Langkau ke kandungan utama

Anak tikam ibu


KUALA LUMPUR: Seorang wanita cedera selepas ditikam oleh anak lelakinya yang menghidap penyakit mental, menggunakan

pisau di rumah mereka di Jalan Batu Bata Off Jalan Tun Razak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Ong Beng Lee, 52, cedera di bahagian dada kanan, manakala suspek

berusia 33 tahun cedera di bahagian dada kiri selepas menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan

kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.45 pagi.

"Ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa berada di rumah sebelum insiden itu didengari jiran mereka, yang turut

membantu wanita berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa yang juga pekerja pembersihan sudah dibawa ke hospital,

manakala suspek masih berada di rumah berkenaan.

"Suspek bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi kejadian

menyebabkan seorang anggota polis melepaskan tembakan pegun.

"Suspek berjaya ditahan pada jam 9.46 pagi dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan selepas

bertindak menikam diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Shaharudin berkata, siasatan awal mendapati suspek menikam ibunya kerana berang apabila diminta mengambil ubat

rawatan penyakit mental dialaminya selepas tiga hari enggan mengambil ubat berkenaan.

"Berdasarkan kad rawatan suspek, kali terakhir dia menerima rawatan bagi penyakit mental pada Khamis lalu dan

rawatan seterusnya pada 1 Mei nanti.

"Mangsa yang cedera di bahagian dada kanan akibat kejadian itu menerima enam jahitan, manakala suspek masih dirawat

di zon merah Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah merampas pisau berukuran 12 sentimeter, yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

"Kami masih belum dapat membuat soal siasat terhadap suspek sehingga selesai rawatan, atas nasihat doktor.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

sumber: Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag