Langkau ke kandungan utama

9 Tips Sihat untuk Meningkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan Anda


Tips Tingkatkan Kesihatan Sistem Pencernaan Anda
1.Teruskan mengunyah

Satu tips yang mudah namun memberikan kesan yang besar kepada sistem pencernaan anda ialah dengan mengunyah.

Perbuatan mengunyah sering kali dipandang dengan sebelah mata, namun ia sangatlah penting bagi proses pencernaan

yang baik. Lebih banyak anda mengunyah di dalam mulut, lebih sedikit kerja yang diperlukan selepas itu. Otak anda

juga memerlukan sedikit masa untuk menerima isyarat bahawa anda sudah kenyang, jadi ambil masa untuk mengunyah

kita-kira 20 hingga 30 kali sebelum menelan makanan anda. Berikan perut anda untuk bersedia sebelum menerima

makanan yang akan masuk ke dalamnya.
2.Banyak makan serat

Adalah penting untuk anda mengambil serat bagi membolehkan makanan terus bergerak melalui usus dengan lancar. 

Terdapat dua jenis serat – serat larut dan serat tak larut. Serat larut seperti sayur-sayuran dan bijirin akan

menyerap air daripada tinja supaya ia tidak menjadi terlalu cair. Serat tak larut membantu menjadikan tinja lebih

berketul-ketul. Dengan memadankan makanan yang berlemak dengan serat, tubuh badan anda akan mampu untuk memecahkian

makanan berlemak yang mana kebiasaannya tidak dapat dicerna dengan mudah.
3.Minum air

Tambahkan lebih banyak air dalam diet anda yang akan membantu proses pencernaan dengan melarutkan lemak dan lemak

terlarut – ini akan membantu makanan untuk melepasi usus anda dengan mudah. Cara ini merupakan cara yang mudah

namun memberikan kesan yang besar. Hal ini adalah disebabkan oleh, terlalu sedikit air dalam badan akan menyebabkan

tinja menjadi keras dan sukar untuk melalui kolon.
4. Senaman

Gerakkan tubuh badan anda  dengan cara berjalan atau berjoging, mengangkat beban ataupun melakukan senaman yoga.

Cara ini akan membolehkan makanan anda digerakkan melalui sistem pencernaan serta merangsang otot-otot saluran

tersebut. Perkara ini penting disebabkan oleh dinding kolon anda perlu untuk mengecut apabila tinja melaluinya dan

dengan cara bersenam, ia akan menguatkan otot tersebut.
5.Mengurangkan tekanan

Rasa tertekan atau resah boleh menyebabkan sistem pencernaan anda terjejas disebabkan oleh otak dan sistem

pencernaan tersebut saling berhubung. Tekanan boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sindrom perut luka serta

ulser. Bagi mengawal masalah seperti ini, anda boleh cuba senaman yang menenangkan seperti bernafas dalam-dalam,

bermeditasi ataupun berdoa.
6.Makan makanan suam

Limpa akan menjadi aktif bekerja dalam suasana yang suam. Hal ini disebabkan oleh enzim pencernaan kita memerlukan

keadaan suam bagi memecahkan makanan dengan baik. Keadaan makanan dan minuman yang terlalu sejuk akan boleh

menyebabkan fungsi limpa akan terganggu. Jadi, makan makanan yang suam akan lebih mudah untuk dihadam. Sertakan

sup, sayur-sayuran yang dimasak atau teh ke dalam diet pemakanan anda.
7. Berhenti merokok

Merokok boleh memberikan kesan negatif kepada sistem pencernaan anda disebabkan oleh ia akan melamahkan injap yang

berada di hujung esofagus dan akhirnya akan menyebabkan refluks asid serta pedih ulu hati. Merokok juga akan

meningkatkan risiko kanser perut.
8.Pengurangan berat badan

Penambahan berat badan sebanyak beberapa paun pun sudah cukup untuk menyebabkan masalah pencernaan. Hal ini adalah

disebabakan oleh, injap yang terletak di antara perut dan esofagus kadang kala tidak ditutup dengan baik sehingga

menyebabkan asid perut untuk kembali masuk semula ke dalam esofagus semula. Dengan cara pengurangan berat badan,

anda seolah-olah mengurangkan tekanan dan membenarkan sistem pencernaan anda berjalan dengan baik.
9.Cuba probiotik

Selain daripada serat, satu perkara yang anda tidak boleh lupakan daripada diet anda ialah probiotik yang mana

sangat berguna kepada sistem imun kita. Probiotik akan bersaing dengan bakteria jahat dan dalam masa yang sama

memberikan perlindungan antibodi kepada kita serta membebaskan probiotik semula jadi dalam laluan pencernaan.

Kajian telah mendapati bahawa probiotik boleh mencegah alahan dan jangkitan serta penyakit yang melibatkan perut.

Susu kultur merupakan salah satu sumber probiotik yang terbaik. Anda juga boleh cuba kubis jeruk dan tempe.
Sumber:tengkuasmadi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...