Zikir Al-Wahhab… apakah maksud Al-Wahhab? Maksudnya: Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke
atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.
RAHSIA KEHEBATAN ZIKIR AL-WAHHAB
Menjadi terkaya dan terkenal – Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,
InsyaAllah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran.
Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, InsyaAllah anda akan
dirahmati dengan harta yang banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
Permintaan dimakbulkan – Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, InsyaAllah permintaanNya akan
diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
Mencari pekerjaan – Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat,
kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari kawan, jiran
atau seumpamanya).
Membayar hutang – Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah
sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak.
Kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan
ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga Khamis). InsyaAllah keperluan anda akan tersedia dan hutang
akan dapat dilangsaikan.
Menjauhi kelaparan – Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur, InsyaAllah anda tidak akan merasa lapar.
Dimakbulkan doa – baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa, kemusykilan anda akan terjawab dan
permintaan anda akan diperkenankan, InsyaAllah.
Membebaskan diri jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama
3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.
InsyaAllah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak. Untuk permulaan kita boleh amal 100 kali zikir
Ya Wabbab sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir Ya-Wahhab ni akan jadi amalan kita.
sumber:islam
Ulasan
Catat Ulasan