Langkau ke kandungan utama

Tahukah anda Solat ketika azan: Masih ramai yang khilaf.


SEBAGAI Islam, mendirikan solat lima waktu adalah hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.

Solat itu tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin kehidupan kita di akhirat

nanti.

Walaupun ada sebilangan kita yang alpa, namun kebanyakan dari kita masih teguh mendirikan amal ibadat, buat bekalan

di hari mati esok.

Terdetik penulis untuk mencoretkan tulisan kali ini mengenai khilafnya kita tentang menjaga solat serta hubungan

kita dengan ALLAH.

Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat.

Kisah bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar.

Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di

Lebuhraya Persekutuan.

Tergopoh-gapah penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut.

Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap

bertelekung.

Barangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib.

Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan

Maghrib berkumandang.

Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila

masa.

Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran.

Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan

kedengaran.

Penulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri.

Bukankah solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?

Ketika itu penulis tersedar. Kita masih khilaf dalam menjaga hubungan kita denganNYA.

Sebagai hambaNYA, kita semua selalu mengambil mudah dalam menjaga kejernihan urusan ibadah kita kepadaNYA.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi

bertanyakan perihal tersebut.

Dr Mohd Azhar Abdullah namanya.

Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab

tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut.

Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan

solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sah.

Bagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk

menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat.

“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan

membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat

sunat dua rakaat selepas azan.

“Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki

tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama. Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan

selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, perbuatan solat ketika azan akan menyebabkan hilangnya kemanisan dalam mengerjakan ibadah

tersebut.

“Islam tidak menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan menyebabkan makruh. Makruh itu

bermakna kita melakukan perkara-perkara yang ALLAH tidak suka.

“Kita akan hilang kemanisan dalam bersolat (sekiranya bersolat ketika azan masuk waktu masih kedengaran). Kita

masih peroleh pahala, tetapi pahala itu tidak cantiklah,” katanya lagi.

Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira

sah.

“Sebagai contoh, kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu

diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.

“Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat

rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar n rukuk dan sempat tama' ninah seketika dalam rukuk

dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,”

jelasnya.

sumber:Islam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag