Langkau ke kandungan utama

Mengejar Lailatulqadar mohon pengampunan


TERDAPAT empat fasa dalam memburu dunia iaitu berjuang bertungkus lumus, fasa stabil, mengecap kejayaan dan

terakhir adalah keunggulan. Begitu jugalah fasa yang perlu dilalui umat Muhammad SAW dalam memburu takwa.

Tiada jalan singkat untuk meraih nikmat kejayaan seperti dikongsikan Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi program Islam

Itu Indah minggu lalu, yang bersiaran pada jam 10.15 pagi setiap Rabu.

Katanya, jalan meraih takwa dalam ibadah puasa akan membawa kepada ketidakselesaan dan mujahadah yang besar

terutama untuk bangkit bersahur serta berjaga menunaikan solat sunat tarawih.

Namun, pada minggu kedua Ramadan dan seterusnya, umpama alah bias tegal biasa, cabaran tidak terasa.

Keadaan biologi dan mental semakin stabil membolehkan diri memulakan langkah lebih laju dengan menambah kualiti

serta kuantiti ibadah lain ketika berpuasa pada waktu siang sementara berjaga pada sebelah malam malah, semakin

bertambah baik sehingga menjelang hujung Ramadan.

Apabila menyentuh mengenai Ramadan, antara kemuliaan terkandung dalamnya adalah nikmat pengampunan Allah SWT yang

Maha Luas dan merimbun. Ramadan ini medan untuk mengecapi matlamat menghindarkan diri daripada api neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka

yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, tidak menderhakai Allah SWT

terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah at-Tahrim,

ayat 6)

Maka, wajib bagi setiap individu Muslim menyelamatkan diri daripada terjerumus ke dalam neraka. Bagi mengelakkan

diri daripada menjadi penghuni neraka, maka hindari berbuat dosa dan melakukan perkara yang ditegah serta dilarang

oleh Allah SWT seperti mengumpat, memfitnah atau merosakkan ukhuwah.

Manusia perlu berusaha menjauhkan diri daripada sebarang perilaku yang menyumbang kepada dosa walaupun manusia

sentiasa berisiko melakukan kesilapan serta terjebak dengan dosa. Lumrah manusia pasti akan terbabit dengan dosa

kecuali nabi yang maksum.

Jalan keluar daripada situasi itu adalah dengan menjadi sebaik-baik orang yang berdosa bertaubat atas dosanya.

Menerusi taubat, Allah SWT akan memberikan pengampunan-Nya. Taubat adalah nikmat bagi hamba-Nya yang terpilih.

Seseorang akan merasa nikmat bertaubat apabila taubatnya diterima Allah SWT. Bermula dengan nikmat dikurniakan hati

dan perasaan untuk bertaubat kepada Allah SWT serta ketenangan hati selepas bertaubat.

Pengampunan daripada Allah SWT penting kerana tanpa pengampunan terhadap dosa yang dilakukan akan memberi impak

besar kepada diri bukan sekadar di dunia juga akhirat. Bagi yang tidak bertaubat, rasa tenang dalam diri dan jiwa

akan berganti resah serta timbul gelisah walau harta melimpah ruah.

Walaupun disalut kekayaan, jiwa terasa fakir dan hati merasa tidak puas dengan kebendaan dimiliki. Diri berdepan

rasa letih yang tidak berkesudahan kerana sibuk yang tidak berpenghujung. Dosa juga boleh mengakibatkan bala

bencana menimpa.

Azab balasan pada Hari Akhirat

Jika seburuk itu balasan di dunia, maka di akhirat kelak mungkin tidak terjangkau oleh kita. Sesungguhnya, azab

neraka itu teramat dahsyat sehingga yang paling mendapat ihsan dan paling ringan pun mampu mengakibatkan otak

menggelegak.

Al-Nu'man Basyir berkata, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan ahli neraka yang mendapat azab neraka

dan menanggung seksanya pada Hari Akhirat ialah seorang lelaki yang diseksa ia dengan diletakkan dua potong api

neraka di bawah telapak kakinya. Dengan dua potong api neraka itu sudah cukup untuk menggelegakkan otaknya."

(Riwayat Tirmizi)

Allah SWT Maha Mengetahui akan ciptaan-Nya lalu dikurniakan Ramadan yang mana pintu rahmat dan pengampunan dibuka

seluas-luasnya buat manusia. Ramadan memberi peluang melalui proses yang akan membawa kepada takwa selain memberi

peluang memohon pengampunan daripada Allah SWT.

Diriwayatkan, Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatulqadar,

apa yang aku perlu buat?" Baginda menjawab: "Bacalah, Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah

dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku." (Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah)

Betapa besarnya kaitan Ramadan dengan pengampunan Allah SWT sehinggakan apabila bertemu Lailatulqadar yang diburu

sepanjang Ramadan ini, Rasulullah SAW mengajarkan untuk meminta pengampunan Allah Al-Ghaffar.

Allah SWT menjelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan pada waktu akhir malam (waktu sahur) pula, mereka

selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)." (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 18)

Perbanyak mohon ampun

Oleh itu, kala bersahur perbanyakkan memohon pengampunan Allah SWT kerana waktu itu adalah waktu mustajab doa. Ia

diperkukuhkan sabda Rasulullah SAW: "Barang siapa yang berpuasa pada Ramadan dengan iman dan ikhlas, maka akan

diampuni dosa yang telah dia lakukan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi: "Barang siapa yang solat malam (pada bulan) Ramadan maka dosanya yang telah dilakukan akan

diampuni." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mohonlah pengampunan daripada Allah SWT, bukan sekadar dosa besar, dosa kecil juga usah diremehkan kerana tiada

dosa yang kecil jika dilakukan berterusan dan tiada dosa yang besar jika bertaubat serta istighfar. Sesungguhnya

Allah SWT lebih suka mengampunkan dosa daripada mengazab hamba-Nya.

Hadis masyhur mengenai doa malaikat Jibril yang diaminkan Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Jibrail telah membisikkan

(doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati Ramadan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun

mengaminkan doa itu." (Riwayat al-Baihaqi)

Semoga kita terhindar daripada tergolong dalam golongan yang keluar daripada Ramadan namun masih lagi berlumuran

dosa. Allah SWT tidak pernah jemu mengampunkan dosa jadi, usah jemu memohon memohon ampun. Gunakan peluang keemasan

Ramadan untuk meraih keampunan Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag