Langkau ke kandungan utama

Home » Semasa » Tips » RUPANYA INILAH 12 PUNCA ANAK MALAS BELAJAR. MAK AYAH WAJIB SEDAR & SELESAIKAN! ByRUPANYA INILAH 12 PUNCA ANAK MALAS BELAJAR. MAK AYAH WAJIB SEDAR & SELESAIKAN!




"Saya dah tak tahu nak buat apa lagi. Dimarahi sudah, dirotan pun sudah, nasihat jangan ceritalah. Berbuih mulut

cakap suruh dia belajar.

Tapi semua tu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sudah-sudahnya saya yang tension…" Itu luah yang kerap kita

dengar daripada ibu-ibu mengenai anak yang malas belajar dan malas membuat kerja rumah.

Kadang-kadang sampai pukul sebelas malam mak-mak masih tunggu untuk pastikan anak-anak habiskan kerja sekolah tapi

ayah elok je berdengkur atau bersandar tengok tv.

Kenapa budak malas belajar? Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria dan membosankan membuat anak-

anak malas buka buku. Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih

mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak ambil kesempatan.

Cara paling digalakkan dalam menumbuhkan semangat belajar anak yang malas adalah ibu dan ayah bergabung tenaga.

Jangan sebelah pihak je. Lagipun bila ayah ada bersama memberi tumpuan pada pelajaran anak, pasti anak-anak rasa

lebih `semangat' sebab ayah biasanya tegas. Mak-mak pun tak lah kelam kabut seorang diri risaukan perkembangan

sekolah anak-anak.

Mari kita tengok kenapa anak malas belajar dan apa cara untuk atasinya...

1. Mungkin beban kerja sekolah terlalu banyak sehingga anak tidak tahu mana satu perlu dibuat dahulu. Menghafal

setiap mata pelajaran yang diberikan cikgu memang bukan kemahiran semua pelajar. Jadi tengok adakah itu masalah

anak anda.

2. Ada pelajaran yang tidak disukainya atau dia tidak sukakan cara guru yang mengajar sehingga anak-anak tak peduli

untuk siapkan kerja-kerja diberikan oleh guru tersebut. Kalau ini sebabnya, mak dan ayah kena beri perhatian

serius, sebab anak-anak tak boleh terbiasa memilih apa yang dia suka sahaja baru nak belajar.

3. Kenal pasti adakah anak kita itu jenis yang memang tidak berminat dalam akademik tapi cenderung pada perkara

atau ada kemahiran lain. Mesti kita kenal siapa anak kita kan?

4. Check adakah anak kita mengalami gangguan fizikal seperti masalah pendengaran atau penglihatan. Kalau ini punca

kenapa dia sukar belajar, bawa cepat anak jumpa doktor sebelum dia ketinggalan banyak pelajaran yang boleh

membuatkan dia makin malas belajar.

5. Mak ayah jangan bergaduh depan anak-anak kerana ia boleh jadi punca gangguan emosi pada anak hingga mereka

berasa bosan duduk di rumah, apalagi duduk di meja belajar.

6. Jangan juga buat perbandingan dengan adik-beradik lain mengenai taraf pencapaian masing-masing. Setiap orang ada

kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya.

7. Anak yang tidak ada contoh mengenai apa yang dimaksudkan dengan rajin. Anak yang masih muda kadangkala perlukan

contoh untuk diikutinya. Fikiran mereka belum matang. Kalau mereka selalu tengok seisi rumah bersidai depan tv

kenapa mereka mesti bersusah payah mengadap buku dan belajar.

8. Yang penting jangan tersalah cakap dengan anak-anak… misalnya, "kamu kena rajin belajar, jangan jadi macam ayah

kamu masih kecil suka ponteng dan malas belajar." Kata-kata ini walaupun dengan tujuan mahu menasihati anak-anak

agar jangan malas belajar, tetapi alam luar sedarnya sudah menangkap, `ayah aku walaupun selalu ponteng dan malas,

tapi hari ini berjaya juga. Ada rumah, ada kereta, boleh beli apa aku mahu dan boleh pergi ke mana-mana' Dalam

fikiran mereka malas pun ok. Nanti besar jadi orang berjaya juga. Awas…bila beri contoh teladan.

9. Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah

letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar

dibetulkan lagi.

10. Ini antara perkara yang selalu mak ayah buat tetapi akhirnya salahkan anak-anak tidak suka belajar. Anak-anak

selalu dibawa ke pusat beli-belah dan dibelikan barangan seperti baju, seluar, kasut dan mainan dengan jumlah harga

puluhan atau ratusan ringgit tanpa ragu-ragu membayarnya. Tapi bila lalu di depan kedai buku, anak-anak tunjuk buku

cerita berharga lima belas ringgit, mak ayah terus meninggikan suara, mahalnya dan tarik tangan anak keluar dari

situ. Lama-lama anak rasa buku bukan perkara penting. Tak baca pun tak pa. Bila dia malas membaca, jangan salahkan

anak sahaja. Mak ayah pun ada saham?

11. Jangan marah dan cepat melenting bila anak buat silap. Kemarahan akan menyebabkan mereka malas mencuba.

12. Menjadi ibu bapa jangan terlalu garang atau terlalu tegas. Anak-anak adalah permata hati kita. Mereka pun ada

hati dan perasaan yang sensitif. Kalau terlalu garang mereka takut bertanya dan akhirnya menjadi malas untuk

mengetahui sesuatu melalui kita, ibu ayah mereka.

Cara Bantu Anak Jadi Rajin Belajar Tanpa Disuruh

1. Reward - Bagi hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya.

2. Selalu bersamanya ketika dia mengadap buku. Kalau tidak mengajarnya pun, duduklah berdekatan dengannya sambil

membaca seperti majalah, novel atau akhbar. Jangan main handphone.

3. Ibu bapa kena sabar apabila anak banyak bertanya perkara yang dia musykil atau tidak tahu. Rajin bercerita atau

berbincang dengan anak-anak walaupun mereka masih muda. Selalu bercerita membuat mereka cepat matang. Beri

penerangan pada pertanyaan, `kenapa dan mengapa' yang selalu anak-anak tanya atau soal kepada kita. Jawapan pada

setiap pertanyaan itu akan merangsang otaknya untuk lebih ke depan dan rasa ingin tahunya pada sesuatu perkara

akhirnya mendorong minatnya terhadap membaca dan belajar. Cubalah kalau tak percaya.

4.    Beli buku mengikut apa yang disukainya. Kalau dia sukakan sesuatu kartun atau tokoh super hero, beli buku-

buku atau peralatan sekolah seumpama itu untuk menambah minat membaca dan belajarnya.

5. Cipta suasana belajar yang tenang dan merangsang anak untuk seronok belajar. Kalau dia masih sekolah rendah,

jadikan suasana belajar itu seperti dia sedang bermain. Mengasuh cara belajar yang betul sejak awal lebih

memudahkan mak ayah membentuk minat anak di kemudian hari.

6. Jika ada fanatik dengan game, guna cara itu untuk mempengaruhi dan memanipulasinya untuk belajar. Katakan

padanya, belajar dahulu, lepas tu boleh main game semula. Pastikan dia belajar dan membuat kerja rumah dengan

betul, bukan asal siap kerana mahu cepat-cepat bermain. Bahagikan waktu dan minta anak ikut jadual yang ditetapkan.

Mak ayah pun kena berdisiplin juga.

7. Pastikan berapa banyak masa yang diperlukan anak untuk menyiapkan sesuatu. Salah satu kunci untuk mengubah anak

malas menjadi rajin adalah mengajarnya untuk menguruskan waktu. Mereka harus tahu membahagikan waktu untuk setiap

perkara. Bantu mereka menguruskan perkara ini.

8. Elakkan anak-anak daripada gangguan ketika mahu belajar. Perhatikan dengan teliti apakah perkara yang paling

mengganggu atau menghalangnya setiap kali diminta untuk belajar. Mengidentifikasi gangguan itu boleh membantu anak

untuk mengawal gangguan tersebut.

9. Sekiranya anak-anak mendapat tugasan besar dari sekolah yang perlu disiapkan dan dia rasa terbeban untuk

melakukannya, inilah masa untuk mak ayah beri sokongan. Dampingi mereka dan beri tunjuk ajar. Peluk mereka erat-

erat. Pelukan kita akan meringankan mereka menghadapi bebanan tersebut. Malah mungkin mereka mendapat banyak idea

untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

10. Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan anak. Tunjukkan kita mempercayai kemampuan mereka. Sekiranya kita

menunjukkan sikap meremehkan kemampuan mereka, semangat atau ghairah belajar mereka akan hilang, bah dalam hal-hal

kecil seperti mencuci pinggan, membasuh kasut, menggosok baju atau menyapu sampah juga mereka tidak bersemangat

lagi. Mungkin apa yang dilakukan mereka tidak bersih atau kemas tetapi keinginan membuat pekerjaan itu yang patut

diberi tumpuan dan diberikan penghargaan, bukan pada hasil kerjanya. Mereka akan berhenti belajar sesuatu jika

sering dikritik.

11. Kemalasan anak pasti akan memberi risiko kepadanya. Jangan kita pula gelabah dan tolong menyiapkan kerja

sekolahnya untuk mengelakkan dia didenda gurunya. Biarkan dia menerima hukuman itu. Dia akan belajar daripada denda

tersebut dan kita tidak perlu menambah denda itu atau memarahinya.

12. Di dalam ahli keluarga, pasti ada seseorang yang akan membuat anak mahu mendengar kata-kata. Minta bantuannya

mengubah sikap pemalas anak menjadi produktif. Strategi ini akan lebih berjaya jika orang itu adalah ibu, ayah atau

adik beradiknya sendiri.

Ingat, ibu ayah jagan mudah putus asa sebab semangat anak-anak akan datang anda dulu. In shaa Allah mood rajin dia

akan muncul, semoga bermanfaat!

Sumber: https://catsfm.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag