Soalan : salam ust, kami duduk dalam sebuah rumah sewa, setelah setahun duduk baru kami sedar selama ini kami solat dalam keadaan kiblat tersalah. Jadi adakah kami perlu qada’ kesemua solat tersebut? Jawapan: Wasalam, pertamanya kita perlu faham bahawa menghadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat. Bermaksud secara al-aslu ialah apabila sesuatu solat ini dilakukan dalam keadaan tidak menghadap kearah kiblat yang betul maka solat tersebut dikira sebagai tidak sah. Firman Allah swt: وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ Dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya (Surah al-Baqarah: 150). Kita sepatutnya perlu untuk sangat berhati-hati dan tidak mengambil mudah dalam isu kiblat ini kerana ianya menentukan samada kita telah menunaikan ibadah fardhu itu secara sempurna (sah) atau pun tidak. Jadi berkenaan isu tersalah kiblat ulama telah bersepakat (mahal ittifaq) beberapa perkara iaitu: Jika tersalah kiblat itu berlaku dalam keadaan tidak ada sebarang usaha (ijtihad) untuk mendapatkan arah kiblat yang betul maka tiada khilaf dikalangan ulama bahawa solatnya itu adalah tidak sah dan perlu untuknya qodo’ solat tersebut kerana tindakan ini jelas menunjukkan secara sengaja untuk memungkinkan dia mengadap kiblat yang salah. Jika tersalah atau tersasar kiblat itu berlaku pada arah yang sedikit bermaksud tidak sehingga kiblat yang betul itu menghadap dikiri, kanan atau belakangnya tetapi hanya beberapa darjah maka tiada khilaf dikalangan ulama bahawa solatnya itu masih lagi sah. Berada dalam keadaan solat yang dibenarkan untuk tidak menhadap kiblat seperti solat dalam keadaan sakit yang teruk, solat sunat bagi orang yang dalam keadaan musafir atau solat ketika berada dalam keadaan ketakutan atau peperangan atau berada ditengah laut yang tidak ada sebarang tanda. Maka perkara yang menjadi perselisihan (mahal niza’) dalam isu ini ialah jika tersalah kiblat itu berlaku pada arah yang jauh berbeza serta setelah dilakukan ijtihad pada arah kiblat tersebut. Baca Juga Sikap-Sikap Isteri Yang Akan Limpahkan Rezeki Suami Perlu dinyatakan sebelum itu bahawa ijtihad yang dimaksudkan ialah samada (1) kita bertanya kepada ahli tsiqah iaitu penduduk kawasan tersebut atau kita sendiri melihat kedudukan kiblat masjid atau surau yang berdekatan dengan kita (2) kita menggunakan kemahiran yang ada seperti membaca tanda-tanda alam matahari dll, menggunakan kompas, aplikasi kiblat di telefon dll. Dalam isu ini ulama berselisih pandangan secara umumnya kepada dua pandangan. Mazhab Syafie menyatakan solat perlu diqada’ secara umum apabila tersalah kiblat samada salah selepas ijtihad ataupun tidak. An Nawawi menyatakan: Orang yang shalat (ke arah kiblat) berdasarkan ijtihad, kemudian dia sedar bahawa kiblatnya itu salah, maka dia wajib mengqadha, menurut pendapat yang kuat. Dan ketika dia tahu kesalahannya di tengah shalat, wajib mengulangi dari awal. (al-Minhaj, hlm. 24). Namun disisi jumhur fuqaha berpandangan solatnya itu adalah sah dan tidak perlu untuknya qada’. Jika ada orang tidak tahu arah kiblat dan tidak ada seorang pun yang boleh ditanya, maka dia hendaklah berijtihad (dalam menentukan kiblat), dan shalatnya tidak perlu diulang, meskipun arah kiblatnya salah. Jika dia tahu kesalahan arah kiblat di tengah shalat, maka dia hendaklah menggerakkan badannya (ke arah kiblat yang betul) dan mmeneruskan shalatnya. Namun jika dia shalat tanpa berusaha mencari arah kiblat yang benar, lalu ternyata salah, maka wajib mengulangi shalatnya. (al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, hlm. 4). Dan ada riwayat dari Imam Ahmad bahwa dia tidak perlu mengulangi shalat, jika dia salah setelah berijtihad (berusaha mencarinya). Imam Ahmad berdalil dengan kejadian shalat di masjid Quba. (al-Inshaf, 2/15) Cuma berbeza sedikit pada Maliki pada sudut mengulangi solat yang tersalah kiblat adalah sunat namun secara umumnya dia menyatakan solat itu masih lagi sah. Baca Juga 21 Kesan & Bahaya Zina Kepada Manusia Melihat kedua pandangan ini, pandangan yang dipegang oleh jumhur dilihat lebih kuat serta selari dengan kaedah Islam yang lain. Seperti kaedah asas dalam fiqh iaitu hadis yang ada menyatakan dimaafkan sesuatu amalan yang dilakukan secara tidak sengaja serta Islam itu merupakan satu agama yang memberi rahmah kepada umat Islam itu sendiri. Perlu mengqodo’ kesemua solat akibat tersalah kiblat (yang dilakukan tanpa sengaja setelah berijtihad) akan memberikan suatu bebanan lagi-lagi jika ianya berlaku dalam tempoh yang lama sehingga puluhan tahun. Ianya juga selari berdasarkan kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah hingga menjadi asbab nuzul turunya ayat al- Quran. كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فِي لَيْلَةٍ مُظْلِمَةٍ، فَلَمْ نَدْرِ أَيْنَ القِبْلَةُ، فَصَلَّى كُلُّ رَجُلٍ مِنَّا عَلَى حِيَالِهِ، فَلَمَّا أَصْبَحْنَا ذَكَرْنَا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَزَلَ: ” {فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ} Kami pernah bermusafir bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan memasuki malam yang gelap. Kami tidak tahu, di mana arah kiblat. Akhirnya masing-masing kami shalat sesuai arah keyakinannya. Ketika pagi hari, kami ceritakan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu turun firman Allah, (فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ) Kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah (Surah Al-Baqarah: 115) (HR. Imam Tirmidzi ) Sebagai kesimpulan, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak memandang remeh isu kiblat ini kerana ianya menentukan sah atau tidak solat kita. Maka jawapan kepada persoalan awal itu ialah jika tersalah kiblat itu dilakukan setelah adanya ijtihad serta usaha untuk mendapatkan kiblat yang betul maka tidak perlu untuknya menggulangi solat tersebut namun jika arah kiblat itu ditentukan secara bermudah-mudah maka hendaklah solat tersebut diulangi. Baca Juga Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib Waallahua’lam Ust Muhammad Firdaus bin Zalani Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS) Sumber: muis.org.my
Soalan : salam ust, kami duduk dalam sebuah rumah sewa, setelah setahun duduk baru kami sedar selama ini kami solat
dalam keadaan kiblat tersalah. Jadi adakah kami perlu qada’ kesemua solat tersebut?
Jawapan:
Wasalam, pertamanya kita perlu faham bahawa menghadap kiblat adalah salah satu daripada syarat sah solat. Bermaksud
secara al-aslu ialah apabila sesuatu solat ini dilakukan dalam keadaan tidak menghadap kearah kiblat yang betul
maka solat tersebut dikira sebagai tidak sah. Firman Allah swt:
وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
Dari mana saja kamu (keluar), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu (sekalian)
berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya (Surah al-Baqarah: 150).
Kita sepatutnya perlu untuk sangat berhati-hati dan tidak mengambil mudah dalam isu kiblat ini kerana ianya
menentukan samada kita telah menunaikan ibadah fardhu itu secara sempurna (sah) atau pun tidak.
Jadi berkenaan isu tersalah kiblat ulama telah bersepakat (mahal ittifaq) beberapa perkara iaitu:
Jika tersalah kiblat itu berlaku dalam keadaan tidak ada sebarang usaha (ijtihad) untuk mendapatkan arah kiblat
yang betul maka tiada khilaf dikalangan ulama bahawa solatnya itu adalah tidak sah dan perlu untuknya qodo’ solat
tersebut kerana tindakan ini jelas menunjukkan secara sengaja untuk memungkinkan dia mengadap kiblat yang salah.
Jika tersalah atau tersasar kiblat itu berlaku pada arah yang sedikit bermaksud tidak sehingga kiblat yang betul
itu menghadap dikiri, kanan atau belakangnya tetapi hanya beberapa darjah maka tiada khilaf dikalangan ulama bahawa
solatnya itu masih lagi sah.
Berada dalam keadaan solat yang dibenarkan untuk tidak menhadap kiblat seperti solat dalam keadaan sakit yang
teruk, solat sunat bagi orang yang dalam keadaan musafir atau solat ketika berada dalam keadaan ketakutan atau
peperangan atau berada ditengah laut yang tidak ada sebarang tanda.
Maka perkara yang menjadi perselisihan (mahal niza’) dalam isu ini ialah jika tersalah kiblat itu berlaku pada arah
yang jauh berbeza serta setelah dilakukan ijtihad pada arah kiblat tersebut.
