Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut
dan daratan. Lintah merupakan haiwan hermafrodit yang mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina seperti cacing.
Sesetengah lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan
lintah tidak menghisap darah. Tetapi apa yang hendak dikongsikan ini adalah berkaitan dengan lintah, haiwan ini
sememangnya tidak boleh dimakan atau ditelan, kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihaatan.
Tindakkan berani remaja lelaki bernama Sam Ballard telah menelan beberapa ekor lintah ketika dicabar oleh rakan-
rakannya yang lain ketika menghadiri sebuah parti di kediaman salah seorang rakan akhirnya mengundang tragedi
apabila Sam dikatakan terus jatuh dan telah dibawa kerumah hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Dikatakan, Sam telah disahkan dijangkiti sejenis bakteria daripada parasit yang ditemui dalam lintah terbabit.
Parasit itu biasanya berada pada arnab, tikus, siput dan lintah sekiranya mereka memakan najis daripada tikus atau
haiwan lain.
Berusia 19 tahun pada waktu itu, tahun 2010 menjadikan ia sebagai sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh rakan-
rakannya malah keluarga Sam sendiri. Sam menghadapi euinophilic meningo encephalitis dan koma selama 420 hari serta
lumpuh seluruh badan.
Pesakit yang dijangkiti dengan parasit ini disebabkan kerana telah menelan larva dalam siput mentah atau tidak
cukup masak, lintah, udang air tawar, katak, atau ikan. Jangkitan juga boleh terjadi dengan sumber segar seperti
salad yang tercemar. Apabila larva ditelan, mereka menembusi saluran usus, masuk ke saluran darah, dan akhirnya
sampai ke meninges (penutup otak dan saraf tunjang).
Sejak daripada itu, kehidupan Sam dan keluarganya berubah. Sam terlantar selama 3 tahun dihospital dan hanya
diberikan sebuah kerusi roda elektrik untuk memudahkannya bergerak. Kini, Sam telah berumur 28 tahun dan sering
diserang sawan. Susulan daripada itu juga, Sam mengalami masalah untuk mengawal suhu badannya serta perlu diberi
makan melalui tiub.
Baca Juga Masjid Menakjubkan Di Turki Yang Diilhamkan Dari Ayat Al-Quran
“Ia sangat mengecewakan, hati saya hancur, ia mengubah hidup saya. Impaknya sangat besar”.
Kos perubatan yang sangat tinggi membuatkan rakan-rakan Sam bertindak mengumpul dana untuk meringan beban Katie,
ibu kepada Sam dalam memenuhi keperluan seharian dan kos penjagaan anak lelakinya itu. Katie dalam masa yang sama
telah memohon Skin Insuran untuk orang kurang upaya bagi pihak anaknya dan layak menerima RM917,000 pada tahun
2016. Namun pun begitu, jumlah itu telah dikurangkan menjadi RM200,000 selepas pihak Insuran menyemak kembali
permohonan Katie.
Akibat pemotongan itu, Katie dan keluarga terpaksa menanggung hutang yang banyak dan dikatakan tidak dapat
menampung khidmat jururawat sebanyak RM76,000.
Jangan sesekali menerima cabaran yang boleh membahayakan diri anda, jika berlaku apa-apa keatas diri anda, bukan
anda sahaja yang menerima kesannya, malah seluruh ahli keluarga.
Moga ianya memberi ikhtibar kepada anda.
Sumber: TheSun Uk
Ulasan
Catat Ulasan