Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang kerap terjadi kepada wanita yang menjangkau usia 30-an, ramai wanita
sanggup melaburkan ribuan ringgit bagi mengatasi masalah jeragat ini.
Tahukah anda bahawa bawang merah mampu merawat masalah anda? Bawang merah bukan sahaja berfungsi sebagai bahan
dalam masakan, malah memberikan khasiat yang baik kepada tubuh badan mahupun kulit wajah anda.
Banyak manfaat bawang merah ini untuk kecantikan wanita. Antaranya mengawal paras kolesterol dalam badan dan
mencegah keguguran rambut. Dalam perawatan wajah, getah bawang merah membolehkan mak-mak memperoleh 4 manfaat awet
muda ini.
Manfaat Getah Bawang Merah
Menyingkirkan jeragat
Cara 1 : Belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada
bahagian wajah yang berjeragat.
Lakukan dua kali sehari, mak-mak akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-
kuat ye takut kulit cedera.
Cara 2 : Ambil air perahan bawang merah. Campurkan dengan yogurt asli (Tak perlu banyak, biar ngam-ngam untuk
sekali pakai). Adun sebati dan sapu di muka. Biarkan 10 ke 15 minit barulah cuci bersih.muka muda berseri, muka
berjeragat, jeragat, petua hilangkan jeragat, tip hilangkan jeragat, DIY buang jeragat
Anti penuaan
Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra
ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit
wajah.
Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi
akan membantu meningkatkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Kurangkan Jerawat
Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti
bakteria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membunuh kuman malah membantu menyembuhkan luka bekas jerawat.
Baca Juga Khasiat Buah Bambangan Untuk Pengidap Kanser
Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar
20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.
Fungsi Mencerahkan Kulit
Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam,
cubalah sapukan masker bawang merah ini.
Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai
jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.
Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan
masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.
SUMBER:alifchannel
Ulasan
Catat Ulasan