Langkau ke kandungan utama

Reda terima nikmat, ditimpa musibah


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang yang diberikan Allah dan

Rasul-Nya kepada mereka serta berkata, "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian

daripada kurnia-Nya, dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah.

(Tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (Surah at-Taubah ayat 59)

Sheikh Al-Maraghy ketika menafsirkan ayat itu membuat rumusan Mukmin wajib reda dan berasa puas terhadap usaha

mereka dan segala yang diperolehnya dengan cara benar seperti sedekah dengan menghadapkan hati kepada Allah SWT.

Hendaklah dia berharap hanya kepada Tuhan sahaja untuk memperoleh keinginannya yang berada di luar usaha dan hak

syari'e.

Dr Yusuf Qaradawi menyatakan seorang Islam harus reda terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir

serta rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Reda secara umumnya, sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala

aturan-Nya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.

Dalam al-Quran disebut tidak kurang 70 kali perkataan mengandungi maksud reda. Pada umumnya, ia berkait dengan

masalah iman, amal soleh, kebajikan dan nilai utama yang lainnya. Malah sumber reda itu ialah iman sehingga semakin

kuat dan tebal iman seseorang, semakin mantap reda bersemi dalam jiwanya.

Dalam kehidupan Muslim, sikap reda adalah tahap terakhir harus diterima setelah terlebih dahulu berusaha dengan

segala kemampuan. Kalau seseorang menghadapi masalah yang perlu memilih antara dua alternatif yang sama kuat,

hendaklah dia berhubungan dengan Allah SWT dengan melakukan solat istikharah supaya dicondongkan hatinya memilih

yang lebih baik.

Kalau pilihan atau keputusan itu sudah ada, meskipun buruk dan tidak sesuai dengan harapan, dia tetap menerima

ketentuan dengan sikap reda.

Apa kita rancangkan kadang-kadang tidak berjalan seperti kita harapkan, lantas kita bertanya kepada diri di manakah

silapnya? Namun, apabila kita tidak menemui puncanya kerana kita merasakan perancangan cukup sempurna, sebenarnya

kita terlupa ada perancang lebih besar, iaitu Allah. Ingatlah apabila ditimpa masalah ataupun apa yang diharapkan

tidak berjalan seperti diimpikan, jangan mudah mengeluh ataupun bersedih kerana kita tidak tahu apa yang Allah

rancangkan dan percayalah kalau kita rasakan masalah itu besar, maka pujuklah hati suatu ketika masalah ini akan

hilang dan sinar kebahagiaan akan muncul walaupun tidak mengetahui waktunya.

Di sinilah terletak kebahagiaan Muslim seperti dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Al-Bazar bermaksud:

"Kebahagiaan manusia ialah memohon pilihan kepada Tuhannya dan bersikap reda terhadap ketentuan (qada'). Tanda

daripada kecelakaan manusia ialah meninggalkan usaha istikharah (memohon pilihan) dan tidak reda terhadap ketentuan

diterimanya."

Dalam usaha mengharungi kehidupan, kita harus berasa senang menerima ketentuan Allah. Ketentuan itu umumnya disebut

takdir pada asasnya membabitkan dua perkara. Pertama berupa nikmat yang pasti akan diterima manusia dengan perasaan

senang dan dengan penuh kegembiraan serta kedua, bencana yang datang pelbagai bentuk.

Jika kita ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran. kemalangan atau malapetaka alam, tentu kita akan mengeluh,

sedih serta berkata-kata dalam hati mengapa musibah menimpa ke atas diri dan kenapa tidak berlaku kepada orang

lain. Sikap ini termasuk dalam kategori tidak reda menerima takdir Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apa jua menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia

disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan

sebahagian besar dosa kamu." (Surah Asy-Syu'ara ayat 30)

Dalam ajaran Islam, dianjurkan kita bersikap seperti disabdakan Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila sesuatu musibah

menimpa engkau, maka janganlah engkau berkata, "Kalau (tadinya) aku berbuat begitu tentulah jadinya akan begini."

Namun katakanlah, "Allah mentakdirkan yang demikian dan apa-apa yang dikehendaki-Nya, Dia perbuat." Ucapan 'kalau-

kalau' itu hanya membukakan peranan syaitan. (Riwayat Muslim).

Sikap reda haruslah ditunjukkan baik ketika menerima nikmat mahupun ditimpa musibah. Bagi Mukmin, segala keputusan

Allah adalah terbaik. Kurniaan kejayaan dalam hidup tidak menjadikannya riyak, takabbur dan ujub sehingga

menyeretnya ke neraka. Ditimpa musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga

menyeretnya ke dalam kalangan manusia tidak bersyukur.

Antara tujuan seseorang itu diuji Allah SWT adalah bagi menghapuskan dosanya. Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah

seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti

pohon menggugurkan daun-daunnya." (HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, kita melihat Allah SWT memberikan kepada kita kaitan antara keimanan dan ujian. Bermakna, setiap kali

manusia teruji, keimanannya akan menjadi penentu sama ada dia mampu menghadapi ujian tersebut dengan reda atau

tidak. Maka lebih berat ujian yang dihadapi, semakin tinggi keimanan perlu diraih untuk kita berjaya

mengharunginya.

Diceritakan suatu hari seorang lelaki tawaf mengelilingi Kaabah sambil berkata, "Wahai Tuhanku adakah Engkau reda

kepadaku?" Kebetulannya di belakangnya, Imam Shafie yang bertanya balik kepada lelaki itu, "Adakah kamu reda segala

diberikan Allah sehingga Allah juga boleh reda kepada engkau?" Lelaki itu menjawab, "Subhanallah, aku reda apa yang

datang dari-Nya dan aku mengharapkan reda-Nya. Apa maksud kamu sebenarnya?" tanya lelaki itu kepada Imam Shafie.

Imam Shafie menjawab, "Jika kamu bergembira mendapat ujian sama seperti kamu gembira mendapat nikmat itulah maksud

kamu reda sesuatu yang didatangkan oleh Allah kepada kamu."

Itulah yang digambarkan Rasulullah SAW mukmin berada pada tahap luar biasa dan menakjubkan kerana mereka mampu

melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang

beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini

melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu

baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya" (HR Muslim)

Apabila kita mengaitkan segala kejadian di dunia ialah hasil aturan dan kehendak Allah SWT, kita akan melihat

semuanya dari perspektif positif. Allah SWT tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. Keimanan akan menyuntik

kekuatan insan untuk berhadapan dengan ujian menimpa. Menjauhkan dirinya dari kelemahan putus asa dan kemudaratan

kecewa. Keimanan inilah yang akan membina peribadi yang teguh mengharungi cabaran dunia.

Penulis adalah Perunding motivasi Fitrah Power Resources
sumber:BeritaHarian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag