Langkau ke kandungan utama

"Dari Hutang Keliling Pinggang, Kini Mampu Berniaga Kembali", Perkongsian Mengenai Ganjaran Bagi Orang Yang Bersedekah


Kesusahan yang melanda diri, bukanlah satu penghalang untuk kita berbuat baik, lagi-lagi untuk mengeluarkan

sebahagian wang bagi membantu mereka yang lebih memerlukan. Kita sering kali terlupa, kerap mengatakan diri sudah

terlalu susah, tapi lupa, bahawa ada lagi insan lain yang mengalami lebih banyak dugaan dan kesusahan hidup.

Seperti dalam lirik lagu, Syamsul Yusof dan Mawi, Kalah Dalam Menang, yang berbunyi, "Orang kita ha kata nak senang

kena banyak simpan duit, tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit, sedekah, amal jariah, senyuman itu

juga satu dakwah" dan ianya terbukti di mana, 3 amalan yang di bawa mati adalah, sedekah, ilmu yang bermanfaat, dan

doa anak yang soleh.

Dalam erti kata lain, walaupun kita hanya mampu untuk memberi sedekah dengan nilai yang kecil sekali pun, tetapi

yakinlah, kelak apa yang kita akan perolehi, besar ganjarannya. Admin ingin kongsikan kisah sedekah ini, di mana

dengan amalan ini, kehidupan seorang insan berubah menjadi lebih baik. Jom kita baca, nukilan saudari Khadijah

Tahirah Seikh Salim ini.


Cerita Ini Jadi Pada Seorang Kenalan Yang Buat Business. Pangkat Akak Pada Saya.

*Sedeqah penolak bala'.
*Sedeqah pembuka rezeki.
*Sedeqah menyucikan hati.

Mulanya nak tolong orang saja, niat dia murni.

Orang dalam kesempitan datang minta tolong, kesempitan yang teramat sangat. Tak sampai hati dia nak tolak.

Tapi lain pula jadinya. Dia kena tipu. Dijadikan kambing hitam.

Nama dia digunakan untuk buat pinjaman bank. Lepas tu yang meminjam tu hilangkan diri.

Dipendekkan cerita akak ni akhirnya terbeban dengan hutang keliling pinggang.Ratus ribu juga hutang dia.

Bermulalah episod hitam. Dikejar along. Anak kena ugut simbah acid. Business makin teruk.

Akhirnya kedai terpaksa tutup.

Hidup dalam ketakutan.

Sedih sangat, telur dadar 3biji kongsi satu family.

Macam tu sekali dugaan.

Macam-macam dia try. Tapi tak da yang menjadi.


Last-last dia jumpa orang alim. Minta nasihat.

Orang alim ni nasihatkan, bersedeqah. Keluarkan sedeqah setiap hari.

Makan pun bercatu, ni nak bersedeqah pulak. Mana ada duit.

Orang alim ni cadangkan bagi makanan pada binatang setiap hari.

Waktu pagi, permulaan hari, time ni paling bagus menjemput rezeki.

Antara contoh senang, tabur beras bagi burung merpati makan.

Akak ni balik. Tak cari beras. Dia beli makanan kucing. Makanan kucing dipeket kecik-kecik.

Standby dalam beg tangan. Mana mana dia pergi dia bawa.

Jumpa kucing terbiar dia buka peket, bagi makan.

Lama dia buat. Berterusan dia buat.

Subhanallah perlahan-lahan ada perubahan.
Dia dapat banyak panggilan untuk urut( akak ni bisnes spa)

Then dia bertukar buat mobile spa.


Sikit-sikit hutang beransur dibayar. Ambil masa bertahun ni.

Perit hati, duit orang lain guna, hutang kita kena bayar.

Still dia syukur sebab anak perempuan dia tak diapa-apakan.

Sampai akhirnya dia berjaya buka perniagaan berpremis semula. Hebat sangat.

Memang dia tak percaya boleh langsaikan semua hutang. Boleh bangkit kembali.

Kalau fikirkan kudrat dia semata, memang tak masuk akal!

Inilah POWER OF SADDAQAH!

*Kalau rezeki tersekat-sekat. Kemelut kewangan tak berkesudahan.
*Berhajat inginkan anak. Atau ada apa apa hajat.

*Bersedeqahlah. Bersedekah cara simple, bagi haiwan makan.

P/s: Jangan kita sempitkan konsep sedeqah hanya pada wang ringgit. Jangan kita sempitkan konsep sedeqah pada nombor

yang besar-besar saja

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...