Langkau ke kandungan utama

"Bang, Ada Budak 4 Tahun 'Bunuh' Adik 'Baru' Sebab Nak Dapat Balik Perhatian", Awas Ibu Bapa, Jangan Abai Cemburu Si Kecil


Memaklumkan si kecil yang tidak mengerti apa-apa, khusus pada usianya kurang dari 18 bulan untuk menerima kehadiran

adik baru terkadang agak sukar.  Berbeza dengan kanak-kanak yang berusia lebih daripada 2 tahun yang mudah faham

jika diberi penjelasan yang baik mengenai kehadiran adik baru sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

Sibling rivalry, antaranya merupakan masalah biasa terjadi kepada anak-anak yang menerima saudara baru dengan jarak

usia yang dekat dan jantina yang sama.  Persaingan ini dipengaruhi beberapa faktor seperti perbezaan layanan ibu

bapa dan perasaan tidak selamat dengan kewujudan adik baru.

Bukan mudah untuk kanak-kanak ini menerima situasi diatas, maka demi untuk menarik perhatian daripada ibu bapa, dia

akan melakukan apa saja demi survival diri sebagai orang yang akan selalu disayangi oleh kedua orang tua.

Perkongsian daripada Muhammad Khalini Abdul Halim menceritakan kesan dan impak hebat seorang kanak-kanak yang

sanggup 'membunuh' adiknya yang baru lahir kerana beranggapan jika adiknya tiada, maka ibunya akan kembali

menyayanginya seperti sebelum ini.

Walaupun hanya berusia 4 tahun, namun jika pendekatan ibu bapa terhadap si kecil tersebut dipandang ringan, ia akan

lebih memburukkan keadaan.  Cuba tunjukkan bahawa kasih sayang anda tidak pernah hilang kepadanya.  Ikuti

perkongsian dibawah semoga dapat dijadikan sebagai panduan terutama pada bakal ibu bapa yang bakal menimang cahaya

mata yang kedua.



" Bang, ada budak umur 4 tahun bunuh adik dia. Adik dia baby "

Pada malam tu aku memandu dalam kereta , isteri aku memang duduk belakang kereta bersama dengan anak-anak aku.

Isteri aku dengan tiba-tiba bangkitkan isu ni.Katanya kisah viral. Aku pun dengan tenang mendengarnya.

" Apa kisah lanjutnya sayang?"

Isteri aku cerita,budak 4 tahun ni lompat berulang kali ke atas adiknya yang baby tadi. Sehingga adik dia tidak

bernyawa.

Ibunya pula yang perasan kejadian ni tidak sempat nak selamatkan anaknya yang baby tadi.

" Apa puncanya budak tu buat macam tu? Nak bermain ke?" Tanya aku.

Isteri aku kata, budak 4 tahun buat begitu kerana ramai berkata dengan dia yang mak dia tak sayangkan dia lagi

kerana ada adik baru.

Budak 4 tahun ni beranggapan jika adik dia sudah tiada maka ibunya akan menyayanginya.

Masa ni aku tersentak, budak sekecil begitu pun sudah mengerti dan begitu mudah rasa kecil hati dan takut tidak

disayangi oleh mak ayah.

Ye rakanku,


Biasa kan kita dengar orang luar atau kita sendiri pernah kata pada anak kita ayat sebegini :

"Habislah abam/kakak, mama dah ada adik baru. Sudah tidak sayangkan kamu lagi. "

Kita ataupun orang sekeliling sering ucapkan kata-kata ni kepada si kecil berulang-ulang kali tanpa memikirkan

kesan emosi kepada si kecil ni tadi.

Dengan niat mengucapkan kata ini kepada si kecil hanyalah sekadar "gurauan mengusik".

Namun, bagi si kecil ianya kata-kata benar dan mudah mempercayai kata orang dewasa serta tidak tahu membezakan

apakah itu gurauan.

Secara tidak sedar, bagi yang ungkapkan kata ini dah melukakan hati dan perasaan si kecil ini.

Secara tidak langsung si kecil boleh bertindak terlalu agresif kepada adiknya yang baby tadi.

Sepatutnya kita sebagai orang dewasa lebih elok ungkapkan kata pujian kepada si kecil ni seperti " bestnya ada

adik, dah jadi seorang abang/kakak yang hebat".

Sahih atau tidak kisah ni aku pun tidak pasti.

Namun bagi aku, tidak sepatutnya kita ungkapkan :
"Habislah kamu, mak ayah tidak sayangkan kamu lagi sebab dah ada baby baru".

Mungkin orang lain ada pendapat sendiri.

Namun bagi aku, nak bergurau pun biar bertempat. Perlu fikirkan hati dan perasaan si kecil.

Kalau kau sendiri pun mudah sensitif dengan gurauan, inikan pula si kecil.

Sumber:Siakapkeli.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...