Langkau ke kandungan utama

Peluang Liverpool kembali rampas tempat ketiga


HANYA empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) diadakan minggu ini manakala enam lagi termasuk membabitkan

pendahulu, Manchester City menentang Brighton, ditangguhkan bagi memberi laluan suku akhir Piala FA.

Berikutan itu, tumpuan perlawanan bagi minggu ke-31 ini tentunya adalah membabitkan aksi Liverpool menentang

Watford di Anfield awal pagi esok waktu Malaysia, berbanding tiga perlawanan lain.

Minggu lalu, pasukan bimbingan Jurgen Klopp ini dimalukan oleh Manchester United di Old Trafford. Kekalahan di

tangan kelab bimbingan Jose Mourinho ini sangat perit diterima, baik oleh pengurusan atau penyokong setia The Reds.

Selain maruah tercalar dengan seteru ketat dan kempunan sebarang mata, kekalahan juga menyaksikan mereka turun dua

anak tangga ke posisi keempat liga selepas di pintas Tottenham Hotspur.

Spurs berjaya mengutip mata penuh selepas membelasah Bournemouth 4-1 untuk menghimpun 61 mata keseluruhan, lebih

satu berbanding Liverpool, namun ketinggalan empat mata di belakang United yang berada di tempat kedua.

Dengan Tottenham tidak beraksi minggu, jelas Liverpool memiliki peluang 'seluas lautan Atlantik' untuk kembali

menduduki tangga ketiga dan sekali gus merapati United.

Penulis terbaca satu ramalan di sebuah portal sukan yang meletakkan peluang Liverpool memenangi perlawanan

menentang Watford ini adalah sebanyak 81 peratus manakala 13 peratus berakhir seri.

Ia bukan mengejutkan. Melihat kepada rekod pertemuan lalu, daripada sembilan aksi terakhir, The Reds menang enam

berbanding dua The Hornets. Pada pertemuan terakhir di Anfield, 6 November 2016, Liverpool membelasah lawannya itu,

6-1.

Sebelum itu pada 8 Mei 2016, The Reds turut menang 2-0. Minggu lalu, Watford dijinakkan oleh Arsenal, 3-0 pada aksi

yang berlangsung di Emirates, tatkala mereka kekal di pertengahan liga.

Satu lagi rekod yang penulis temui, pertemuan kedua-dua pasukan ini tidak pernah berakhir dengan keputusan seri

pada aksi EPL dengan himpunan 72 gol menerusi 21 aksi.

Penulis percaya, penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah sudah pasti mahu melepaskan geram selepas tidak menjadi di

Old Trafford. Setakat ini dia sudah meledak 24 gol daripada 68 jaringan Liverpool di EPL.

Bagi perlawanan ini, penulis meramalkan Liverpool akan menang besar. Sukar untuk membayangkan Liverpool akan tewas

aksi ini meskipun ia pernah berlaku ketika bertemu pasukan pertengahan seperti Swansea City atau Burnley

sebelumnya.

Sementara itu, United akan membuat perhitungan dengan Brighton pada aksi suku akhir Piala FA, jam 3.45 pagi di Old

Trafford, esok manakala Spurs bertandang ke Swansea jam 8.15 malam ini.

Dua lagi aksi suku membabitkan Wigan menentang Southampton, jam 9.30 malam esok manakala Leicester menyambut

kunjungan Chelsea pada jam 1.230 tengah malam Ahad. Selamat menonton.

Ramalan Minggu ke-31

Stoke City 2 Everton 2

Huddersfield 2 Crystal Palace 2

Bournemouth 2 West Brom 0

Liverpool 4 Watford 1

*Penulis - Amirullah Andi Nur adalah Penolong Pengarang Sukan Kumpulan NSTP
SUMBER:BERITA HARIAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag