''Kalau Nak Anak Selamat, Elakkan Bagi Pakai Baby Powder Jenis Ini'', Mak Ayah Tolonglah Prihatin, Jangan Jadi Jahil
Pasti setiap ibu sudah biasa menggunakan bedak bayi kepada anak-anak. Bukan sahaja wangi, namun untuk mengelakkan
gatal serta alergi kulit yang lain. Disapunya bedak tersebut penuh ke muka anak atau bahagian tubuh lain. Bila
sudah dibesarkan dengan bedak, jadi susah untuk buang tanggapan ada bahaya yang menanti pada bedak talkum yang
biasa digunakan.
Benarkah begitu? Sebagai pengguna anda seharusnya prihatin, bukan tidak boleh menggunakannya langsung, tapi ada
cara dan tekniknya untuk pakai. Namun untuk selamat, lebih baik tukar sahajalah kepada bedak talkum jenis ''free
talc'' untuk keselamatan anak-anak atau kita sendiri yang menggunakannya.
Perkongsian oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin yang tular di laman facebook seeprti di bawah ini mungkin boleh
dijadikan panduan untuk anda. Pilihan di tangan masing-masing. Semoga bermanfaat untuk semua.
MAAFKAN AYAH MAYA... AYAH TAK TAHU...
Sebelum tidur Maya buat muka mengada. "Ayah, ayah, Maya cantik tak?"
Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah. Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang
dulu.
Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat. Bedak je kot, aku dulu pun
pakai!
Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas
itu tapi batuknya masih berlaku. Something wrong...
Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak talkum terkenal yang Maya selalu pakai tu teruk kena
saman sebab mengakibatkan cancer ovari!
Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!
Actually kalau diteliti kes bedal talkum terkenal tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal
mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK ITU DI BAHAGIAN
SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.
Saya highlight supaya bagi faham.
Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini
tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak talkum terkenal ini kepada anak anda.
1) Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit
2) Jangan letak dalam lampin anak!
3) Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan
4) ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!
Kalau anda nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABYPOWDER ! Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari
yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.
Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam
kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.
Kalau anda perasan packaging baru bedak talkum ini memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka utk kanak2, tapi
untuk packaging yang lama termasuk yg ada kat rumah sy tu, memang tak dinyatakan.
Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date. Selamat menjadi
pengguna bijak!
Psss : sesiapa yg beli bedak talkum terbaru ini, bleh amek gambara tak ada ke yg amaran bahaya ni?
Sumber:Siakapkeli.my
Ulasan
Catat Ulasan