Langkau ke kandungan utama

Pelajar maut terjatuh dari keretapi




Beaufort: Mangsa remaja perempuan yang maut selepas terjatuh dari keretapi dinaikinya dalam kejadian di Batu 62,

dekat sini, petang tadi, dikenalpasti sebagai Siti Intan Suraya Ambran,15, dan merupakan pelajar tingkatan tiga

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entabuan, Tenom.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, dalam kejadian jam 1.40 petang tadi itu,

mangsa meninggal dunia di lokasi insiden selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala kaki

kirinya turut bergesel dengan rel keretapi berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang sepupu perempuannya yang berusia 19 tahun dikatakan

menaiki keretapi dari stesen Beaufort ke Tenom dan sebaik masuk ke dalam gerabak keretapi itu, didapati ianya sudah

dipenuhi penumpang sehingga mereka mengambil keputusan untuk berdiri di tepi pintu gerabak.

“Dalam 10 minit perjalanan, mangsa dan sepupunya mengambil keputusan untuk duduk kerana keretapi itu bergoyang dan

remaja perempuan berkenaan difahamkan duduk dengan keadaan lututnya sedikit keluar daripada gerabak.

“Apabila tiba di tempat kejadian, tiba-tiba sepupu mangsa terdengar jeritan mangsa di mana ketika dia menoleh,

mangsa dilihat tersangkut di sebatang kayu manakala kakinya termasuk ke dalam landasan keretapi.

“Penumpang di dalam keretapi itu menjerit dan meminta keretapi terbabit segera diberhentikan,” katanya, ketika

dihubungi, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, hasil siasatan mendapati lokasi kejadian itu adalah kesan tanah runtuh dimana terdapat sebatang

kayu kering rebah ke arah landasan dan ianya mengenai lutup mangsa yang duduk di tepi tangga keretapi.

“Mangsa telah terjatuh dan terseret lebih kurang 50 kilometer dan kaki kirinya telah bergesel dengan rel keretapi

berkenaan.

“Impak kemalangan itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Jelas beliau, keretapi dua gerabak daripada Beaufort itu ketika kejadian sedang membawa seramai 133 orang penumpang

ke daerah Tenom dan bertolak kira-kira jam 1.25 petang hari ini.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Beaufort dan proses bedah siasatnya akan dilakukan pada jam 8 pagi esok.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya./SayangSabah

sumber:SayangSabah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag