Langkau ke kandungan utama

''Sakitlah, Sebab Tadi Ada Kawan Masukkan Jari ''Dalam'' Tu,'' Anak 6 Tahun Jadi Mangsa Cabul, Doktor Ceritakan Pengalaman Sebenar


 Jenayah cabul kanak-kanak semakin membimbangkan. Orang rapat di sekeliling pun tidak boleh dipercayai, manakan

tidak banyak kes-kes yang berlaku melibatkan ahli keluarga sendiri atau kenalan rapat.

Paling takut, kes seperti yang dikongsikan oleh Dr Hana ini. Beliau berdepan dengan pengalaman sendiri merawat

kanak-kanak di usia 6 tahun yang dicabul oleh anak jiran pengasuhnya. Anak itu juga tidak tahu bahawa perbuatan itu

salah, hanya apabila ibunya mendapati dia kencing di dalam seluar, barulah semuanya terbongkar.

Alasan sakit untuk kencing kerana ada kawannya memasukkan jari di bahagian alat sulitnya. Mengejutkan juga,

perbuatan itu dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun, bayangkan betapa anak-anak kita sudah terdedah

dengan perbuatan tidak bermoral ini sejak di usia muda.

Mari kita ikuti kisah ini. Semoga apa yang dikongsikan oleh doktor ini dapat memberi manfaat dan pengajaran buat

ibu bapa di luar sana. Jangan lupa didik anak anda sejak dari kecil tentang ''kawasan larangan'' mereka agar

kejadian sebegini dapat dielakkan.

ANAK UMUR 6 TAHUN TERKENCING DALAM SELUAR. RUPA-RUPANYA…
(YANG ADA ANAK-ANAK, WAJIB BACA SUPAYA TAK JADI MANGSA SETERUSNYA)

Satu petang tu, ada seorang ibu bawak anak perempuan datang ke klinik. Nampak dua-dua macam sihat walafiat. Musykil

jugak, sakit apa agaknya ni. Anak dia dah 6 tahun. Comel dan montel.

Lepas tu si ibu pun mulakan bicara.
“Tadi, anak saya ni terkencing dalam seluar Dr. Dia cakap, tempat kencing dia sakit, ada anak jiran pengasuh buh

jari dalam tu”

Zass. Bagai terhiris hati saya. Tapi depan patient, remain cool as always.

Adik cuba cerita kat Dr, tadi apa jadi?
Si adik ni senyap je. Tapi masih tersengih sengih. Mata melilau tengok sana sini.

Saya pegang dia, tanya “Sakit ke kat tempat kencing?”
Adik angguk.

Saya sambung, “Tadi kawan buat apa kat tempat kencing?”
Adik cakap “Dia korek”

Mak patient mencelah, “Tak taula Dr, tapi banyak kali tanya, jawapan sama jugak dia bagi. Takkan dia nak menipu,

sebab duk jawab benda sama. Lagipun dah besaq ni dia tak penah terkencing dalam seluaq. Tadi tu agaknya dia tahan

kencing sebab sakit. Risaulah saya Dr”

Hati ibu mana yang tak luruh, jantung mana yang tak gugur bila balik dari rumah pengasuh anak cerita “Ada kawan

lelaki korek tempat kencing”

Kisahnya, adik ni main kat rumah jiran pengasuh. Main dengan budak-budak lelaki, dia sorang je perempuan. Lepas tu

anak jiran tu, budak lelaki umur lingkungan 12-13 tahun, ajak masuk bilik.


Ada ramai je lagi ahli keluarga kat ruang tamu masa kejadian tu berlaku, tapi maybe diorang ingat budak-budak ni

masuk bilik nak main biasa-biasa. Rupanya ada “permainan kotor luar biasa”. Baru awal belasan tahun, tapi dah

pandai mencabul. Agaknya usia macam ni korek-korek, lagi berapa tahun apa pulak yang dia buat kat anak dara orang.

