Langkau ke kandungan utama

Guna kecerdikan akal susun atur kehidupan


Hikmah adalah kebijaksanaan yang tertinggi merujuk kepada kejernihan akal dan kebersihan hati seseorang Mukmin yang

selalu meletakkan Allah SWT sebagai keutamaan dalam hidup. Bahkan hikmah itu sendiri akan diperoleh bukan sahaja

melalui ilmu tetapi pengalaman serta pengajaran dalam kehidupan.

Melalui rancangan Islam Itu Indah yang bersiaran setiap Rabu, jam 10.30 pagi di IKIMfm, Ustaz Pahrol Mohd Juoi

menjelaskan, seorang Mukmin mempunyai hikmah yang tinggi dalam diri akan menggunakan kecerdikan akal untuk menyusun

atur kehidupan.

Andai berdepan kegagalan dalam sesuatu usaha yang dilakukan, ia dapat menerima kegagalan itu sebagai pengajaran

untuk mencari hikmah tersembunyi di sebalik kejadian yang berlaku.

Sesungguhnya nilai hikmah bagi seorang Mukmin akan dimatangkan oleh pengalaman hidup. Sebab itu orang yang lebih

berusia atau lebih dahulu 'makan garam' dalam hidup akan lebih jelas hikmah pertimbangan terhadap sesuatu keadaan

dalam hidup mereka.

Berbanding orang muda yang kurang matang atau pengalaman, mereka kurang berhikmah dalam mendepani pelbagai situasi

kehidupan. Justeru, dalam perjalanan hidup menuju kehidupan lebih bermakna, seorang Mukmin hendaklah mengisi

dirinya dengan kematangan.

Memiliki akal fikiran yang berhikmah, keluasan hati serta kekuatan jiwa yang kental supaya setiap suka duka atau

pahit manis menyulami kehidupan ini sentiasa dipandu oleh perbuatan membawa kepada kebaikan.

Terdidik hadapi kesulitan

Manusia yang melihat kesulitan atau kekurangan dalam kehidupan dari sudut pandang penuh hikmah akan selalu terdidik

di hatinya rasa ikhlas dan sabar. Begitu juga seorang Mukmin yang sabar dan reda menempuh ujian serta takdir yang

menyakitkan, akan dapat melihat betapa hebatnya perancangan Allah SWT. Pada setiap perkara yang menyakitkan itu

akan disulami kemanisan di hujungnya.

Seorang yang berhikmah mempunyai kejernihan hati suci murni. Ia diperoleh melalui hubungan pertalian dengan pemilik

alam iaitu Allah SWT. Manusia yang hati dan bibirnya sentiasa dibasahi ungkapan zikrullah kepada Allah SWT

mempunyai ketenangan luar biasa, bahkan jiwanya melihat seluruh kehidupan dari sudut pandangan yang baik.

Kejernihan hati pastinya tidak akan diperoleh tanpa latihan berterusan membina pertalian hubungan dengan Allah SWT

melalui amal ibadah kepada-Nya. Begitu juga hati yang jernih dan bersih hasil solat taubat nasuha kepada-Nya serta

tidak sekali-kali mendekati perkara yang dilarang Allah SWT.

Nabi Muhamad SAW beristighfar sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali sehari kepada Allah SWT kerana takut azab Allah

SWT dan mahu meletakkan diri Baginda dalam keadaan sentiasa mengingati Allah SWT.

Sebagai Mukmin yang tidak lari daripada melakukan kesilapan, mengingati Allah SWT dengan zikrullah dan selawat

kepada Baginda Rasulullah SAW dapat membersihkan hati serta menyelamatkan diri supaya tidak terpedaya dengan

bisikan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.

Hikmah juga terdapat pada akal fikiran yang sihat dan cerdas. Seorang yang akalnya bijaksana, waras dan matang akan

memberikan pandangan yang bermanfaat kepada orang di sekeliling. Akal yang tidak cerdik atau tidak matang tidak

mampu mendorong seseorang bertindak secara hikmah.

Tingkat kualiti diri

Selain itu, setiap Mukmin disarankan untuk mempertingkatkan kualiti diri melalui sudut pandangan yang positif.

Kekuatan dalaman akan diterjemahkan melalui perbuatan dan kata-kata yang baik. Bersangka baik dengan Allah SWT dan

sesama manusia akan membina kekuatan diri luaran serta dalaman.

Pesanan Saidina Umar al-Khattab: "Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimat yang keluar daripada seorang

saudara Mukminmu (sangkaan) keburukan, selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."

Allah SWT mengingatkan supaya tidak bersangka buruk kerana perbuatan itu tidak memberi kebaikan kepada manusia.

Firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jauhilah daripada banyak berprasangka buruk. Sesungguhnya

sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan

janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya

yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan itu) dan bertakwalah kamu kepada Allah;

Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al- Hujurat, ayat 12)

Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba yang

melakukan kesilapan dan kesalahan. Berdoalah kepada Allah SWT tanpa rasa putus asa kerana Allah SWT sentiasa

membuka pintu rahmat untuk setiap hamba-Nya.

Penulis ialah Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMFM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag