Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.
Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu
Hukumnya Dari Segi Undang-Undang Islam.
By Shafiq Hazani Friday, November 17, 2017 Islamik Semasa Tips
Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Nak Tahu Hukumnya Dari Segi Undang-Undang
Islam.
Kongsikan di
AddThis Sharing Buttons
Share to WhatsAppWhatsAppShare to FacebookFacebookShare to TwitterTwitter
Image result for Adakah Perlu Bayar Ganti Rugi Sekiranya Putus Tunang? Mesti Ramai Yang Berminat Nak Tahu Hukumnya
Dari Segi Undang-Undang Islam.
Hak-Hak Wanita Islam Dalam Kes Mungkir Janji Untuk Berkahwin
Secara umumnya, wanita Islam di Malaysia mengetahui dan menyedari hak-hak mereka selepas berlakunya penceraian. Ini
memandangkan ia sering kali diperbincangkan sama ada oleh ahli akademik, pengamal undang-undang atau kolumnis dan
penulis-penulis di media masa dan bahan rujukan akademik.
Sebaliknya, menurut pemerhatian, wanita Islam di Malaysia tidak mengetahui dan masih kabur dengan hak-hak mereka di
dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin atau di dalam erti kata lain pembatalan pertunangan.
Statistik menunjukkan kes kemungkiran janji untuk berkahwin telah meningkat mutakhir ini dan trend ini telah
berleluasa sehingga melibatkan kes pembatalan pertunangan melalui SMS, e-mail dan sebagainya.
Kemungkiran janji untuk berkahwin mengakibatkan kerugian dan impak negatif kepada pihak perempuan dan keluarganya
seperti kejatuhan maruah, aib, harga diri, kerugian wang ringgit, tekanan perasaan dan juga gangguan mental. -
Zulkifli Hasan
Pertunangan
Jika seseorang itu telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara
bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin
dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin
dengannya,.
Maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya
dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk
membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah. -
Undang-Undang Keluarga Islam
Sumber : http://beritapagi-satu.blogspot.my
Ulasan
Catat Ulasan