Langkau ke kandungan utama

Musibah, nikmat pengukur nilai keimanan Mukmin


Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada

kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang

menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia

bersabar maka kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)

Ustaz Ahmad Hafiz al-Zaffarani menerusi rancangan Tarbiah di IKIMfm, jam 10.15 pagi, Jumaat lalu memberi pencerahan

mengenai dua perkara yang sangat hampir dengan orang Mukmin. Pertama, ujian atau musibah dan kedua adalah nikmat

yang diperoleh.

Ujian musibah menyakitkan atau kurniaan nikmat yang membahagiakan, kedua-duanya adalah interaksi Allah SWT terhadap

Mukmin untuk melihat sejauh mana keimanan mereka. Bagi sahabat, alim ulama atau salafusoleh, ujian musibah umpama

berita gembira yang memberi kelapangan kepada hati.

Mereka melihat ujian musibah daripada pandangan mati hati yang tajam sehingga musibah itu bukan garam yang

memedihkan luka, tetapi madu memaniskan masakan. Begitulah tingginya iman alim ulama yang sepatutnya menjadi

pedoman kepada seluruh mukmin.

Ujian perngukuh iman

Mereka sepatutnya melihat ujian musibah itu bukan perosak kepada keimanan seseorang tetapi menjadi tali yang

mengukuhkan iman dan keyakinan terhadap kebesaran Allah SWT.

Pepatah Melayu juga ada menyebut sesuatu perkara pahit ketika terjadi tetapi manis apabila dikenang. Begitulah

perumpamaan bagi sesuatu ujian menimpa seseorang hamba yang perlu mempunyai benteng kesabaran yang tinggi dalam

menghadapi setiap ujian Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih, padahal

kamulah orang yang tinggi (darjatnya), jika kamu benar-benar orang beriman." (Surah Ali-Imran, ayat 139)

Allah SWT memberi peringatan dan bimbingan kepada manusia yang berdepan ujian atau musibah untuk bersabar kerana

ujian tidak diberi kepada Mukmin yang lemah sebaliknya Mukmin cekal jiwa, kuat iman dan tinggi darjatnya di sisi

Allah SWT.

Justeru, seorang Mukmin yang sering ditimpa ujian adalah Mukmin yang hakikatnya mendapat pandangan di sisi Allah

SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh Kami telah menguji orang sebelum mereka, dan Allah pasti mengetahui orang

yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 3)

Riwayat menjelaskan akhlak Amirul Mukminin Saidina Umar Khattab yang berbicara mengenai kenikmatan ujian musibah.

Katanya: "Demi Allah, tidak ada satu bala yang menimpa ke atasku melainkan Allah memberikan empat nikmat kepadaku,

iaitu musibah itu tidak dikenakan kepada agamaku melainkan musibah itu untuk diriku. Kedua, tidak ada yang lebih

nikmat selain musibah itu datang kepadaku mengikut kemampuanku. Ketiga, aku merasa nikmat kerana musibah itu tidak

menghalangku untuk reda kepadanya dan keempat, sesungguhnya aku mengharap pahala dari setiap musibah yang

mendatangiku."

Begitulah seorang Mukmin yang tinggi iman dan ketakwaan terhadap Allah SWT, tidak pernah melihat musibah sebagai

perkara yang merosakkan iman atau menjauhi diri daripada terus beriman, melainkan menerima ujian musibah sebagai

sebahagian daripada kebaikan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Malah, setiap ujian itu diterima dengan lapang hati bukan dengan rasa keluh kesah atau kekesalan yang mengundang

hasutan syaitan ke dalam diri seorang Mukmin.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang Mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang Mukmin

yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-

sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan

janganlah engkau bersikap segan dan malas dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata:

Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: Allah telah takdirkan dan apa

yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya. Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan

syaitan." (Riwayat Muslim)

Jadi Mukmin lebih bersyukur

Begitu juga kurniaan nikmat Allah SWT kepada orang Mukmin adalah satu anugerah yang akan mendekatkan Mukmin kepada

Allah SWT melalui perasaan syukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan-Nya. Mukmin yang bersyukur akan lebih

banyak amal ibadah seperti bersedekah, membantu insan memerlukan, merendah diri dan bersikap zuhud terhadap

anugerah kurniaan Allah SWT.

Setiap rezeki nikmat yang Allah SWT kurniakan dikembalikan semula kepada-Nya dengan amalan salih yang akan

meningkatkan timbangan amal seorang Mukmin, manakala isi dunia dijadikan sebagai ladang pahala untuk mengutip

pelaburannya pada akhirat kelak.

Justeru, bagi orang Mukmin yang beriman, sama ada musibah atau nikmat, kedua-duanya adalah medan untuk menambah

amal ibadah kerana tujuan utama hidup ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT

yang kekal abadi.

Penulis ialah Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag