Langkau ke kandungan utama

7 Doa Perlindungan Yang Mesti Anda Amalkan


Kebergantungan manusia kepada sang Pencipta, Allah SWT memang tidak boleh dinafikan. Sekuat mana pun, sepandai mana

pun seseorang manusia itu, segala gerak kerja buatnya tetap tertakluk kepada keizinan Allah SWT.

Sebab itulah, manusia yang beriman akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan beribadah serta menggandakan

ibadahnya dan berdoa kepada-Nya.

Orang beriman diajar, sekiranya berdepan dengan kesulitan, musibah, kepayahan atau apa jua rintangan, maka

janganlah berputus asa kerana masih ada jalan keluar baginya iaitu berdoa mengadu kepada Allah SWT. Inilah rahsia

kekuatan bagi orang-orang yang beriman sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Daripada ‘Ali Bin Abi Tholib r.a;

“Doa merupakan senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi”.

[Riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim, dinilai sahih oleh para muhadith]
[Lihat Tafsir Al-Munir, Juz 2 Surah Al-Baqarah, Huraian ayat 186, Dr Wahbah Az-Zuhaily]

Sebab itulah di dalam Islam ada diajar pelbagai jenis doa, antaranya doa pelindung diri, doa untuk anak dan

sebagainya. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 7 doa perlindungan yang mesti anda amalkan

dalam kehidupan seharian.
1) TA’AWUDZ
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam.”
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Artinya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.”
Baca di petang hari, niscaya tidak ada racun atau binatang (seperti: kalajengking) yang mencelakakannya di malam

itu. HR. Ahmad 2: 290. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim.
2) BERWUDHU.

Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap

mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia

tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci’”.(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
3. AL-BAQARAH AYAT 255 (AYAT KURSI).
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Artinya: “Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus

(makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat

memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang

mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi

langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah:

255) (Dibaca 1 x)

Apakah kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya?

Faedah bagi yang mengamalkan ayat kursi ini ialah siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi

(oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga

petang.

HR. Al Hakim (1: 562). Syaikh Al Albani menshahihkan hadits tersebut dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 655.
4) SURAH AL-BAQARAH AYAT 285 & 286 (2 AYAT TERAKHIR)

Diantara faedah sahih dari Surah Al Baqarah dari hadits-hadits yang sahih, ialah bahawa surah ini laksana bunga dan

cahaya kebahagiaan yang akan datang sebagai pembela di hari kiamat, pembacanya tidak akan dikuasai tukang sihir,

melindungi dari bencana, ada 80 malaikat di tiap ayatnya, Mengobati orang gila, Setan lari ketika dibacakan, pusaka

Arsyi dan ditulis 2000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi. Selain itu dalamnya ada 10 ayat ruqyah yang

berfungsi sebagai perlindungan dan anti sihir.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum

menciptakan langit dan bumi. Kemudian Dia menurunkan dua ayat darinya dan menjadikan kedua ayat tersebut sebagai

pebutup dari surat Al Baqarah. Maka tidaklah dua ayat itu dibaca di dalam rumah selama tiga malam kemudian syaitan

berani mendekatinya.” Affan berkata, “Maka (rumah itu) tidak akan didekati (syaitan).” Musnad Ahmad 17688
5) SURAH AL-FALAQ & AN-NAS
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Artinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb

yang menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari

kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki

apabila ia dengki”. (QS. Al Falaq: 1-5) (Dibaca 3 x)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ

Artinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb

manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan

(kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.” (QS. An Naas: 1-6) (Dibaca 3 x)

Faedah surah an-Nas pula ialah siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka

segala sesuatu akan dicukupkan untuknya. HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan

bahwa sanad hadits ini hasan.
6) ZIKIR PAGI & PETANG

Zikir ini dikenali juga sebagai al-Mathurat. Al Ma’tsurat adalah kitab kecil berupa kumpulan doa yang disusun oleh


Al Imam Hasan Al Banna Rahimahullah yang berisi doa-doa yang berasal dari Al Quran dan As Sunnah. Ia baik untuk

diamalkan kerana zikir-zikirnya mengandungi zikir-zikir yang khusus di waktu pagi dan petang.

Zikir al-Mathurat ini anda boleh dapatkan di mana-mana kedai buku agama untuk anda amalkan setiap pagi dan petang.

Dan mudah-mudahan dengan mengamalkan zikir ini dapat memelihara diri kita dari kejahatan jin dan manusia.
7) SEMPURNAKAN DENGAN SURAH AL-KAHFI AYAT 1-10

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

“Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim

no. 809) Dalam riwayat lain disebutkan juga 10 ayat terakhir surat Al-Kahfi.

Dajjal adalah tukang sihir paling ulung yang akan muncul di akhir zaman dengan sihirnya, dan surah al Kahfi adalah

benteng yang akan menghalang sihir dan fitnah apabila munculnya dajjal nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...