Langkau ke kandungan utama

Ustaz Somad teladani Nabi, banyak buka ruang soal jawab


MELIHAT caranya yang bersahaja menyampaikan ceramah, mengembangkan topik diberi dengan hujah serta dalil diselang-

seli lawak jenaka, pasti tidak akan percaya dulunya pendakwah sedang meningkat popular itu, akan lari sambil

mencari helah demi mengelak daripada memberikan tazkirah.

Pengalaman itu dikongsi pendakwah kelahiran Silo Lama, Asahan, Sumatera Utara, Abdul Somad atau juga dikenali

sebagai Ustaz Somad pada wawancara BH di TV Alhijrah, Kuala Lumpur, ketika menjawab pertanyaan bilakah beliau mula

berdakwah.

Kata anak sulung daripada dua beradik itu, sekembali ke Pekanbaru selepas menamatkan pengajian di Maghribi, beliau

tidak boleh mengelak untuk menyampaikan ilmu agama dipelajarinya.

Beliau bertemu ulama besar di Pekanbaru, Dr Mustafa Umar yang banyak memberi pendedahan mengenai dunia dakwah

melalui ceramah dengan membawanya setiap kali pergi memberi tazkirah.

"Ketika belajar di pondok, setiap pelajar mesti bagi ceramah dan saya akan lari kerana tidak suka ceramah depan

orang ramai. Ketika di Maghribi, pelajar dipanggil ke Kedutaan Besar Indonesia untuk menyampaikan khutbah dan

apabila disuruh, saya kata saya sakit.

"Bagaimanapun, selepas bersilaturahim dengan Dr Mustafa, saya banyak mengikut beliau memberi ceramah. Sejak itu,

saya banyak menggantikannya untuk memberi tazkirah setiap kali beliau ada urusan di Kuala Lumpur. Saya banyak

belajar daripada Dr Mustafa," katanya.

Bercerita lanjut, Abdul Somad berkata, hatinya bertekad untuk mendalami ilmu agama selepas membaca buku kecil

biografi

Syeikh Abdurrahman yang diberikan kepadanya selepas beliau memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis Haul

Peringatan Sheikh Abdurrahman.

Beliau yang ketika itu berusia 10 tahun amat terkesan dengan kesusahan dilalui moyangnya itu yang pernah belajar di

Minangkabau, kemudian ke Aceh sebelum berhijrah ke Kedah selama tujuh tahun dan menyambung pengajian di Kelantan

serta Pattani.

Di Pattani, Sheikh Abdurrahman berguru dengan Sheikh Wan Mustafa al-Fatani yang kemudian membawa beliau ke Makkah

dan tinggal di sana selama tujuh tahun sebelum kembali ke kampung halamannya menjadi pendakwah.

Sheikh Abdurrahman kemudian dilantik oleh Sultan Melayu Asahan di Sumatera untuk menjadi penasihat baginda dan di

sana beliau mengembangkan sebuah kampung serta berkahwin.

"Beliau mempunyai seorang anak, Siti Aminah yang mempunyai anak, Hajah Rohana, ibu kepada anak bernama Abdul Somad.

Saya ini generasi keempat. Susah-payah moyang saya mengembara mencari ilmu memberi motivasi kepada saya.

"Apabila saya berasa susah ketika belajar di Mesir, saya akan teringatkan kesusahan moyang. Jadi saya beritahu

diri, jika Sheikh Abdurrahman susah belajar di Makkah, kenapa saya tidak boleh susah belajar di Mesir," katanya.

Suka sesi soal jawab

Abdul Somad berkata, ketika mula berceramah dahulu, tempoh 15 minit dirasakan terlalu lama, tetapi setelah 10

tahun, kini beliau sering diberi peringatan oleh penganjur mengenai masa yang berbaki kerana keasyikan menyampaikan

tazkirah.

Katanya, beliau lebih suka menyampaikan ceramah berkisar kepada isu semasa yang melanda masyarakat hari ini dan

selalunya akan bertanyakan kepada penganjur mengenai tajuk atau topik yang ingin disyarahkan.

Beliau akan meluangkan masa menjawab soalan jemaah yang hadir kerana pastinya antara mereka mempunyai persoalan

yang memerlukan pencerahan. Baginya, lebih baik mereka bertanya kerana apabila mereka mencari jawapan sendiri tanpa

bimbingan boleh menyesatkan.

"Pendekatan saya bertanyakan apa penyakit yang dihadapi. Saya tidak mahu bawa ubat sakit kepala, tetapi orangnya

sebenarnya sakit perut. Apabila datang ke Kuala Lumpur, saya minta tajuk dan syarah mengikut tajuk.

"Manusia apabila mengaji, akan ada soalan dalam fikiran mereka. Jika boleh jawab, saya akan jawab. Andai tidak,

saya bawa balik dan kemudian boleh baca di www.somadmorocco.blogspot. Nabi SAW banyak buka soal jawab dan sahabat

bertanya kepada Baginda," katanya.

Hasil daripada sesi soal jawab pada setiap ceramahnya itu juga mendorong beliau menghasilkan buku yang kini boleh

dibaca di internet. Menurut Abdul Somad, itu semua adalah wasilah kerana tujuan dakwah adalah untuk beramal.

Katanya, Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh untuk berdakwah saja tetapi melihat apakah tindakan sesudah itu kerana

bagi golongan yang mendengar ucapan baik harus diiringi dengan yang lebih baik iaitu amal perbuatan.

Ruang dakwah makin luas

Ditanya apakah perasaan apabila dirinya semakin dikenali, bapa kepada anak lelaki berumur lima tahun, Mizyan Haziq

Abdullah, menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT yang menduganya dengan kebaikan adakah beliau bersyukur

atau kufur.

Tambahnya, apatah lagi ruang dakwah beliau semakin luas bukan setakat di surau di Sumatera sahaja, malah turut

menerima jemputan dari negara luar. Justeru, beliau berusaha memenuhi tuntutan dakwah itu mengikut keupayaan

dirinya.

Mendalami apa yang tersirat di hati pensyarah Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau itu, melihat kepada

perkembangan umat Islam hari ini, yang merisaukan beliau ialah banyaknya isu serta fitnah di internet.

Katanya, umat Islam khususnya golongan muda perlu berperanan mendapatkan kesahihan perkara (tabayyun) setiap kali

menerima sesuatu berita kerana ia umpama bola salji yang semakin membesar akan menjadi musibah.

"Saya senang apabila ada bertanya betulkah ustaz terbabit dalam masalah ini, berkata begini atau kenapa ustaz

sokong orang cakap tidak baik mengenai masalah ini? Saya akan tanya di mana dia dapat maklumat itu dan tunjukkan

tulisan atau video asal.

"Sebabnya ada sudah diedit sedangkan ia bukan yang sebenarnya. Kita juga kena faham isi dunia sejak alam berkembang

ada baik dan buruk. Apabila semua baik itu adalah syurga dan bila semua tidak baik, itu neraka," katanya.

Katanya, beliau bukan bintang kerana semua orang adalah pendakwah dan beramal soleh, maka menjadi tanggungjawab

umat Islam yang melihat kemungkaran memperbetulkan keadaan mengikut kemampuan mereka sebagai jihad mencari reda

Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag