuk ke bawah tanah Gizzeria (Itali): Polis Itali menyelamatkan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaan apabila dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran bandar Gizzeria, selatan Itali. Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica. Bagaimanapun, sejak kematian jagaannya itu, anak lelaki warga emas berkenaan mula mendera mangsa yang kemudian dikurung di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah itu. Mangsa dirantai pada katilnya selain dirogol berkali-kali oleh suspek yang kini berusia 50 tahun sehingga mempunyai dua anak berusia tiga dan sembilan tahun, kata pihak berkuasa. Suspek turut memaksa anak lelaki berusia sembilan tahun itu menyeksa mangsa. Kejadian itu berjaya dikesan selepas polis melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak terurus sebelum melawat rumah mereka.

Berdikari urus karier seni

Nad tidak mahu ada orang tengah kerana lebih selesa berbincang terus dengan produksi Tiada lagi gosip mahupun kontroversi dikait­kan dengan pelakon berbakat besar Nad Zainal sejak berumah tangga. Malah, Nad mengakui dia kini lebih matang dan fokus untuk mengatur karier seni selepas sedekad mencanai bakat lakonan. Pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, ini juga bersyukur kerana terus mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit drama hingga ke hari ini. “Alhamdulillah, saya sudah kembali ke lokasi penggambaran progam travelog selepas dua bulan selesai berpantang. “Selesai program itu, saya terbabit dengan beberapa projek drama iaitu Mengharap Sebuah Keredaan dan Girlfriend Aku Dari Neraka yang sudah ditayangkan di kaca televisyen sebelum ini,” katanya. Nad berkata, drama bersiri 13 episod terbaru lakonannya iaitu Jurnal Suraya arahan Zul Huzaimy pula kini bersiaran di Slot Zehra di TV3. “Saya melakonkan watak pesakit leukemia bergandingan dengan Johan A’sari dalam dr

Can Bitcoin Survive Central Banks' Scrutiny?

KUALA LUMPUR (Bernama) -- With threats of serious financial crime looming with the emergence of new technologies, including cryptocurrencies, can bitcoin survive scrutiny from central banks globally? Amid growing warnings of a market bubble, central banks, such as that of China, have restricted cryptocurrencies trading, which sent the virtual currency dropping as much as 40 per cent since reaching a record high of US$4,921 on Sept 1, cutting about US$20 billion in market value. This is following a crackdown by Chinese regulators on cryptocurrencies trading, including bitcoin, which according to the authorities have become a tool for speculation among investors and also serves as a payment conduit for illegal fundraising and money laundering. sumber:BERNAMA

Ambil semula khazanah, kedaulatan rakyat Johor

AHLI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat. - Foto Fahmi Yusof ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri digesa mengambil alih SAJ Ranhill Sdn Bhd (SAJ Ranhill) menerusi pemerolehan wajib, susulan kebimbangan syarikat utiliti bersepadu itu jatuh ke tangan asing. Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat, berkata dengan simpanan tunai hampir RM4 bilion, kerajaan negeri mampu memperoleh SAJ Ranhill daripada pemegang saham majoritinya, Ranhill Holdings Bhd (Ranhill). "Bukanlah sesuatu yang mustahil, jika SAJ Ranhill dijual oleh pemegang saham majoritinya kepada pelabur dari negara jiran. "Dalam keadaan sedemikian, kita akan kehilangan bukan sahaja kawalan ke atas industri air, tetapi juga harta kebangsaan yang melambangkan kedaulatan kita. "Jika ini berlaku, kita juga boleh ditewaskan oleh negara asing itu melalui sabotaj ke atas ekonomi Johor dan ini boleh menghalang aspirasi kerajaan negeri me

TPM beri bayangan PRU-14 lepas Tahun Baharu Cina

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga kori)merasmikan Karnival Sukan Pra-Sekolah Bagan Datuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang. - Foto Effendy Rashid BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina, tahun depan. Perkara itu disebut Ahmad Zahid, yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, hari ini, menggunakan perkataan "Hari Besar" seolah-olah merujuk kepada PRU-14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan. "Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada "Hari Besar' lain. "Kalau dulu bikin silap (tak undi Barisan Nasional (BN), tak apa...saya maafkan. Kalau boleh kali ini, jangan bikin silap lagi woo," katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa Melayu. Ucapan Ahmad Zahid

YB Pembangkang Sambut Baik Bajet 2018 Sabah

DIILULUSKAN.. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Bajet Negeri 2018 berjumlah RM4.104 bilion, yang merupakan bajet lebihan selama empat tahun berturut- turut. KOTA KINABALU 21 Nov. – Seorang wakil rakyat pembangkang menyambut baik pelaksanaan beberapa projek pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan kerajaan negeri melalui Bajet 2018 Sabah yang diumumkan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, Jumaat lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR, Dr. Roland Chia berkata, peruntukan sebanyak RM37.5 juta untuk menambahbaik beberapa jalan yang menghubungkan Inanam dan Kota Kinabalu amat ditunggu-tunggu rakyat dan diharap dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku selama ini. “Rakyat khasnya di Inanam tidak sabar lagi kerana ibu bapa terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana kesesakan jalan raya di Jalan Kionsom, Jalan Putatan, Jalan Menggatal, Jalan Tuaran – Bulatan Pekan Menggatal dan Jalan Tuaran Bandar Sierra,

Kawal aktiviti spekulasi mata wang kripto

KUCHING: Pihak berkuasa perlu mengawal selia mata wang kripto berbanding melarang sepenuhnya penggunaan mata wang digital itu. Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata buat permulaan mata wang kripto perlu disekat daripada didagangkan dan dijadikan aktiviti spekulasi. Malah katanya aktiviti seumpama itu juga adalah haram dan tidak patuh syariah dalam kewangan Islam. "Namun, ia berbeza jika mata wang kripto ini digunakan untuk kegunaan transaksi urus niaga dan juga jual beli. Ia adalah dibolehkan mengikut kewangan Islam. "Saya menyokong penggunaan mata wang kripto ini kerana ia idea yang menakjubkan dan memudahkan transaksi urus niaga. RAJA Teh Maimunah Raja Abdul Aziz bercakap kepada wartawan ketika Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).- Foto Asyraf Hamzah "Saya harap pihak berkuasa akan mengawal selia mata wang ini kerana kita tidak mahu ia disalahgunakan," katanya ketika dite

Pilihan raya umum Palestin akhir 2018

Salah Al-Bardaweel GAZA: Parti politik Palestin, termasuk Hamas dan Fatah, bersetuju mengadakan pilihan raya umum menjelang akhir tahun depan, menurut kenyataan bersama beberapa kumpulan semalam susulan rundingan di Kaherah. Hamas dan Fatah menandatangani perjanjian damai Oktober lalu dalam rundingan anjuran Mesir selepas Hamas bersetuju menyerahkan pentadbiran di Gaza, termasuk sempadan lintasan Rafah, sedekad selepas merampas wilayah itu dalam perang saudara. Kumpulan Palestin di Kaherah berkata, mereka menyerahkan pilihan tarikh akhir pilihan raya umum itu kepada Presiden Mahmoud Abbas. Parti Fatah yang mendapat sokongan Barat hilang kawalan ke atas Gaza kepada Hamas, yang dianggap kumpulan pengganas oleh kebanyakan pihak di Barat dan Israel, dalam peperangan pada 2007. Namun bulan lalu, Hamas bersetuju menyerahkan kuasa di Gaza kepada Fatah dalam perjanjian anjuran Mesir. Pegawai Hamas yang terbabit dengan rundingan itu, Salah Al-Bardaweel, menyifatkan perjanjian semalam itu 'm

Arab tuduh persatuan ulama taja keganasan

Ulama Ikhwanul Muslimin, Sheikh Youssef al-Qaradawi. DUBAI: Empat negara Arab yang memulaukan Qatar menambah 11 lagi individu dan dua entiti, termasuk sekumpulan besar sarjana Islam, ke dalam senarai hitam 'pengganas' bagi negara Teluk itu, lapor agensi berita SPA hari ini. Senarai itu kini termasuk Kesatuan Sarjana Islam Antarabangsa (IUMS) beribu pejabat di Qatar, yang dibentuk pada 2004 oleh ulama Ikhwanul Muslimin dan dipengerusikan tokoh terkenal, Sheikh Youssef al-Qaradawi. Kenyataan dikeluarkan Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain berkata, mereka juga menyenaraihitamkan Majlis Islam Antarabangsa (IIC). "Dua entiti yang tersenarai adalah pertubuhan pengganas yang mempromosikan keganasan menggunakan retorik Islam sebagai menutup tindakan menyokong aktiviti pengganas," menurut kenyataan itu. Tindakan itu menegangkan lagi perbalahan antara empat negara berkenaan dengan Qatar, pengeksport minyak terbesar dunia dan hos kepada pa

Maut dihempap tangki dedak

GAMBAR kiri; Tangki dedah ayam di sebuah ladang ternak di Selama runtuh menghempap seorang pekerja warga Myanmar petang semalam. Gambar kanan; Anggota polis membawa mayat mangsa yang dihempap tangki dedak ke Hospital Selama. - Foto ihsan Bomba SELAMA: Seorang pekerja warga Myanmar maut dihempap tangki dedak ayam di sebuah ladang ternak di Kampung Batu 6, Bukit Bertam di sini, petang semalam. Kejadian pada jam 6 petang menyebabkan mangsa Maung San Win, 37, maut di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd Fauzi Razali, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7 malam. Katanya, anggota yang tiba di lokasi kejadian memotong besi penyokong tangki bagi mengeluarkan mangsa. "Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan itu dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. "Pihak bomba mengambil masa hampir 26 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa dengan operasi tamat sepenuhnya pada 7.26 malam," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Depu

Amaran angin kencang hingga Isnin depan

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Semenanjung, Sabah serta Sarawak hingga Isnin depan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan kawasan yang dijangka terbabit termasuklah di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah iaitu Pantai Barat, Kudat dan Sandakan. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Kelantan dan Sarawak (Mukah dan Bintulu) dijangka berterusan hingga pagi ini. Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. sumber:BH

Syatilla harap Sam ingat status diri

  PASANGAN pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Pelakon, Syatilla Melvin, memberikan sepenuh kebebasan untuk suaminya berkarya, namun pada masa sama perlu mengingati status diri sebagai suami dan bapa. Menurut isteri kepada Shaheizy Sam itu, beliau memberikan kepercayaan yang tidak berbelah- bahagi kepada suami dan seboleh-bolehnya enggan mengganggu kerjayanya. "Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam. "Biasanya, dia juga takkan berkongsi perkara yang boleh membuatkan saya tidak senang hati. Begitupun, ia bukan bermakna dia menyorokkan sesuatu daripada saya. "Lumrah wanita memang suka berfikir, jadi rasanya tidak wajiblah untuk dia bercerita mengenai perkara yang dirasakan tak perlu. Ada masanya, Sam akan berkongsi juga perist

Penjaga ditahan bantu siasatan kes dera kanak-kanak

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua penjaga sebuah rumah jagaan kanak-kanak di Bandar Country Homes, Rawang, dekat sini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes dera membabitkan seorang penghuninya, semalam. Kedua-dua penjaga berusia 34 dan 29 tahun itu ditahan di pusat jagaan kanak-kanak terbabit kira-kira jam 12.15 tengah malam selepas polis menerima aduan daripada seorang wanita yang juga sepupu mangsa, petang kelmarin. Wanita berusia 21 tahun itu mendakwa sepupu lelakinya yang berusia 12 tahun itu dirantai dan tidak diberi makan malah terdapat kesan luka, calar dan lebam pada tangan kaki selain kesan lebam pada mata kanan dipercayai kesan tumbukan. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata susulan aduan yang diterima, dua penjaga terdiri daripada seorang lelaki dan wanita itu ditahan untuk soal siasat manakala kanak-kanak itu pula dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. "Suspek lelaki yang berusia 34 tahun direman tiga hari sehingga 24 Novemb

'Haruan' tak mengaku 'makan anak'

AYER KEROH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol anak kandungnya, sejak dua tahun lalu. Lelaki berusia 38 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 , di sebuah rumah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam, akhir November 2015. Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama ketika berusia 18 tahun di lokasi sama, kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada 14 November lalu. Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376B (1) akta sama. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria tidak menawarkan jaminan, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguambela merayu dengan memaklumkan mangsa ingi

ESSCOM akan laksanakan RCP perketat keselamatan ESSZONE- Musa

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanakan Road Chek Point (RCP) di daratan bertujuan untuk menghalang kemasukan sebarang elemen yang berupaya mengancam dan mengganggu gugat keselamatan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, pelaksanaan RCP ini juga berperanan dalam mengesan dan menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terlibat dengan elemen militan. “Di samping itu, ESSCOM akan melaksanakan Sea Chek Point (SCP) di kawasan perairan yang bertujuan untuk mengimbangi dan meningkatkan kawalan keselamatan secara menyeluruh serta memastikan kelancaran kegiatan perdagangan sosio-ekonomi yang sah dengan mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada.” “Fokus utama SCP adalah untuk menyekat kemasukan senjata api dan lain-lain elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan di kawasan negeri Sabah khususnya kawasan ESSZONE,”katanya. Beliau berka

Adakah Perlu Meminjam Wang Untuk Pergi Melancong?

Meminjam wang untuk bercuti atau travel mungkin menjadi pilihan anda. Tetapi, adakah meminjam wang di bank itu perlu untuk dilakukan? Pinjaman wang untuk bercuti memang memberikan kemudahan bagi anda. Namun, ini akan membuat anda harus membayar kembali dalam masa setahun penuh. Pinjaman wang peribadi mungkin sama dengan pinjaman biasanya, dengan pemeriksaan aplikasi dan data kredit anda. Pelancong dengan kredit buruk akan ditolak. Sementara yang mempunyai rekod baik dalam membayar hutang boleh mendapatkan kemudahan mewah. Berdasarkan Moneysupermarket.com, pelancong boleh mendapatkan peluang lebih banyak jika anda boleh membayar dengan jumlah besar. Bagi anda yang boleh mengatur kewangan percutian dengan baik, adalah petunjuk bagi bank jika anda komited untuk menyelesaikan kredit tepat waktunya. Misalnya, selesaikan ansuran kereta, atau rumah ini akan memudahkan anda untuk diterima pihak bank. Seperti memetik dari Travelerstoday, segala kemudahan yang diberikan harus dipertimbangkan ole

Suami Isteri Berjaya Buat Hutan Buatan Di India

Suami isteri ini telah mendedikasikan hidup selama 26 tahun untuk mencipta hutan buatan dan mengembalikan habitat haiwan di hutan. Orang tersebut adalah Pamela, dan Dr. Anil Malhotra yang membeli 55 hektar tanah persendirian di India Tenggara pada tahun 1991. Perjuangan menghidupkan semula hutan selama puluhan tahun rupanya memberikan hasil, kini yang dahulunya sebuah tanah kosong dan tandus menjadi sebuah habitat gajah dengan hutan berwarna hijau. Tanah pun meluas sehingga 300 hektar. Penanaman ini berawal ketika Pamela ingin merelokasikan kehidupan liar di India. Dan mempunyai hutan peribadi, serta terlindung merupakan sebuah impian yang selama ini dinantikan. Bertahun-tahun keduanya mengumpulkan tenaga dan masa untuk mengembalikan kehidupan liar yang semakin pupus. Kini, hutan sudah dipenuhi dengan kekayaan tumbuhan dan pokok-pokok, malah ada beberapa di antaranya mempunyai manfaat untuk kesihatan. Sementara haiwan yang boleh didapati adalah Macan Tutul, Kucing Civet, Ular Kobra Ind

Terbongkar Berkahwin Membuatkan Anda Panjang Umur – Kajian

Selain untuk ibadah dalam agama, ada alasan lain untuk seseorang berkahwin. Satu kajian mendapati bahawa berkahwin adalah kunci untuk hidup yang lebih sihat dan bertahan lebih lama. Suatu kajian terbesar yang berpusat di Aston Medical School, Birmingham memantau kelangsungan hidup lebih dari satu orang yang mempunyai tiga faktor utama risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol, dan diabetes tahap 2 antara tahun 2000 dan 2013. Hasil kajian itu mendapati bahawa 16% orang yang tahap kolesterolnya tinggi lebih mungkin bertahan hidup jika sudah berkahwin. Hal itu juga berlaku untuk pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi. Mereka yang sudah berkahwin mempunyai peluang 14% dan 10% lebih tinggi untuk bertahan hidup berbanding dengan mereka yang masih bujang. Walaupun hal itu tidak sepenuhnya dapat difahami, penyelidik meyakini bahawa sokongan yang didapati dari pasangan boleh menjadi kunci di sebalik peningkatan kelangsungan hidup. Secara khusus, para penyelidik mengesyaki bah

Lelaki Berusia 102 Tahun Di China Ini Masih Hebat Bermain Pedang apa kah rasiahnya?

Usia senja bukan sekadar duduk di dalam rumah. Datuk yang berumur lebih dari seabad ini membuktikan bahawa usia tidak menghalangnya untuk terus mengasah kemahiran mempertahankan diri. Dilihat dari video yang menjadi tular beberapa hari yang lalu di Facebook, lelaki berusia 102 tahun, Sun Xiang masih lincah bermain pedang. Kedutan di wajahnya sudah kelihatan, tetapi tenaga dan ketangkasan tangannya bermain pedang tidak boleh dipandang rendah. Beliau mula belajar mempertahankan diri sejak berumur 20 tahun. Tidak bergurau, Sun terus belajar untuk menguasai seni mempertahankan diri pedang yang ada di China, tepatnya di kawasan Kaifeng. Menurut menantunya, Zhao Guifang, bapa mertua selalu mengambil masa untuk mengamalkan seni mempertahankan diri dengan kawan-kawannya pada waktu petang. “Selama beberapa tahun, dia masih bekerja di ladang pada siang hari, sementara pada waktu petang, Sun mengamalkan seni mempertahankan diri dengan kawan-kawannya, ada banyak kasut yang dia gunakan (untuk berla

Pencemaran udara penyebab pasangan tak subur

PARIS: Lelaki yang terdedah kepada partikel halus dalam pencemaran udara berisiko memiliki sperma lebih kecil dan berbentuk tidak normal, menurut kajian hari ini. Ia juga memberi amaran keadaan itu berkemungkinan menyebabkan ramai pasangan tidak subur. Analisis ke atas data sejak 2001 hingga 2014 ke atas lebih 6,400 lelaki dan remaja lelaki Taiwan, berusia 15 hingga 49 tahun, mendapati 'ada kaitan kuat' antara penurunan dalam sperma 'normal' dan pendedahan kepada pencemaran PM2.5. PM 2.5 adalah terma bagi pencemaran udara mengandung partikel paling halus, berukuran 2.5 mikron atau kurang dalam diameter. Kaitan itu meneliti pendedahan jangka pendek selama tiga bulan, selain pendedahan jangka panjang selama dua tahun, menurut keputusan kajian yang disiarkan dalam jurnal Occupational & Environmental Medicine, walaupun ada pakar luar mempersoalkan rumusan itu. Pasukan penyelidik berkata, setiap peningkatan lima mikrogram meter padu udara (5ug/m3) dalam pendedahan kepada

Emosi awal pagi penentu nilai diri

MEMBACA al-Quran dapat melembutkan hati yang keras. . - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat SECARA teorinya setiap orang yang bangkit dari tidur dalam waktu sepuluh minit pertama akan menentukan nilai positif dirinya sepanjang hari. Dengan kata lain, sepuluh minit selepas bangkit dari tidur hendaklah positifkan diri dengan emosi terbaik supaya mendapat hasil tindakan yang positif. Menerusi rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, berkata apabila bangkit dari tidur hendaklah berada dalam situasi positif seperti berfikir, bercakap dan bertindak dengan perkara yang baik. Katanya, tindakan dan cara berfikir pada awal pagi akan menentukan kejayaan kita pada hari itu. Sebab itu perlu pertahankan perasaan dan emosi positif sehingga jam 10 pagi kerana apabila memperoleh pagi yang baik, ia akan mempengaruhi seluruh hari kita. "Ada sesetengah kita apabila bangkit dari tidur akan berasa perkara negatif seperti marah, sedih, kecewa dan kekurangan, menyebabkan perasaan tidak

Gaya hidup punca barah meningkat

MIAMI: Kira-kira empat dalam 10 jenis penyakit barah di Amerika Syarikat berpunca daripada gaya hidup seperti merokok, tabiat pemakanan buruk dan risiko lain yang boleh dielakkan, kata penyelidik. Matlamat kajian itu adalah untuk mengenal pasti 'sumbangan beberapa faktor risiko yang boleh dielakkan penularan penyakit berkenaan kepada barah. Berdasarkan laporan jurnal CA: A Cancer Journal for Clinicians, mendapati antara faktor meningkatkan risiko barah termasuk merokok, perokok pasif, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol, memakan daging merah atau daging proses, kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurang mengambil makanan berserat atau kalsium, bersenam, pendedahan kepada cahaya ultra ungu dan jangkitan pemindahan seksual papillomavirus manusia (HPV) boleh menyebabkan barah serviks dan kemaluan, selain tumor di bahagian kepala serta leher. Penyelidik menganalisis punca yang menyebabkan peningkatan risiko barah dan jumlah pesakit berkaitannya. Saintis menggunakan

Hos terkenal dipecat lakukan gangguan seksual

HOS berita televisyen paling berpengaruh Amerika Syarikat, Charlie Rose. - Foto REUTERS NEW YORK: Salah seorang hos berita televisyen paling berpengaruh Amerika Syarikat, Charlie Rose, dipecat semalam oleh beberapa saluran televisyen, menjadi tokoh terbaru yang kecundang susulan tuduhan salah laku seksual. Ia menjadi tamparan hebat kepada pembaca berita berusia 75 tahun itu yang pernah menemubual ramai tokoh terkenal seperti bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela; bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan Barack Obama. Pemecatan dibuat tidak sampai 24 jam selepas lapan wanita tampil menuduh Rose melakukan gangguan seksual terhadap mereka. Dalam laporan Washington Post, lima wanita menggambarkan Rose meletakkan tangannya pada kaki mereka, kadang-kadang di bahagian atas paha. Dua daripadanya berkata Rose berbogel di hadapan mereka selepas mandi dan seorang berkata, dia meramas punggungnya pada satu jamuan. Dakwaan gangguan itu berlaku sejak 1990-an hingga 2011. Wanita berk

Jokowi melawat Sarawak

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebentar tadi tiba di Kuching bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke Sarawak. - Foto Asyrah Hamzah KUCHING: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebentar tadi tiba di bandar raya ini bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke Sarawak. Beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seterusnya menghadiri Majlis Perundingan Tahunan Malaysia - Indonesia di Hotel Hilton, di sini, jam 11.45 pagi ini. Jokowi dan Najib dijangka membincangkan beberapa perkara bertindih antara kedua-dua negara, terutama membabitkan isu sempadan, selain usaha memperkukuhkan hubungan dagang kedua negara. Beliau kemudiannya dijadualkan bertemu 6,000 warga Indonesia di Sarawak di Stadium Perpaduan, Petrajaya, jam 2 petang sebelum berlepas pulang ke Jakarta. sumber:BH

Tanda pagar #kitaok legakan peminat Zizan

PELAKON dan pengacara popular, Zizan Razak, dipercayai cedera ringan selepas melakukan babak aksi dalam penggambaran filem terbaharu, Polis Evo 2, petang tadi. KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular, Zizan Razak, dipercayai cedera ringan selepas melakukan babak aksi dalam penggambaran filem terbaharu, Polis Evo 2, petang tadi. Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abdul Razak, 33, berkongsi berita itu melalui status dan gambar yang dimuat naik pada akaun Instagram peibadinya, @zizanrazak869. "Jadi, nasihat Zizan kepada semua, tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi-curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. "Hari ini, Zizan cedera dalam satu babak aksi. Doakan Zizan cepat sembuh... Amin," tulisnya dalam status yang dimuat naik kira-kira jam 9 malam tadi. Zizan tidak menyatakan tahap kecederaan yang dialaminya, namun menyertakan tanda pagar #kitaok seolah-olah memberi gambaran yang kecederaan dialami tidak serius. Gambar yang dimuat naik

Kerja tanpa henti punca pitam

PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak, kini sibuk menjayakan penggambaran filem Polis Evo 2. - Foto Mahzir Mat Isa KUALA LUMPUR: Artis serba boleh, Zizan Razak, meminta peminatnya usah risau dengan kejadian dia pitam ketika menjalani penggambaran babak aksi filem, Polis Evo 2, di Kampung Serandu, Kuantan, semalam. Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 33, berkata beliau berasa terlalu lemah gara-gara melakonkan babak aksi tanpa henti bagi mendapatkan visual terbaik untuk filem terbabit. "Memang dari pagi sampai ke petang kami menjalani penggambaran aksi lasak tanpa henti. "Walaupun sudah cantik visualnya, saya tetap bersemangat untuk menjalani rakaman beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Tetapi, ketika saya sedang melompat, pandangan saya terus gelap. "Mungkin kerana terlalu penat, saya pitam. Mujurlah abang bomba menyelamatkan saya ketika itu," katanya kepada BH Online. Tambah Zizan, kesibukan beliau berulang-alik dari ibu negara ke Kuantan, Paha

Kristal rehatkan Lan, cari vokalis lain

LAN Kristal menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV) musim empat.- Foto Aziah Azmee KUALA LUMPUR: Kumpulan Kristal akan merehatkan vokalis mereka, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, sehingga pengumuman baharu dilakukan dalam masa terdekat. Pemain gitarnya, Rody, berkata keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan nasihat orang lama, sekali gus membolehkan mereka mengadakan uji bakat mencari penyanyi baharu. "Insya-Allah pengumuman akan dibuat. Semoga Lan berjaya dengan hajatnya mahu menjadi penyanyi solo. Takkan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan nanti kami tiada 'show' pula," katanya menerusi status di laman sosial peribadinya, semalam. Difahamkan, entri berkenaan dikongsi Rody bagi mewakili anggota Kristal yang lain selepas vokalis berusia 32 tahun itu menyatakan mahu mengembangkan kerjaya solo, selain enggan tertumpu pada genre rock saja. Lan juga didakwa membelakangkan anggota lain apabila menyertai pertandinga

Anggota polis terkorban

KERETA jenis BMW jenis Z4 yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Klang Lama, awal pagi tadi. - Foto NSTP KUALA LUMPUR: Seorang anggota dari Balai Polis Travers, terbunuh selepas kereta jenis BMW jenis Z4, yang ditumpangnya, terbabas dalam kemalangan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, kereta yang dipandu seorang pemborong baju, Tee Swee Yap, 35, dari arah Jalan Gembira OUG, menuju ke Jalan Klang Lama, gagal dikawal sehingga terbabas dan melanggar papan iklan di kiri jalan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata anggota polis terbabit Nick Mazuan Shah Jaya Shahdilan, 32, yang duduk di sebelah pemandu disahkan maut di tempat kejadian. Katanya, pemandu kenderaan bagaimanapun hanya cedera pada leher dan kaki kiri serta dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. "Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pegawai perubatan, Nick Mazuan, dipercayai mengalami kecederaan dal

Single Kerana Penceraian? Jangan Berputus Asa Berbahagialah

Selepas berlaku penceraian, kadang-kadang sukar untuk melihat perkara positif disebabkan kejadian yang tidak diingini. Malah perkara-perkara positif perkahwinan tidak dapat dilihat. Semua seperti awan gelap tertutup kerana jantung terlalu redup sehingga pandangan mendung sentiasa. Ramai mendapati bahawa mereka memerlukan belas kasihan. Tuan-tuan dan puan-puan, hentikan semua drama yang tidak diperlukan. Tidak mengapa untuk bertahan dalam kesengsaraan. Buka halaman baru untuk memulakan hidup. Move-on bukan sekadar wawancana tetapi tindakan. Lakukan langkah-langkah ini. Anda boleh melakukannya! Buka halaman baru Melalui perceraian bermakna semua telah berakhir. Hargai setiap perkara yang berlaku. Hidup dan janjikan bahawa anda akan rasa senang satu hari nanti. Perlu diingatkan segala-galanya tidak berlaku semalaman. Semakin cepat anda mula, lebih dekat masa bahagia datang. Tiada omong kosong lagi Semuanya berlaku, tiada masa untuk memutuskan sama ada hendak bercerai atau tidak. Kini anda

Menonton Televisyen Secara Maraton Boleh Membunuh

Menonton filem atau televisyen sudah menjadi hobi yang mengasyikkan bagi orang ramai. Tetapi anda harus berhati-hati kerana sebuah kajian di Jepun mendapati bahawa menonton televisyen terlalu lama boleh membunuh anda. Kajian selama 18 tahun yang melibatkan lebih dari 86000 orang ini mendedahkan bahawa mereka yang duduk terlalu lama dalam sehari untuk menonton televisyen mempunyai risiko lebih tinggi meninggal akibat embolisma paru, iaitu penyumbatan mendadak atau gumpalan darah di salah satu arteri paru-paru. Menurut Mayo Clinic, dalam banyak kes embolisma paru disebabkan oleh penggumpalan darah yang mengalir ke paru-paru, sebahagian besar daripada kaki tetapi sesekali dari bahagian tubuh lain juga. Masalah kesihatan lain yang telah dikaitkan dengan duduk terlalu lama termasuk obesiti, penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser. Menurut penyelidikan ini, orang yang menonton televisyen lebih dari lima jam sehari berisiko dua kali ganda mengalami embolisma paru yang boleh menye

Ajal ibu dan anak

DUA beranak maut dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Pagoh-Parit Sulong, Muar, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, berkata kemalangan itu meragut nyawa Norzaimah Abu Bakar, 31, dan anaknya, Mohamad Danial Akif Mohd Saifulbakatiar, lapan tahun. Katanya, dia beranak itu berasal dari Kampung Parit Abd Hadi Mukim 4 Simang Kiri, Batu Pahat dan kemalangan berlaku pada 8.21 malam. Beliau berkata, Mohd Saifulbakatiar Md Saion, 37, iaitu suami Norzaimah dan anak perempuan mereka, Nur Diyanah Syazwani, sembilan tahun, mengalami kecederaan. Menurutnya, kemalangan membabitkan dua kereta, lori dan motosikal. “Hasil siasatan awal mendapati lori muatan tong bahan kimia yang dipandu lelaki berusia 63 tahun bersama kelindan sedang menghala ke Parit Sulong. “Tiba di tempat kejadian lori itu cuba mengelak motosikal yang berada di laluan sama. “Lori berkenaan memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta dipandu Norzaimah. Kereta k

'Zakir Naik Malaysia'

Seremban: “Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed, 41, yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamadunan Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum. Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah. Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan. Selain itu, ada beranggapan Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al- Quran. Lebih mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studi

Apabila jengkaut hilang kawalan

LELAKI maut apabila jengkaut dipandunya terjatuh ke gaung ketika melakukan kerja menereskan cerun di Jalan Telipok-Rondogung dekat Kampung Kondolon, Kiulu, Tuaran. Ketua Polis Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata kejadian pada 1.30 petang semalam. “Ketika melakukan kerjanya, jentera berat dipandu mangsa hilang kawalan. Mangsa gagal keluar. Mangsa dan jengkaut kemudian menggelongsor kira-kira 100 meter ke gaung. “Dia kemudian tercampak di atas Jalan Telipok-Rondogung manakala jengkaut itu pula terus menggelongsor kira-kira 300 meter. “Mangsa parah di kepala, leher, paha dan tangan kiri. Dibawa ke Hospital Tuaran. Tapi, disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini. Dzulbaharin berkata, siasatan mendapati berlaku tanah runtuh pada lereng bukit iaitu lokasi terakhir ketika mangsa gagal mengendalikan jengkaut sebelum terjatuh ke gaung. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. sumber:mymetro

Digelar Jelmaan Zakir Naik Di Malaysia, Ustaz Auni Kata Ilmunya Masih Kurang Untuk Dibandingkan Dengan Tokoh Hebat Itu

Penceramah bebas Ustaz Auni Mohamed, 41, digelar sebagai Zakir Naik Malaysia kerana mahir dalam ketamadunan Islam berserta fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum. Antara ceramah yang menjadi tarikan serta pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah. “Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilangan Islam bermula daripada ketamadunan,” katanya. Beliau yang merupakan guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang mendapat pujian daripada netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan. Berikutan itu, ada yang beranggapan penceramah bebas ini adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaikan berasaskan fakta, hadis dan al-Quran. Apa yang mengagumkan apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (