Langkau ke kandungan utama

'Dakwaan MH370 ditemui tidak berasas'


KUALA LUMPUR: Dakwaan penemuan serpihan pesawat MH370 dipenuhi lubang, dipercayai kesan tembakan adalah kenyataan

tidak berasas.

Menyangkal dakwaan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata berkata kerajaan sentiasa

bekerjasama dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam mengesahkan sebarang penemuan serpihan

pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, penemuan serpihan pesawat MH370 kononnya berdasarkan penyelidikan menerusi aplikasi Google

Earth serta Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) itu tidak mempunyai asas.

"Kita sentiasa bekerjasama dengan ATSB, selain mempunyai tenaga pakar yang berpangkalan di Australia untuk mengenal

pasti sebarang penemuan di kawasan pencarian.

"Setakat ini kita masih mengenal pasti kawasan pencarian sebenar adalah dekat Australia, bukan di sebelah perairan

Mauritius," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Portal berita antarabangsa, Daily Star Online, melaporkan jurutera mekanikal, Peter McMahon yang dikatakan

berpengalaman dalam penyiasatan insiden nahas penerbangan lebih 25 tahun mengemukakan teori penemuan berbeza

berhubung MH370.

McMahon, 64, dilaporkan berkata, penelitian berdasarkan imej NASA dan Google Earth sejak pesawat yang membawa 239

penumpang itu dilaporkan hilang menunjukkan kawasan pencarian sebenar bukan berada dekat dengan perairan Australia.

Sebaliknya, beliau mendakwa kawasan pencarian MH370 terletak kira-kira 16 kilometer selatan Round Island, iaitu

berhampiran sebuah pulau kecil utara Mauritius.

Kawasan pencarian itu turut didakwa lokasi bangkai pesawat MH370 yang dipenuhi lubang kesan tembakan, namun sengaja

disembunyikan pihak berkuasa kerana enggan menimbulkan penyiasatan daripada sudut berbeza.

Menyanggah fakta itu, Tiong Lai berkata, Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut menjalankan analisis

berdasarkan dokumen dan imej yang dikemukakan menerusi dakwaan McMahon.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan itu adalah tidak berasas, termasuk bangkai pesawat MH370 dipenuhi kesan lubang,

dipercayai kesan tembakan.

"CAAM sudah mengenal pasti artikel ini dan didapati ia adalah tidak berasas, justeru orang ramai usah percaya

dengan berita palsu sedemikian.

"Paling penting ialah ikuti laporan kita menerusi aplikasi dan laman web yang disediakan bagi mendapatkan maklumat

terkini berhubung hasil pencarian MH370.

"Kita masih meneruskan usaha pencarian di selatan Lautan Hindi, merangkumi kawasan seluas 25,000 kilometer persegi

yang dikendalikan syarikat Ocean Infinity.

"Kita harap bangkai pesawat MH370 berupaya ditemui di kawasan yang ditetapkan," katanya.

Penafian Tiong Lai berhubung dakwaan itu turut senada dengan ATSB yang mengesahkan imej Google Earth dan dokumen

NASA itu adalah tidak berasas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...