Langkau ke kandungan utama

Hukum Isteri Tidur Membelakangi Suami!



 سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللّهُ تَعَالى عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللّه صَلَى اللّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وصَحْبِه وَسَلَمْ
قَالَ; ((إِذَا بَاتَتِ المَرْأَةُ مُهَاجِرَةً فِرَا شَ زَوْجِهَا لَعَنَتْهَا المَلَٰائكة حَتَى تَرْجِعَ)) ۔رواه البخاري ومسلم۔

Ertinya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:-
"Jika seorang isteri berpisah katil dengan suaminya, malaikat melaknatnya sampai dia pulang" (H.R Bukhari dan

Muslim)

Huraian Hadis:

إذا باتت المرأة Yang ertinya apabila telah tertidur seorang wanita iaitu tidur di malam hari, kenapa di maksudkan di malam

hari? kerana kebanyakan hajatnya itu di waktu malam masa yang tenteram (bagi suami isteri)'' dan ketika seorang

isteri menjauhi suaminya atau sampai pisah ranjang seorang isteri membiarkan suaminya tidur dalam bersendirian atau

seorang isteri tidur dekat dengan suaminya akan tetapi membelakangi suaminya kecuali sudah tertidur kerana tidak

sengaja, maka wanita yang seperti itu لعنتها الملائكة di laknat oleh malaikat حتى ترجع sampai dia balik lagi maksudnya adalah

sampai pagi hari di laknat oleh malaikat.

Inilah adab yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, maka di sini perlu di perhatikan maksiat kepada suami bermakna

maksiat terhadap Allah SWT, kemurkaan suami bererti kemurkaan Allah SWT, buktinya adalah ketika seorang isteri

membelakangi suami malaikat ikut melaknatnya. Manakala seorang anak wanita telah berkahwin maka patuhnya seorang

isteri bukan kepada ayah ibunya lagi akan tetapi dengan seorang suami. kalau suami kata jangan keluar maka wajib di

turuti selagi seorang suami tidak menyuruh maksiat maka wajib mematuhinya.

Ciri-ciri wanita Solehah:-
'' Sebaik-baik wanita Kalau lihat wajahnya membuat engkau bahagia dan kalau di suruh maka akan taat, dan kalau di

tinggal akan menjaga dirinya (kehormatannya) dan dia menjaga hartamu ''

-Gambar Hiasan-
Sumber: Google images
Di ceritakan ada isteri dari salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w Abu Talhah beliau mempunyai seorang isteri

namanya Umu Sulaim dia punya anak yang bernama Umair. Anak ini adalah kesayangannya. Abu Talhah sahabat Nabi

Muhammad s.a.w, dan beliau Abu Talhah sangat-sangat sayang kepada anaknya.

Rasulullah S.A.W juga pernah bermain dengan Abu Umair. Pada suatu hari, Abu Umair telah ditimpa sakit dan pada

ketika itu Abu Talhah sedang berpuasa. Abu Talhah meninggalkan rumahnya untuk menguruskan kerjanya, setelah Abu

Talhah meninggalkan rumahnya untuk beberapa jam, maka anaknya Abu Umair pun meninggal dunia.

Ummu Sulaim memandikan jenazah anaknya dan membalutinya dengan kain lalu diletakkan diatas tempat tidur, kemudian

Ummu Sulaim pun mandi dan menyalin pakaian dan menghiaskan dirinya. Setelah Abu Talhah pulang untuk berbuka puasa

maka berkata Abu Talhah: "Wahai Ummu Sulaim, bagaimanakah keadaan anak kita?"

Ummu Sulaim berkata: "Anak kita sekarang berada dalam keadaan aman."

Setelah Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, maka dia pun merasa gembira, pada malam tersebut, Ummu Sulaim

melayani suaminya dengan baik dengan harapan suaminya akan merasa gembira.

Pada keesokan paginya, ketika suami isteri itu sedang berbual-bual, maka berkata Ummu Sulaim: "Saya mempunyai satu

soalan yang hendak dikemukakan kepadamu."

Abu Talhah berkata: "Katakan kepadaku, apakah soalan itu Ummu Sulaim?"

Ummu Sulaim pun berkata: "Andai seseorang itu telah diamanahkan untuk menjaga sesuatu barang itu, kemudian orang

yang mengamanahkan barang itu datang dan mengambilnya kembali, maka patutkah kita memberinya kembali atau tidak?"

Abu Talhah menjawab: "Kita mestilah mengembalikan barang yang diamanahkan itu apabila tuannya hendak mengambilnya,

kita tidak ada hak untuk menyimpannya."

Ummu Sulaim berkata lagi: "Abu Umair telah diamanahkan Allah S.W.T kepada kita, kini Allah S.W.T telah mengambilnya

kembali."

Apabila Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, hatinya menjadi pilu dan beliau berkata: "Wahai Ummu Sulaim,

mengapakah kamu tidak memberitahu ku terlebih dahulu?"

Kemudian Abu Talhah pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W dan menceritakan tentang kematian anaknya itu dan

layanan isterinya pada malam tersebut. Setelah Rasulullah S.A.W mendengar segala kata-kata dari Abu Talhah itu,

maka beliau pun berdoa: "Mudah-mudahan Allah akan memberkati pergaulan dengan isterimu itu."

Hasil dari keberkatan doa Rasulullah S.A.W, maka mereka dikurniakan oleh Allah S.W.T seorang anak lelaki yang

diberi nama Abdullah. Dan Abdullah pula apabila telah dewasa dan mendirikan rumahtangga, maka dia dikurniakan anak

seramai 9 orang, kesemua anak Abdullah adalah lelaki dan kesemua anaknya itu menjadi Qari.

Pengajaran dari kisah ini...
Kuatnya isteri solehah lagi beriman... walaupun dalam keadaan sedih tidak menunjukkan kesedihan dan menolak ajakan

suami, bahkan menunaikan hak suaminya...sedangkan anaknya telah meninggal dunia..

Kuatnya wanita Ummu Sulaim ini... Fuhhh... tak tahu la kan.. kita mampu jadi sekuat beliau atau tidak... huhu...


Apa pun.. Hukum isteri yang sengaja membelakangi suami atas sebab merajuk atau bertengkar, malaikat akan melaknat

isteri tersebut hingga ke Subuh... Nauzubillah...

huhuu,,,, Kalau boleh bermaafan sebelum tidur... mana tahu, malam itu malam terakhir sebagai suami isteri... mana

tahu kan... hhu... insaf bila sebut pasal mati... Jadi, jangan merajuk sebelum tidur... Kalau tertidur sebab penat

tu lain citer la kan... berpaling tanpa sengaja tu lain cerita... tapi kalau sengaja berpaling itu yang berdosa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...