Allahu rabbi. Saya kesian. Kesian kat adik kecil yang tak tau apa-apa tu. Kesian kat ibunya yang penat keluar cari

rezeki sampai kena tinggalkan anak pada pengasuh, tapi akhirnya ini yang terjadi. Kesian kat budak lelaki tadi,

yang mungkin tak tau benda tu salah. Mungkin dia tak pernah terima didikan sewajarnya. Mungkin dia terdedah pada

benda-benda yang tak sepatutnya.

5 LANGKAH PENCEGAHAN UNTUK ELAK KEJADIAN NI BERLAKU

Apa yang kita sebagai mak ayah boleh buat untuk elakkan benda ni dari berlaku?

1. Didik anak sejak kecil.

Ajar anak lelaki untuk hormat perempuan. Ajarkan anak perempuan maruah diri. Suburkan pendidikan agama dan nilai

murni sewajarnya. Kadang-kadang kita terlalu sibuk pagi petang siang malam. Sampai tak tau anak-anak buat apa kat

rumah, belajar apa dengan kawan, tengok apa kat smartphone. Be your kids' best friend and mentor.

2. Sentuhan selamat dan tak selamat.

Ajarkan anak-anak kat mana boleh pegang, kat mana tak boleh sentuh. Ingat, bukan anak perempuan je boleh jadi

mangsa. Anak lelaki pun kena ajar sama. Bagi kanak-kanak lelaki, ini private partnya: zakar, punggung, bibir dan

dada. Bagi anak perempuan: faraj, punggung, bibir dan dada.

3. Dah kena nak buat apa?

Kalau ada yang sentuh juga kawasan larangan, nak buat apa? Ajarkan anak untuk jerit, lari dan adu. Jangan diam,

jangan pasif.

4. Term mesti betul.

Ajarkan anak-anak term yang betul untuk faraj dan zakar. Jangan guna “angry bird”, “bunga”, “yu”, “pepek” dan

sebagainya. Ini penting sebab kalau terjadi apa-apa dan melibatkan pihak polis/mahkamah etc, keterangan yang jelas

perlu diambil.

5. Mak ayah pun agak-agaklah.

Mak ayah jangan buat aksi-aksi “cintan-cintun” depan anak-anak. Tunjukkan kasih sayang dan kemesraan tu boleh, tapi

paham-pahamlah. Aksi yang kurang sesuai jangan ditunjuk ke anak-anak. Ada budak berumur 6-7 tahun dah pandai tiru

aksi ranjang “ibu ayah” dan buat bersama kawan di sekolah tadika. Nauzhubillah.

3 PERKARA YANG MAK AYAH PERLU BUAT JIKA ANAK-ANAK MENGADU DICABUL/SEUMPAMANYA:
1. Bertenang.

Cuba berlagak tenang. Memang hati kita bergelora, jantung bagai nak meletup, marah, risau, sedih semua bercampur.

Of course kita sangat concern, tapi jangan panik dan kalut. Kalau mak ayah tunjukkan drama, anak-anak mungkin lebih

trauma.

2. Doktor.

Bawa ke doktor untuk pemeriksaan. Nak tahu jika ada kecederaan yang serius. Bukan saja kecederaan di private parts,

tapi doktor juga perlu address kecederaan emosi, kemudian rujuk kepada pakar yang berkenaan jika perlu.

3. Polis.

Laporkan pada pihak yang sewajarnya. Tak perlu meroyan di media sosial. Silap haribulan yang meroyan ni pulak

dianggap bersalah nanti. Padahal kita di pihak yang teraniaya. Biar pihak polis yang lakukan siasatan. jangan

diamkan walaupun ia berlaku di kalangan keluarga sendiri. Sebab kalau kita tak report, si pelaku mungkin bebas

mencari dan membaham mangsa seterusnya.

Please share to others. Ya Allah lindungi anak-anak dan generasi kami.

Sumber:Siakapkeli.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag