Langkau ke kandungan utama

Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir.


Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir.
Insya_Allah…

Suami isteri yang sedang berkonflik sebenarnya bagus jadikan wirid dan doa Al Mathurat ni sebagai amalan pagi dan

petang. Sebabnya baca penerangannya di bawah. Lepas dah tahu, mesti rasa sayang kalau nak tinggalkan walau satu

doa.
Al Mathurat ini wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. Ia disusun dan dihimpunkan oleh al-Imam

As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih.

Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh

konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri. Baik cara kita bertingkah

laku, mahupun cara kita menyelesaikan satu-satu masalah.

Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca

jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.

Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu,

bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda.
Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu.

Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang

kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya.

(boleh rujuk pada buku Al Mathurat)
Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari dari

membaca wirid dan doa ini sampai habis.

Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan

pengamalnya. Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu

menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.

Ini Doa Akhir

“Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta para

du’at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku.
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah rakan seperjuangan) telah berkumpul kerana

mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu. Jika engkau mentakdirkan mati maka

matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. engkaulah sebaik-baik sandaran dan

sebaik-baik penolong.

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad,

keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

* Masa baca ini niatkanlah untuk suami/isteri dan jangan lupa sebut namanya.

Sumber: Mingguan Wanita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...