Langkau ke kandungan utama

Agama: Manfaatkan peluang berbuat amal



Kehidupan adalah peluang disajikan  Allah SWT di mana kepelbagaian peluang ini tidak dapat dihitung oleh manusia.

Peluang ini datang pada setiap bidang dan sebahagian daripadanya dapat mengubah perjalanan hidup seseorang dan

sebahagiannya tidak akan berulang sehingga ada ulama mengungkapkan bahawa: "Apabila dibuka suatu peluang kebaikan,

maka bersegeralah melakukannya kerana kita tidak mengetahui bilakah ia akan tertutup buat kita."

Kadang kala kita melihat peluang berkenaan berbentuk kebaikan bagi membentuk dan membina masyarakat, terkadang

berbentuk jawatan dan pangkat untuk berkhidmat kepada agama dan umat selain ada masanya berbentuk perniagaan yang

mampu menjana pendapatan lumayan khususnya dari seorang insan yang baik.

Sesungguhnya harta yang banyak di tangan orang yang baik adalah satu nikmat yang tidak ternilai. Ulama menyebut:

"Sebaik-baik harta adalah dari kepunyaan orang yang baik." Ini kerana, orang baik dan soleh saja yang dapat

menguruskan hartanya mengikut acuan agama.

Peluang dalam kehidupan akan sentiasa terbentang sepanjang hayat dan ianya teguh berdiri sehinggalah detik terakhir

kehidupan. Sabda Baginda SAW bermaksud : "Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan seorang daripada kamu ada

benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat

pahala." (Hadis Riwayat  Al-Bukhari).

Dua jalan

Dapat difahami bahawa dua jalan yang  tidak pernah terpisah iaitu dunia dan akhirat. Apa yang tersirat ialah

Baginda SAW ingin menyatakan dengan maksud tersurat berbunyi: "Bekerjalah sehingga ke detik-detik terakhir

kehidupan."

Saidina Umar Al-Khattab memberitahu dengan tegas dan yakin bahawa: "Jikalau di tanganku ada sebutir biji benih dan

aku tahu keesokan harinya akan kiamat, nescaya aku akan tanam biji benih berkenaan."

Demikianlah Baginda SAW  yang sentiasa peka dengan peluang dan menyarankan umatNya mengisi peluang berkenaan dengan

kebaikan. Maka, Saidina Abu Bakar Assiddiq ra dapat merebut peluang pertama sehingga diiktiraf baginda SAW melalui

sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku telah diutus oleh Allah kepada kamu namun kamu sekalian mengatakan, "Engkau

pendusta!" Sementara Abu Bakar berkata: "Engkau benar!" Selepas itu dia membelaku dengan seluruh jiwa dan hartanya.

Lalu apakah kamu akan mengabaikan sahabatku ini? (Hadis Riwayat Bukhari).

Begitu juga Saidina Othman yang berusaha agar kekalutan yang berlaku pada zamannya dapat diredakan dengan menangkis

serangan fitnah terhadapnya secara bijaksana.

Akibatnya, nyawa dan jiwanya terus terancam sehingga meninggal dunia dalam keadaan membaca Al-Quran. Peluang

jawatan yang dikurniakan Allah SWT tidak disia-siakan sehingga beliau dapat memperluaskan empayar Islam yang dapat

mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka.

Beliau juga dapat menyatukan pengumpul Al-Quran yang membawa pelbagai versi dalam sebuah mushaf yang diberi nama

mushaf Uthmani. Demikian juga mereka yang terdahulu daripada Muhajirin dan Ansar yang mendahului manusia lain

apabila mereka menggunakan peluang berhijrah dan menerima ahli Makkah sebagai tetamu istimewa.

Terus menetap dalam syurga

Pasukan Badar yang berjuang bermati-matian, mereka yang menerima Islam sebelum pembukaan kota Makkah dan berhijrah

serta mengorbankan harta dan jiwa di mana mereka mendapat pengiktirafan khusus berbanding mereka yang berjuang

selepas pembukaan kota Makkah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan antara mereka ialah orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan

di dunia). yang akan mendahului orang lain dalam mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak. Mereka

itulah orang-orang yang didampingkan di sisi Allah SWT. Terus menetap di dalam syurga yang penuh nikmat. Sebahagian

besar daripada mereka adalah dari umat manusia yang terdahulu dan sebilangan kecil dari orang yang datang

kemudian." (Surah Al-Waqiah ayat 10-14).

Demikianlah gambaran mereka yang terbaik disisi Allah SWT apabila mereka dapat memanfaatkan peluang dalam

kehidupan. Mereka yang menyedari akan luputnya tarikh peluang itu akan berasa kelajuan masa dengan berlalunya

peningkatan umur, tahap kesihatan yang rendah, berkurangnya harta simpanan, status keamanan sejagat dan keizinan

masa yang terbatas.

 Sabda Baginda SAW bermaksud: "Jangan pernah kamu meremehkan kebaikan, meski dengan menyambut saudaramu dengan

wajah berseri." (Hadis Riwayat  Muslim).

Dalam hadis lain, Baginda SAW bersabda: "Takutlah kamu kepada neraka, meski dengan bersedekah sebutir kurma."

(Hadith Riwayat Bukhari). Begitu juga mereka yang ditimpa musibah. Maka, peluang bagi mereka adalah bersabar dan

reda atas segala ketentuan.

Setia terhadap agama

Nabi Yusuf as yang menderita akibat berada di perantauan, kezaliman dan penjara yang menyakitkan, masih setia

terhadap agama dan kebenaran walaupun menerima tekanan terhadap kalimah tauhid yang dipegang.

Firman Allah SWT bermaksud: "Wahai kedua penghuni penjara, manakah yang lebih baik. Tuhan yang bermacam-macam itu

ataupun Allah yang maha Esa lagi perkasa? Maka Yusuf as menjawab dengan yakin melalui firman Allah SWT bermaksud:

"Keputusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah yang lain kerana itulah agama yang

lurus". (Surah Yusuf ayat 39-40).

Namun demikian, peluang ini disalah gunakan sebahagian masyarakat kini dengan meletakkan kebebasan yang dikurniakan

Allah kepada manusia untuk menjadi kufur.

Bagi mereka, sesiapa saja berhak untuk beriman dan kufur sebagai respons kepada peluang yang dikurniakan Allah SWT.

Pada mereka, ini adalah peluang yang dianugerahkan Allah SWT untuk kita beriman atau kufur mengikut pandangan

masing-masing.

Malah ada yang mengungkapkan bahawa: "Kami hanya murtad dan kufur sahaja. Kami tidak mengganggu sesiapa. Biarkanlah

kami dengan fahaman kami."  Malah,  mereka juga membentangkan ayat Al-Quran sebagai alasan bagi menghalalkan kata-

kata mereka.

Mereka membacakan ayat yang bermaksud: "Dan katakanlah bahawa kebenaran adalah dari TuhanMu. Sesiapa yang ingin

beriman, dia boleh beriman dan sesiapa yang ingin kufur, maka dia berhak berbuat demikian." (Surah Al-Kahfi ayat

29).

Di sini, terdapat beberapa perkara yang kita harus perhatikan. Walaupun Allah SWT memberikan tawaran untuk manusia

memilih, Allah SWT tidak membiarkan kita terkapai-kapai mencari kebenaran. Allah SWT Maha Penyayang dan Dialah yang

memberikan petunjuk.

Empat batas utama

Maksud ayat seterusnya ialah: "Sesiapa yang kufur dan zalim, bagi mereka adalah neraka yang sering mengepung mereka

serta pelbagai azab yang memedihkan". (Surah al-kahfi ayat  29).  Ini menunjukkan bahawa pilihan mereka mestilah

tepat dan benar kerana neraka sedang menanti. Janganlah pula mereka sanggup mengatakan bahawa: "Kami sanggup masuk

neraka asalkan jangan ganggu kami."

Ingatlah bahawa iman dan kufur dibatasi oleh empat benteng utama. Oleh itu, sesuatu ucapan atau perbuatan yang

membawa maksud yang disengajakan untuk melanggar keempat-empat batas ini, maka ia akan mengeluarkan seseorang itu

dari iman dan Islam.

Empat batas utama yang menjadikan terbatalnya iman seseorang ialah mengingkari atau mencela sifat rububiyyah Allah,

mengingkari atau mencela nama atau Asma' Allah dan sifat-sifat-Nya, mengingkari atau mencela sifat uluhiyyah Allah

dan mengingkari atau mencela Rasulullah SAW sama ada kerasulannya atau apa yang dibawanya melalui hukum syari'at.

Banyak ayat yang menjelaskan bahawa tidak ada sedikit pun perbuatan Allah yang terkeluar dari landasan hikmat.

Bertolak dari sini, perbuatan menolak atau menentang sebahagian dari syari'at dan hukum ketetapan Allah SWT bererti

menolak dan menentang perbuatan Allah secara keseluruhannya.

Oleh itu, bagi mereka yang mengucapkan kata-kata yang boleh membawa mereka ke jurang yang hina ini mestilah

menggunakan peluang yang ada untuk kembali kepada jalan yang sebenar.

Allah SWT berfirman bermaksud: "Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaatiNya agar

diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku

dengan terus menerus melakukan dosa." (Surah Hud, ayat 52).

Rahmat akan sentiasa membayangi kita semua sekiranya perasaan takabbur dapat dihapuskan dengan menerima pandangan

ahli ilmu di dalam bidang mereka.

Kesimpulannya, setiap manusia diberikan peluang oleh Allah SWT untuk melakukan ketaatan. Maka, mereka yang bahagia

adalah mereka yang dapat menjadikan setiap musim dalam kehidupan sebagai peluang untuk membersihkan jiwa,

membangunkan kehidupan dan sentiasa berjuang untuk mencapai tahap tertinggi.

Apabila hilangnya semangat juang berkenaan, maka hilanglah peluang keemasan yang diberikan Allah SWT. Ingatlah

bahawa kita tidak diberikan kebebasan dalam menentukan jalan keimanan dan kekufuran. Hanya jalan iman sahaja yang

akan selamat di dunia dan akhirat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag