Langkau ke kandungan utama

Camping dengan “Cik”


Assalamualaikum. Ni pertama kali share pengalaman seram yang aku sendiri alami masa join camping anjuran sekolah.

Kalau tak best, sorry ya. Cerita ni berlaku 8 tahun lalu. Masa ni aku dah sekolah menengah. Setiap tahun cikgu akan

offer aku pergi kursus kepimpinan (kem unit beruniform sekolah). Cikgu offer sebab dia cakap aku rajin datang koko.

Kalau ikutkan tahun sebelum tu, cikgu akan buat kursus dalam masa sehari je. Tapi tahun tu tetiba cikgu cakap kita

buat kat luar. Kat Hulu Langat. Aku pun apa lagi, seronok lah dapat buat aktiviti luar sekolah.

HARI JUMAAT (selepas sekolah).

Hari untuk camping pun tiba. Tak silap aku masa tu kitaorang hanya ada 37 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring

yang naik bas sekali. Jarak antara sekolah dengan Hulu Langat tu adalah dalam 45minit  – satu jam perjalanan sebab

bas kan slow sikit naik bukit.

Masa otw tu semua sakan betul borak tak ingat dunia. Excited lah katakan. Sampai je kat tapak camping tu, kami

diarahkan turun bas ambil beg, daki bukit. Ingatkan tapak bas berhenti tu lah tempat camping rupanya atas bukit nun

tempat kami.

Masa mula naik tu, aku dah rasa tak sedap hati dah. Tapi husnudzhon je lah maybe aku penat sangat kot time tu.

Sampai je atas bukit rupanya ada sekolah lain juga kat atas. Pelajar sekolah tu ramai. 2 bas datang bawa dorang.

Lepas tu kami diarahkan untuk letak beg kat pondok (bilik) yang diperbuat dari kayu (macam rumah panjang) tapi 2

tingkat. So aku decide dengan kawan-kawan aku nak ambil tingkat atas. Private sikit. Habis semua aktiviti petang

tu, dalam pukul 7 macam tu, kami dibenarkan berehat dan bersiap untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Kebetulan

masa tu bertembung masa dengan sekolah satu lagi, jadi toilet padat dengan manusia. Kami satu sekolah decide mandi

lepas habis aktiviti.

Masa kat dewan tunggu yg lain, hati aku ni dah memang tak boleh nak bertenang, gelisah je. Panas pun satu hal juga

time tu. Selesai solat, makan dan aktiviti, macam biasa lah kalau camping, akan ada nightwalk. Punya lah penakut

masing-masing bila fasi kata nightwalk ni kena naik atas bukit sambal tutup mata dan jalan ikut arah tali secara

berseorangan. Jarak masa orang depan dengan belakang dalam satu minit – dua minit. Boleh bayangkan tak macam mana

hysteria semua bila fasi cakap macam tu.

Kebetulan, waktu tu sekolah lain tu tgh buat nightwalk, so fasi tunjuk kat kami macam mana nightwalk yang

dimaksudkan. Ya Allah, masa tu bukan dorang je taknak, aku pun ikut sama jerit taknak sebab tetiba dorang kat dalam

hutan tu menjerit-jerit menangis.

Lepas dah merayu bagai, fasi kasi chance kami jalan ramai-ramai tapi mata still kena tutup. Masa tu dah gelap

gelita sebab fasi padamkan semua lampu. Muka fasi pun aku tak nampak dah masa tu. Tengah duk ikatkan penutup mata

kawan aku kat sebelah, hujung bukit aku nampak kelibat “Cik” berbaju putih, rambut panjang mengurai berdiri statik.

Berdesup bulu roma menegak. Aku ingat aku je nampak, rupanya hampir ke semuanya nampak. Kawan sebelah aku dah

nangis dah. Siap peluk aku kuat-kuat lagi. Lepas tu aku terus pusing kepala arah lain.

Beberapa saat lepas tu pelajar sekolah lain yang tengah nighwalk tu kena hysteria. Tak silap aku adalah dalam 4

orang. Bila aku kalih balik pandang tempat “Cik” tadi, dah takda. Dalam hati dok kata “jangan lah pula nanti kau

kacau kami pula”. Tengah fasi duk briefing, tetiba ada seekor kelip-kelip terbang hinggap kat lantai dewan, aku

tengok pun dah pelik sikit. Selalunya kelip-kelip ni kalau terbang ke mana-mana secara berkumpulan, tapi ni dia

seekor je. Lepas hinggap lantai, terus hilang kelip. Hilang yang tak dapat dikesan even bangkai. Bertambah lah

meremang bulu roma. Rasa diperhatikan je.

Habis aku tenung kelip-kelip yang hilang tu, fasi tegur aku kenapa tak ikat lagi kain tutup muka. Masa tu aku pun

jadi blur, “eh apahal aku tak pakai dari tadi?” Malas nak banyak soal, aku minta fasi ikatkan.

Bermulalah ekspidisi nightwalk kami jam 12.30 malam (fasi bagitau masa).

Dalam anggaran 15 minit berjalan, fasi tarik sorang-sorang untuk duduk berasingan di dalam hutan. Fasi bagi kod

siap-siap untuk kami supaya tak kena “culik”. Lepas dah duduk tu memang zikir je lah mampu masa tu. Aku dah dengar

kawan-kawan aku yang lain menjerit sebab fasi duk main kacau jadi nenek kebayan apa semua. Ada tu siap azan. Aku

pun tak ketinggalan juga kena kacau. Tapi aku bukan kena kacau dengan fasi, aku kena kacau dengan “Cik”. Dia ajak

aku bergurau. Mentang-mentang aku tutup mata, dia boleh join duduk sebelah aku? Alahaii.

Macam mana aku tahu “Cik” duduk sebelah aku? Sebab sebelum dia duduk, fasi kacau aku guna kain basah lalukan kain

tu kat muka aku, tapi aku tak rasa apa-apa. Meremang pun tak. Tapi bila “Cik” tu duduk sebelah kiri, seluruh bulu

roma belah kiri meremang oi! Masa tu memang kuat lagilah aku berzikir.

Aku tak tahu time bila aku terlelap, tetiba aku rasa macam kena angkat. Terus tersedar segar bugar. Gila kau, “cik”

main kasar. Lepas dah sedar tu, fasi bisik kod rahsia. Aku marah. Aku ingat diorang main-main. Sekali aku kena

marah bali sebab lengah-lengahkan dorang. So tamatkan nightwalk.

Sampai dekat dewan balik, fasi suruh kira diri sendiri nak tahu berapa orang ada. Aku orang kedua penghabisan. Kan

kitaorang datang 37 orang, tetiba balik dari nightwalk tu jadi 40 orang. Semua terkejut. Aku terus toleh. Rupanya

budak sebelah aku tu budak sekolah lain. Aku tak tahu macam mana dia boleh sesat sampai kat tempat kami sedangkan

tempat dia nightwalk jauh dari kami.
Rupanya masa kami tengah nightwalk tu, ada 3 budak hilang. Budak-budak tu dia kena sorok dengan “Cik”. Tu bila

balik dewan terlebih orang.

HARI SABTU

Esok pagi tu fasi tunjuk kami tempat kami duduk, memang jauhhhh kot dengan budak sekolah lain tu. Lepas tu situ

takdak pokok pun, tanah rata je. Maknanya all the time kami duduk tempat “Cik” tu lah sebenarnya. Sebab tanah rata

tu kat hujung bukit. Fasi pun ada cakap, “cik” ni biasanya takkan keluar sebab dia dah terikat dengan perjanjian

bersama fasi, tapi disebabkan kawan-kawan aku yang lain tu galak sangat bergelak sakan tak ingat, tu yang dia

keluar tu. Memang gila. Nasib budak-budak sekolah kami takda yang terkena hysteria, kalau tak taubat lah dorang nak

pergi kem lagi. And nak balik tu baru fasi buat confession, tempat tu banyak “Cik” yang kena buang dari bandar.

Sebelum KL jadi bandar, “Cik” ni duduk KL. Tapi nak membangunkan KL kena bawa “Cik” pindah dulu. Jadi “Cik” pun

kira “Cik” bandar lah. Bukan kampong. Tu je lah cerita aku untuk kali ni.

Actually ada banyak lagi story. Pasal misteri rumah arwah atuk dan saka.
Sumber: fiksyenshasha.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...