Langkau ke kandungan utama

'Hati mati' doa tak makbul


Cepat atau lambatnya doa diperkenankan adalah urusan Allah SWT. Bagaimanapun doa yang tidak dimakbulkan disebabkan

jiwa dan hati berprasangka buruk terhadap Allah SWT selain tidak menuruti adab berdoa. Oleh itu, amalan baik

menjadi kunci doa dimakbulkan. Ikuti kupasan doa oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam dalam rancangan Tarbiah.

Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang sentiasa akan dimakbulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau

pun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak terburu-buru. Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang

dimaksudkan dengan terburu-buru? Rasulullah SAW menjawab: Yang dimaksudkan dengan terburu-buru adalah apabila orang

yang berdoa itu mengatakan: Aku telah berdoa dan terus berdoa, tetapi belum juga dikabulkan. Setelah itu, ia berasa

putus asa dan tidak pernah berdoa lagi." (Riwayat Muslim)

Doa adalah satu bentuk harapan kerana manusia sangat mengharap pertolongan dan bantuan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW menjelaskan doa adalah senjata bagi Mukmin. Ini bermakna besarnya peranan dan kedudukan doa pada

saat tiada tali kebergantungan selain doa kepada Allah SWT.

Menerusi rancangan Tarbiah, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang menjelaskan, Allah SWT yang Maha Pengasih dan

Penyayang tidak pernah lupa untuk memakbulkan doa hamba-Nya yang ikhlas mengharap ihsan-Nya.

Allah SWT tahu apakah perkara baik dan tidak baik untuk setiap hamba-Nya. Doa kita kepada Allah SWT ada yang

dimakbulkan-Nya dan ada juga belum diperkenankan. Malah ada doa yang tidak dimakbulkan langsung.

Allah berhak tidak makbul doa

Allah SWT yang Maha Berkuasa berhak untuk tidak memakbulkan doa hamba-Nya jika perkara yang diminta itu tidak

membawa sebarang kebaikan. Hikmah di sebalik setiap doa yang tidak dimakbulkan kerana Allah SWT memberikan apa yang

manusia perlu bukan apa yang dia mahu.

Berkongsi lebih lanjut mengenai doa yang tidak dimakbulkan Allah SWT, Syed Mohd Norhisyam berkata, sesungguhnya

kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan membiarkan dan menghampakan hamba-Nya yang

memohon sesuatu dengan sepenuh hati kepada-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan permohonan itu." (Surah Mukmin,

ayat 60)

Antara ciri-ciri doa yang tidak dimakbulkan adalah doa yang tidak dilakukan secara sepenuh hati. Ertinya, doa yang

dimohon kepada Allah SWT, tetapi tidak disertakan dengan keyakinan terhadap kasih sayang dan kekuasaan Allah SWT.

Melalui satu riwayat mengenai ulama terkenal iaitu Al-Imam al-Faqih Abu al-Lais yang didatangi satu kumpulan

pemuda, ingin menanyakan perihal doa mereka. Selepas berkali-kali mereka berdoa, tetapi tidak pernah dimakbulkan

oleh Allah SWT.

Lalu mereka mempertikaikan ayat al-Quran mengenai Allah SWT memperkenankan doa mereka. Antara ayat itu ialah firman

Allah SWT yang bermaksud: "Apabila hamba-Ku bertanya mengenaiKu, maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku

perkenankan orang yang berdoa." (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Lalu mereka bertanya lagi, apakah ayat al-Quran itu silap atau salah? Al-Imam al-Faqih menjawab: "Ayat itu tidak

ada yang silap atau salah. Tetapi yang berdoa itu tidak pernah ambil tahu mengenai kesalahan atau kesilapannya.

Oleh itu, wahai orang muda! Jangan pernah ada di hati kamu mempertikaikan ayat al-Quran itu. Seterusnya imam yang

mulia itu berkata: Sebab doa tidak disahut oleh Allah SWT kerana hati orang yang berdoa itu mati."

Begitu juga dalam satu riwayat lain, kisah seorang ahli sufi yang sangat masyhur bernama Ibrahim Adham. Beliau

pernah ditanya oleh orang ramai ketika berada di tengah pasar Basrah di Iraq: "Mengapa doa kami tidak dimakbulkan

Allah SWT, pada hal kami selalu berdoa? Lalu Ibrahim Adham menjawab: Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah

buta (mati)."

Bersih jiwa daripada prasangka

Oleh itu, setiap Mukmin wajib membersihkan jiwa dan hatinya daripada sebarang prasangka buruk terhadap Allah SWT.

Sebaliknya, memperbanyakkan istighfar dan amalan yang mendekatkan diri kepada-Nya.

Hati yang hidup dengan zikrullah dan selawat kepada Baginda Rasulullah SAW akan sentiasa hidup dan dekat dengan-

Nya. Amalan yang baik inilah menjadi kunci kepada mudahnya doa kita dimakbulkan Allah SWT.

Menurut Mohd Norhisyam, ada beberapa adab dan peraturan disunahkan supaya mendapat kelebihan dan barakah daripada

Allah SWT serta supaya doa dimakbulkan.

Berdoalah dengan suara yang lembut, penuh keyakinan terhadap Allah SWT, menghadap kiblat, berwuduk, berdoa pada

waktu mustajab dengan merendah diri dan mengharapkan hanya kepada Allah SWT.

Doa orang yang tidak dimakbulkan oleh Allah SWT antaranya disebabkan seorang itu mengakui wujudnya Allah SWT,

tetapi tidak pernah menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Membaca al-Quran, tetapi tidak pernah mengamalkannya, mengakui umat Nabi Muhammad SAW, tetapi tidak pernah

mengamalkan sunahnya, tidak pernah bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah SWT, mengakui mati itu adalah

benar, tetapi tidak pernah bersedia untuknya.

Oleh itu, marilah kita membersihkan hati dengan menjadi Mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT dan pada masa sama

meyakini ayat suci al-Quran serta hadis Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita menuruti adab berdoa kepada Allah SWT

supaya doa kita dimakbulkan-Nya.

Diriwayatkan oleh at-Tarmizi, "Rasulullah SAW pernah ditanya: Doa yang manakah yang paling didengar (diterima)?

Jawab Baginda: Doa pada akhir malam dan selepas solat wajib."

Penulis ialah Penyampai, Penerbit Rancangan Kanan dan Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag