Langkau ke kandungan utama

Fahami ajaran Islam elak terjebak ideologi sesat


PENDEDAHAN sumber perisikan sekurang-kurangnya 53 rakyat negara ini dipercayai anggota Daesh dan masih berada di

Syria membuktikan kuatnya pengaruh militan berkenaan menular dalam masyarakat kita.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin

Pitchay bahawa berdasarkan rekod dan perisikan bahagian berkenaan, ada sekurang-kurangnya 50 rakyat kita yang

menyertai Daesh masih berada di Syria.

Daesh yang menguasai beberapa kawasan di Syria pada awal 2011 kononnya atas memperjuangkan nama Islam berjaya

meraih simpati pelbagai lapisan masyarakat di negara ini, termasuk mahasiswa.

Bijak mengambil peluang daripada ledakan kemunculan media sosial membuatkan kumpulan itu mampu menyebarkan ideologi

mereka dengan meluas dan cepat. Ini termasuk meraih simpati golongan muda, terutama dalam kalangan mahasiswa di

institusi pengajian tinggi di negara ini yang begitu teruja dan terpanggil untuk berjihad bagi membantu pihak yang

digambarkan sebagai tertindas dan teraniaya di negara Asia Barat berkenaan.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sehingga Disember lalu, polis menahan 12 pelajar universiti

kerana disyaki terbabit dalam kegiatan ekstremis Daesh. Selain itu, empat lagi mahasiswa, termasuk seorang wanita

pelajar perubatan dikesan masih di Syria bagi tujuan sama.

Ayob Khan dalam wacana bertajuk 'Pendekatan Islam Bagi Membendung Ekstremisme dalam Kalangan Mahasiswa' di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, berkata statistik sejak 2013 mengenai pembabitan mahasiswa

dalam kegiatan ekstremis, saban tahun meningkat.

Ideologi ekstremis tetap aktif

Keadaan itu membuktikan ideologi ekstremis tetap aktif, sekali gus menunjukkan ancaman masih ada biarpun

realitinya, ramai penggerak utama Daesh dilaporkan sudah meninggal dunia.

Paling membimbangkan apabila kumpulan mahasiswa terbabit dengan fahaman militan berkenaan cuba pula untuk

mempengaruhi orang awam di luar kampus menyokong dan bersimpati dengan ideologi menyeleweng mereka.

"Pensyarah sendiri memainkan peranan apabila ada juga yang kami dapati turut terbabit menghasut, sebarkan ideologi

ekstremis ini. Malangnya alasan pihak universiti yang mengamalkan kebebasan akademik menyebabkan polis sukar

bertindak terhadap sebilangan pensyarah berkenaan.

"Kami juga masih mengesan aktiviti beberapa pensyarah institusi pengajian tinggi yang cuba mempromosikan ideologi

Salafi Jihadi yang menjadi pegangan kumpulan Daesh, dalam kalangan pelajar mereka," katanya dalam wacana itu.

Kebimbangan berkenaan menyebabkan polis sentiasa memantau universiti di negara ini bagi mengelak sikap tidak

bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba merekrut mahasiswa untuk menyebarkan ideologi salah mereka.

Yang turut menjadi tumpuan pihak polis adalah pensyarah luar negara yang mengajar di universiti tempatan bagi

mengelak kehadiran mereka boleh mencetuskan keganasan akibat penyebaran fahaman melampau berkenaan.

Jika di negara luar seperti Filipina dan Indonesia, isu kemiskinan dilihat sebagai daya tarikan utama rakyat negara

terbabit menyertai kumpulan pelampau, berbeza pula dengan rakyat kita. Ideologi yang disebarkan kumpulan pelampau

berkenaan menjadi punca utama mereka terjebak dalam kegiatan itu terutama, tertarik dengan pembentukan negara

Islam.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Najmuddin

Abdul Karim, berkata gerakan radikal atau ekstremis termasuk di IPT menjadi perhatian utama dan pemantauan pihak

berkuasa bersama majlis agama negeri dan polis.

Sukar ubah pemikiran

Gerakan radikal dalam kalangan masyarakat di negara ini, ada di antaranya berpunca daripada aktiviti persatuan

biasa yang pada awalnya tidak menampakkan ciri-ciri ekstremis atau melampau batas. Malangnya, apabila ideologi

berkenaan sudah menjadi pegangan dan amalan individu atau kumpulan terbabit, ia akan mengambil masa untuk mengubah

pemikiran mereka yang sudah termakan dengan dakyah yang dibawa.

Akibatnya perlakuan pengamalnya bukan sahaja boleh membinasakan diri sendiri, malah paling teruk mampu membinasa

atau menyusahkan orang lain, terutama masyarakat secara keseluruhannya apabila ia kadang kala mampu mencetuskan

keganasan.

Dua punca utama menjadikan manusia sesat dan menyeleweng adalah kerana kejahilan dalam diri yang sukar diterima

selain memiliki ilmu dari jalan yang salah. Sehubungan itu, pemahaman betul mengenai ajaran Islam cukup penting

selain asas pengetahuan dalam agama yang mampu menjadi benteng kepada penerimaan fahaman salah.

sumber: BERITA HARIAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...