Langkau ke kandungan utama

Perbaharui taubat tanda insaf


Setiap manusia tidak terlepas melakukan dosa. Justeru mereka yang bertaubat dan menyedari kesilapan adalah mereka

yang keluar daripada gelap-gelita. Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMfm mengajak

pendengar sentiasa memperbaharui taubat.

BIARLAH kita menjadi air mengalir yang dapat memberi manfaat kepada hidupan lain dan janganlah jadi seperti air

bertakung yang hanya berkeladak dan kotor.

Allah SWT sering kali menggambarkan dalam syurga, bagaimana airnya mengalir di sana sini. Begitulah gambaran

kehidupan kita supaya sentiasa mengalir dan bergerak dari satu prestasi ke prestasi yang lebih baik.

Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman melalui segmen Ibrah di IKIMfm berkongsi kisah mengenai perjalanan kehidupan yang

perlu melalui proses hijrah. Katanya, hidup ini seperti fenomena peralihan malam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka Aku bersumpah, demi mega; Dan malam serta segala yang dihimpunkannya; Dan

bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama: Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-

tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan - menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)." (Surah

al-Insyiqaq, ayat 16-19)

Apabila Allah SWT bersumpah dengan perjalanan malam itu, maka Allah SWT hadirkan kesimpulan daripadanya. Jika

beginilah sifat malam, bermula daripada gelap yang tidak sepenuhnya kemudian menjadi gelap gelita dan akhirnya

muncul cahaya daripada purnama yang terang.

Sabar, positif dalam hidup

Begitulah perjalanan kehidupan, ada kalanya kita rasa dalam kegelapan tanpa cahaya dan tempat bergantung, namun

kita perlu sabar, positif dan terus bergerak kerana pasti akan ada cahaya yang menanti.

Kita perlu terus melakukan perubahan dan pergerakan serta sentiasa memperbaharui taubat. Orang yang sentiasa

memperbaharui taubatnya adalah orang yang menginsafi berada dalam kegelapan lalu ingin keluar daripada gelap-gelita

itu.

Manusia sering melakukan kesilapan, tetapi sebaik-baik manusia ialah setelah menyedari kesilapan, maka bersegera

insaf dan bertaubat.

Rasulullah SAW bersabda: "Hijrah tidak pernah terputus sampai pintu taubat tertutup dan pintu taubat tidak tertutup

hingga matahari terbit dari arah barat." (Riwayat Abu Dawud)

Berubahlah supaya kita tidak dikalahkan oleh rasa selesa yang merosakkan. Kita patut belajar daripada kesilapan

Nabi Adam dan Hawa yang pernah melakukan kesilapan. Ia bukan suatu perkara sia-sia yang ditakdirkan Allah SWT,

tetapi pengajaran bahawa kita tidak terlepas daripada dosa dan bersegeralah bertaubat.

Syurga dan neraka disediakan untuk manusia. Yang membezakannya ialah bagaimana neraka disediakan buat pendosa yang

ketika hayatnya tidak pernah beristighfar serta bertaubat atas segala dosanya.

Pertingkat diri jadi lebih hebat

Syurga pula buat mereka yang segera bertaubat selepas mengakui kesilapan dan dosa yang telah dilakukan, menginsafi

untuk tidak kembali kepada dosa yang lalu.

Justeru, jangan takut meninggalkan zon selesa untuk menghadapi keadaan lebih mencabar. Sebaliknya, serlahkan bakat

yang dianugerahkan Allah SWT untuk mempertingkat diri menjadi lebih hebat. Sering kali kita berada pada satu tahap

sehingga datang ujian Allah SWT.

Andai ujian Allah SWT adalah asbab untuk menyerlahkan potensi kita pada tahap lebih baik, biarlah ujian itu juga

menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya serta sentiasa menginsafi segala dosa kesilapan kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...