Langkau ke kandungan utama

Sesat Dalam Hutan


Assalamu’alaikum reader semua. Alhamdulillah, terima kasih kepada admin kerana sudi post kan cerita yg aku akan

kisah kan di bawah nanti.

By the way, aku Bruneian (dulu pernah pegang IC Malaysia sampai umur 15 tahun, ayah aku Sarawakian dan Mak aku

Brunei. Aku lahir di Brunei, hihi) dan cerita ini adalah mengenai pakcik aku (cousin ayah) yg ketika itu masih

budak lagi dalam lingkungan 10 tahun. Cerita mengenai pengalaman dia sewaktu ayahnya membawa masuk ke dalam hutan

utk memotong kayu. Kejadian ini berlaku di Trusan, Sarawak bersempadan dengan Daerah Temburong, Brunei. Tanpa

membuang masa kita terokai dan ambil iktibar dari cerita ini. ‘AKU’ di dalam cerita ini adalah pakcik aku…..

*******

Masa ketika dulu ayah aku kerjanya disamping menjadi nelayan, dia juga mengambil kayu di hutan utk membuat rumah

atau perabot kayu. Pada waktu itu terlintas difikiran ayah utk mengajak aku masuk ke hutan. Sudah menjadi tabiat

org lama, mengajar anak sedari kecil, melentur buluh biar dari rebungnya.

Selepas subuh ayah kejutkan aku utk keluar ke hutan. Kami ditemani oleh seorang lagi jiran aku sebaya ayah namanya

Pak Din. Ayah dan Pak Din sudah bersiap-siap membawa kelengkapan utk ke hutan dan aku hanya membawa bekalan yg emak

bekalkan utk kami berupa kopi, nasi, ikan masin dan pizza hihihi. gurau sikit bukan pizza tapi kuih sapit. Kami pun

masuklah ke dalam hutan dalam keadaan yg sedikit gelap dan sejuk. Meredah semak, duri dan ranting-ranting pokok yg

berjuntaian adalah pengalaman pertama aku. Sesudah sampai di dalam hutan yg tebal itu, ayah cuma menyuruh aku duduk

dan menunggu di bawah 1 pokok yg agak besar. Kemudian ayah dan Pak Din memulakan kerja mereka tidak jauh dari

tempat aku duduk. aku yg masih lagi dalam keadaan letih, maklumlah pertama kali meredah hutan tebal, lalu aku pun

terlelap di bawah pokok tu. tapi memang aku terasa baru saja terlelap, tiba-tiba ‘ayah’ kejutkan aku dan mengajak

aku utk balik tanpa melihatkan wajahnya dan aku sangat pasti yg itu adalah ayah kerana zahirnya, bentuk badan dan

gaya percakapan yg memang ayah aku. Aku yg dalam keadaan mamai dan heran pun bertanya kepada ayah..

“ehh mana Pak Din, pa?” (Ayah, Mana Pak Din?)

“inda apa tu mulihtah kitani saja dulu.” (Takpe, kita balik je balik dulu) kata ‘ayah’.

Aku pun ikutlah ‘ayah’ yg beriya mengajak pulang. Tapi dalam perjalanan tu, aku merasa amat pelik kerana macam

sudah tersedia jalan lapang dan bersih dari daun-daunan. Sedangkan pada mulanya kami datang tadi punyalah susah

meredah ranting, duri dan akar pokok. Lantaklah dalam hatiku, mungkin ini jalan keluar yg lain.

Sebenarnya yg menyerupai ayah aku ni adalah hantu hutan. Memang glamour dikalangan tentera yg selalu masuk hutan

terjumpa dgn hantu ni. Hantu ni memang sempurna menyerupai org yg hantu ni nak serupai. Tapi dia cuma tiada lekuk

di antara hidung dan mulut. Jadinya hantu ni memang tidak akan menunjukkan mukanya dari hadapan. Kerjanya memang

hanya ingin menyesatkan org yg masuk hutan.

Ayah (yg betul2) dan Pak Din sedar yg aku tidak ada lagi di pokok yg tadi.

“ia udah ni, kana bawa laritah ni. Baiktah kitani cakah menuntuti Din.” (Tak syak lagi. memang ‘dia’ lah yg bawa

lari ni. Baik kita cepat kejar Din.)

Ayah dan Pak Din berdoa serta bertawakal dan mula menjejaki aku mengikut firasat ayah je. Kerana memang ketika itu

ayah tidak terlihat kesan jejak kaki langsung.

Aku yg sedari tadi ikut berjalan di belakang ‘ayah’ ni pun berasa lapar. Aku pun katalah kat ‘ayah’….

“Pa, bulih kitani berehat skajap kah? lapar parutku sudah. makan kitani dulu yg mama batakan tadi pagi ah.” (Ayah,

kita rehat kejap boleh? perut aku dah lapar, kita makan bekal yg emak bekalkan pagi tadi) kataku.

“Bah menyiringtah kitani dulu.” (ok kita rehat kat tepi ni lah) kata ‘ayah’ tanpa memandang aku.

Aku yg mula hendak duduk ni terpandang 1 pokok rendang yg akarnya seakan-akan kerusi.

“ehhh pa. baik pulang duduk di sana tu, bisai ada mcm kursi.” (Ayah kita duduk kat sana. senang sikit nak duduk,

mcm kerusi) aku mencadangkan kepada ‘ayah’.

“uiiii kenapa kau sabut tu dalam utan!! inda dapat bah tu.” (hoii, kenapa awak sebut benda tu dalam hutan, tak

boleh!)

Aku tersentak kerana ‘ayah’ meninggi suara kepadaku. Mungkin benar benda tu tak boleh sebut dalam hutan, bisikku yg

masih mentah tentang dunia.

Aku pun mulalah menjamah makanan yg dibekalkan utk kami. ‘Ayah’ juga memakannya, tapi dalam keadaan tu aku tidak

mensyaki apa-apa walaupun ‘ayah’ tidak melihatkan wajahnya. Tak sangka jugak hantu boleh makan ikan masin, hihi.

Selesai kami menikmati bekalan tadi, tanpa membuang masa, ‘ayah’ pun memberi isyarat utk kami meneruskan

perjalanan. Seperti biasa, jalan yg kami lalui begitu teratur dan bersih layaknya seperti track basikal dalam

hutan.

Di situasi yg lain, ayah dan Pak Din gigih menjejaki aku yg diandaikan sudah jauh masuk ke dalam hutan, tanpa

menghiraukan penat dan luka-luka akibat geseran duri dan ranting kayu. Tapi malangnya belum juga ternampak akan

kelibat diriku. Ayah hanya mampu berserah kepada Allah agar aku selalu dalam lindungan Nya.

Aku merasa agak terlalu lama sudah berjalan tapi belum sampai juga keluar hutan. Aku bertanya kepada ‘ayah’ tapi

‘ayah’ hanya mendiamkan diri sambil berjalan di hadapan ku. Lama- kelamaan ‘ayah’ pun membuka mulut bertanya pula

kepadaku…

“Apa yg kau pakai di tangan mu atu?.” (Apa yg awak pakai kat tangan awak tu?)

“Galang jua ni pa, yg mama bagi arahku, batah jua sudah ni ku makai. Nya mama jgn di pakai tempat kamah2 saja.”

(Ini gelang yg emak bagi, lama dah ayah. Emak cuma pesan jgn pakai di tempat yg kotor) kataku ringkas.

Gelang tu cumalah gelang perak yg biasa, bukan tangkal, azimat atau yg sama species dengannya. Cuma gelang itu ada

tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan jawi. Sebab tu emak pesan kalau masuk ke dalam tandas atau tempat kotor, aku

harus membukanya dulu.

“Baiktah kau buka tu! inda baik tu dipakai. buka tia lakas!” (lepas gelang tu. Benda tu tak boleh dipakai. Cepat

buka!) kata ‘ayah’ dengan nada yg agak menakutkan.

Aku turut saja apa yg ‘ayah’ suruh kepadaku. Maklumlah aku masih kecil dan jahil tentang keadaan yg aku alami

ketika itu. Aku pun mencuba melepaskan gelang itu dari tanganku. Tapi pelik, gelang yg mudah aku lepaskan ketika

hendak mandi atau ke tandas itu, tidak boleh aku keluarkan dari tangan sama sekali. Aku tetap terus mencuba tapi

masih tersangkut di pergelangan tanganku sambil ‘ayah’ terus membebel utk aku melepaskan gelang itu.

Di situasi ayah dan Pak din, dengan izin Allah jua, tidak jauh dari mereka berjalan, mereka ternampak aku yg

berdiri di depan pokok sambil memegang tangan. Tanpa membuang masa ayah berlari tanpa memperdulikan semak semun

hutan lagi. Ayah menarik baju aku dari belakang terus memeluk dan berkata…

“antu tu yg kau ikut atu!!.” (yg awak ikut tu hantu!) tegas ayah kepadaku.

Aku tersentak seperti aku baru sahaja bangun dari mimpi. Aku melihat ‘ayah’ yg berada di depanku sudah tidak ada

lagi. Aku menoleh di sekelilingku, ia kembali semak dan seperti tiada tempat utk ku hendak berdiri. Jalan yg lapang

ku lihat tadi juga hilang dari pandangan.

Selepas kejadian itu kami pun betul-betul tersesat. Hampir 3 minggu kami berada di dalam hutan. Pihak Polis Sarawak

membantu mencari kami atas laporan kami sudah lama tidak balik. Dengan kerjasama Pihak Polis Brunei, kami dijumpai

di dalam Hutan Brunei. Sungguh tidak disangka penangan hantu hutan, sampai begitu jauh kami tersasar disebabkan

olehnya. Akhirnya kami pun dikembalikan ke kampung halaman kami oleh pihak Polis Brunei.

*******

Sebagai penutup di sini, kejadian ini benar-benar terjadi tanpa tambahan atau rekaan. Kita ambil iktibar dan

pengajaran dari cerita ini. Sesungguhnya apa yg dikehendaki oleh Allah, itulah yg terjadi. Walaupun hanya secara

spontan tersebut perkataan ‘kursi’ (Brunei sebut kursi utk kerusi) pun sudah cukup utk menggentarkan syaitan. Apa

lagi jika menghayati isi kandungan ‘Ayat Kursi’ yg sangat mulia. Dan mengenai gelang tadi, serius ianya bukanlah

sebagai azimat. Itu hanyalah sekadar perhiasan yg sengaja di ukirkan nama ‘Allah’. Memang tidak mempunyai kuasa apa

pun. Tapi dgn izin Allah jua, ia menjadi benteng terakhir utk pakcik aku yg hampir disesatkan. Hasbi Allahu Wa

Niqmal Wakil, cukuplah Allah bagiku Dia lah sebaik-baik pelindung. Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini, dan

minta maaf kalau tidak seram dan gaya penulisan yg tidak memenuhi citarasa. Aku bukanlah seorang penulis yg baik.

Tengok-tengok org sebelah anda, takut takda lekuk kat atas bibir. hihihi. Assalamu’alaikum.

Sumber: fiksyenshasha.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag