Langkau ke kandungan utama

Wanita Cheongsam dan Pinggan (kisah pendek)



Aku selama ini cuma seorang silent reader. Aku hendak berkongsi suatu kisah yang terjadi pada uncle aku. Keluarga

sebelah mak aku ini semuanya Singaporean, cuma keluarga kami sahaja yang menetap di Malaysia. Kisah ini terjadi

semasa “Hungry Ghost Festival”, satu perayaan yang agak meriah sambutannya di Singapura.

Kebanyakan uncle-uncle aku memang bekerja sebagai pemuzik untuk live bands. Jadi rutin kerja macam tu memang akan

balik di masa-masa orang bersolat tahajud.

Satu malam ini, salah seorang uncle aku  seperti biasa pulang dari kerja dan sampai di bawah flat jam 4 pagi.

Seusai meletakkan motor di lot parking, dia menuju ke arah lif. Tekan-tekan lif, dia terperasan seorang “amoi” ini

berpakaian cheongsam merah turut sama menunggu di tepi lif. Amoi itu tunduk sahaja, mukanya tertutup dengan rambut.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, uncle aku naik tetapi amoi tu tidak ikut sama. Cuma uncle aku terasa satu cuitan

lembut di bahunya.

“Krekkk…” pintu yang dibuka tidak mengejutkan sesiapa sebab semua sedang lena diulit mimpi. Cuma tinggal makcik aku

yang sedang bersiap untuk tidur. Sesekali terdengar bunyi raksasa  di dalam bilik tengah yang sedang mengunyah epal

(dengkuran arwah atuk… alfatihah).

Uncle aku (seperti diceritakan oleh makcik aku) terus meluru ke kabinet dapur, ambil satu persatu pinggan dan mula

campak satu… satu ke bawah. Bayangkan pinggan yang dicampak keluar tingkap dari tingkat enam di waktu dinihari?

Bunyinya pasti mengejutkan semua penduduk-penduduk flat sekeliling. Makcik aku yang terkejut dari tidur cuba

mententeramkan uncle aku yang nampak macam tidak sedar akan perlakuannya.

“PRIANNNGGGG! PRIANGGG!” bunyi pinggan. Setelah habis sedozen barulah makcik aku dengan kudratnya yang tidak

seberapa berjaya menyedarkan uncle aku ni. Itu pun lepas puas percik-percik air di muka sampai lencunlah. Makcik

aku terus paksa uncle aku bersihkan diri daripada apa yang mengikut balik.

Tiba-tiba…

”Tok-tok-tok…” Buka-buka pintu, ada dua orang polis sudah menunggu. Ternyata jiran pantas bertindak seperti

wartawan.

“Siapa malam-malam gaduh sini?”

“Gaduh? Mana ada orang gaduh. You dengar tu… everybody is sleeping!”

Ternyata bunyi raksasa mengunyah epal dari dalam bilik yang menggegarkan rumah jadi penyelamat situasi genting

makcik aku. Uncle aku sudah berjaya bersembunyi di dalam bilik.

“Oh, ok. Thank you. Other units, maybe,” kata polis tu.

Esoknya, selepas diceritakan pada jiran berbangsa Tionghua, mereka mempercayai bahawa itulah  roh wanita tidak

tenteram yang mati bunuh diri dengan terjun flat akibat ditinggalkan kekasih. Roh itu suka memukau mana-mana lelaki

yang pulang waktu dinihari untuk terjun menggantikan kekasihnya. Pinggan yang dilemparkan keluar tingkap  oleh

uncle aku itu sebagai simbolik gantian nyawa diri uncle aku yang enggan terjun.

Sampai hari ini, keluarga aku memang berhati-hati jika kembali ke rumah di waktu malam. Takut ada yang meneman…

Wallahualam. Hanya ALLAH yang mampu melindaungi hambanya.
Sumber: fiksenshasha.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...