Baca Juga Sikap-Sikap Isteri Yang Akan Limpahkan Rezeki Suami
Perlu dinyatakan sebelum itu bahawa ijtihad yang dimaksudkan ialah samada (1) kita bertanya kepada ahli tsiqah
iaitu penduduk kawasan tersebut atau kita sendiri melihat kedudukan kiblat masjid atau surau yang berdekatan dengan
kita (2) kita menggunakan kemahiran yang ada seperti membaca tanda-tanda alam matahari dll, menggunakan kompas,
aplikasi kiblat di telefon dll.
Dalam isu ini ulama berselisih pandangan secara umumnya kepada dua pandangan. Mazhab Syafie menyatakan solat perlu
diqada’ secara umum apabila tersalah kiblat samada salah selepas ijtihad ataupun tidak. An Nawawi menyatakan:
Orang yang shalat (ke arah kiblat) berdasarkan ijtihad, kemudian dia sedar bahawa kiblatnya itu salah, maka dia
wajib mengqadha, menurut pendapat yang kuat. Dan ketika dia tahu kesalahannya di tengah shalat, wajib mengulangi
dari awal. (al-Minhaj, hlm. 24).
Namun disisi jumhur fuqaha berpandangan solatnya itu adalah sah dan tidak perlu untuknya qada’.
Jika ada orang tidak tahu arah kiblat dan tidak ada seorang pun yang boleh ditanya, maka dia hendaklah berijtihad
(dalam menentukan kiblat), dan shalatnya tidak perlu diulang, meskipun arah kiblatnya salah. Jika dia tahu
kesalahan arah kiblat di tengah shalat, maka dia hendaklah menggerakkan badannya (ke arah kiblat yang betul) dan
mmeneruskan shalatnya. Namun jika dia shalat tanpa berusaha mencari arah kiblat yang benar, lalu ternyata salah,
maka wajib mengulangi shalatnya. (al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, hlm. 4).
Dan ada riwayat dari Imam Ahmad bahwa dia tidak perlu mengulangi shalat, jika dia salah setelah berijtihad
(berusaha mencarinya). Imam Ahmad berdalil dengan kejadian shalat di masjid Quba. (al-Inshaf, 2/15)
Cuma berbeza sedikit pada Maliki pada sudut mengulangi solat yang tersalah kiblat adalah sunat namun secara umumnya
dia menyatakan solat itu masih lagi sah.
Baca Juga 21 Kesan & Bahaya Zina Kepada Manusia
Melihat kedua pandangan ini, pandangan yang dipegang oleh jumhur dilihat lebih kuat serta selari dengan kaedah
Islam yang lain. Seperti kaedah asas dalam fiqh iaitu hadis yang ada menyatakan dimaafkan sesuatu amalan yang
dilakukan secara tidak sengaja serta Islam itu merupakan satu agama yang memberi rahmah kepada umat Islam itu
sendiri. Perlu mengqodo’ kesemua solat akibat tersalah kiblat (yang dilakukan tanpa sengaja setelah berijtihad)
akan memberikan suatu bebanan lagi-lagi jika ianya berlaku dalam tempoh yang lama sehingga puluhan tahun.
Ianya juga selari berdasarkan kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah hingga menjadi asbab nuzul turunya ayat al-
Quran.
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فِي لَيْلَةٍ مُظْلِمَةٍ، فَلَمْ نَدْرِ أَيْنَ القِبْلَةُ، فَصَلَّى كُلُّ رَجُلٍ مِنَّا عَلَى حِيَالِهِ، فَلَمَّا أَصْبَحْنَا ذَكَرْنَا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَنَزَلَ: ” {فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ}
Kami pernah bermusafir bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan memasuki malam yang gelap. Kami tidak tahu,
di mana arah kiblat. Akhirnya masing-masing kami shalat sesuai arah keyakinannya. Ketika pagi hari, kami ceritakan
hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu turun firman Allah, (فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ) Kemanapun kamu menghadap di
situlah wajah Allah (Surah Al-Baqarah: 115)
(HR. Imam Tirmidzi )
Sebagai kesimpulan, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak memandang remeh isu kiblat ini kerana
ianya menentukan sah atau tidak solat kita. Maka jawapan kepada persoalan awal itu ialah jika tersalah kiblat itu
dilakukan setelah adanya ijtihad serta usaha untuk mendapatkan kiblat yang betul maka tidak perlu untuknya
menggulangi solat tersebut namun jika arah kiblat itu ditentukan secara bermudah-mudah maka hendaklah solat
tersebut diulangi.
Baca Juga Hal Ini Sebenarnya Dilarang Ketika Menjelang Solat Maghrib
Waallahua’lam
Ust Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Sumber: muis.org.my
Ulasan
Catat Ulasan