Langkau ke kandungan utama

Sakit uji nilai takwa, keimanan Mukmin


Nikmat sihat antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada manusia, malangnya masih ramai yang lalai untuk

mensyukuri pemberian nikmat itu. Disebabkan itu, apabila ditimpa sakit, mereka merasakan ia adalah bala Allah SWT

atas perbuatan dosa yang dilakukan.

Sebenarnya sakit adalah ujian Allah SWT kepada kita untuk melihat sejauh mana ketakwaan dan keimanan seseorang

kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,

kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang

apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiun', mereka itulah yang mendapat

keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-

Baqarah, ayat 155-157)

Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya. Seperti sakit, ia mendidik kita menjadi seorang yang sabar

berdepan dengan penyakit dihadapi dan andai kita reda menghadapi ujian itu, akan gugur dosa telah kita lakukan.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka

dengan tidak terkira." (Surah az-Zumar, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan

menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon yang menggugurkan daunnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sakit ketentuan Allah SWT

Oleh itu, jangan mengeluh atau bersangka buruk kepada Allah SWT yang berkuasa mendatangkan kesakitan dan

mengembalikan kesihatan. Sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT, kita seharusnya mempercayai sakit itu juga

adalah takdir daripada ketentuan Allah SWT dan bukannya bala.

Secara psikologinya, apabila seseorang ditimpa sakit barulah ia akan mengingati dan berdoa kepada Allah SWT supaya

diringankan segala rasa sakit yang dialaminya. Sememangnya sikap manusia itu mudah lupa apabila berada dalam

keadaan senang.

Ketika ditimpa musibah atau dugaan barulah ia sedar untuk kembali mencari dan sujud kepada Allah SWT untuk mengadu.

Ketahuilah bahawa segala penyakit itu datangnya dengan izin Allah SWT.

Firman-Nya bermaksud: "Dan bagi-Nyalah (hak milik) segala yang ada di langit dan di bumi dan kepada-Nya sahaja

tertentu ibadah dan ketaatan selama-lamanya; (sesudah kamu mengetahui yang demikian) maka tidaklah patut kamu takut

kepada yang lain daripada Allah. Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia daripada Allah; kemudian,

apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah an-Nahl, ayat 52-53)

Bersyukurlah selagi mana nikmat sihat masih dipinjamkan untuk kita beribadah dengan sempurna kepada Allah SWT. Cuba

lihat berapa ramai saudara kita yang ditarik nikmat sihatnya tidak mampu melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Hargailah nikmat kesihatan yang dikurniakan ini dan laksanakan ibadah kepada Allah SWT serta berdoa supaya diberi

kesihatan yang baik. Pada masa sama, amalkan gaya hidup sihat dalam usaha kita memelihara kesihatan tubuh badan.

Sakit bukan disebabkan oleh dosa yang dilakukan kerana diuji dengan penyakit juga adalah tanda Allah SWT sayang

kepada hamba-Nya. Selain menghapuskan dosa, sakit juga membuka peluang kepada hamba berdoa dan mendekatkan diri

kepada Tuhannya.

Buka peluang bertaubat

Semua itu terpulang kepada bagaimana seseorang melihat ujian kesihatan yang diberikan kepadanya sama ada ia

menerimanya dengan berlapang dada atau sebaliknya. Maka bertuahlah mereka yang menerima ujian menghadapi penyakit

dengan hati yang reda.

Sepanjang tempoh menahan kesakitan juga membuka peluang kepada kita untuk bertaubat di atas kesalahan dilakukan,

meningkatkan ketakwaan dan mengeratkan lagi hubungan melalui permohonan doa supaya dikuatkan semangat untuk

menghadapi ujian itu.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Dan bersegeralah menuju kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan kepada syurga yang

seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang yang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...