Langkau ke kandungan utama

5 Teknik Berhenti Merokok Paling Berkesan Yang Syarikat Rokok Taknak Anda Tahu


Tahukah yang merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti

kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok? Dengan kata lain, merokok boleh memberi kesan kepada

hampir setiap organ dan tisu pada badan kita.

Kenapa Korang Harus Berhenti Merokok?
Dekat kotak rokok sendiri pun dah tertulis yang merokok membahayakan kesihatan dan rokok tradisional ni memang

terbukti boleh membawa kita untuk menempa kematian dengan pelbagai jenis penyakit tak diundang. Namun cabaran utama

sebagai perokok adalah bagaimana untuk menangani ketagihan ini dengan cara terus berhenti atau dengan bantuan

alternatif lain.

Apakah Faedah Yang Diperolehi Dengan Berhenti Merokok?

Ramai yang mengeluh bila awek bising sebab kita merokok. Iyalah kalau ikutkan mana ada perempuan yang suka dengan

perokok ni. Bila dia sanggup terima korang tu, maknanya memang dia sayangkan korang dan dia masih lagi sabar dan

beri peluang untuk korang perbaiki diri. Kalau korang berhenti rokok, memang awek atau isteri korang la manusia

paling bahagia atas muka bumi ni. Barulah mereka rasa selesa nak bergaul dengan korang berbanding dengan seorang

yang berbau macam ashtray sebelum ni. Haha.

Keluarga dan anak-anak korang pun tumpang bahagia juga bila korang berhenti merokok ni kerana mereka tidak lagi

menjadi menyedut asap rokok korang tu. Dan paling penting adalah kesihatan diri korang sendiri. Bila umur makin

meningkat, barulah akan datang kesedaran betapa pentingnya kesihatan ni.

Mesti korang cakap dalam hati, “Aku tahu la semua ni tapi macamana cara yang boleh buat betul-betul berhenti?!!”

Ok sabar. Cuba fikir balik berapa banyak duit yang dah korang laburkan kepada rokok. Katakan kalau sehari korang

beli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan = RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun). Kalau korang salurkan duit tu

kepada pelaburan selama 10 tahun, korang dah ada RM18,000.00 dalam akaun simpanan. Itu kalau Rokok yang harganya

RM5 sekotak macamana pulak kalau rokok korang tu harga RM17 sekotak ye? Kiralah sendiri. Heh.

Bagaimana Nak Berhenti Merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah

keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti. Manusia berjaya harus ada misi dalam hidup.
2. Yakin diri. Kalau bukan diri kita yang kena yakin pada diri sendiri dulu, siapa lagi kan?
3. Buatkan nota peringatan. Tampal kat tempat yang senang dilihat
4. Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
5. Sentiasa berfikiran positif yang korang mampu.
6. Dapatkan sokongan orang terdekat yang tidak merokok dan sayang anda.
7. Gunakan alatan terapi pengganti nikotin seperti nanoSTIX

Teknik berhenti merokok
Ini adalah teknik berhenti merokok seperti yang kami dapatkan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri dan

beberapa cara lain yang berkesan mengikut pengalaman sendiri, ataupun orang sekeliling. Dari terlalu banyak,

Ohmedia ringkaskan menjadi 5 tips yang padat sahaja dan gerenti berkesan.

1. Melengah-lengahkan.
Kalau rasa nak hisap rokok tu, cuba lengahkan dulu dengan membuat sesuatu perkara yang lain. Contohnya sibukkan

diri dengan main game dekat phone tu ke, call awek korang dulu ke, pergi ambil wudhuk dan solat ke, atau buatlah

apa sahaja yang membuatkan korang terleka seketika daripada rokok.

2. Banyakkan Minum Air
Banyakkan untuk minum air masak dan kurangkan air manis apalagi yang ber’kafein kerana ianya hanya membuatkan

korang rasa ingin merokok. Bila nak minum air tu, basuh tangan sekali dengan sabun biar wangi. Untuk rasa lebih

segar lagi, rajinkanlah diri untuk mandi dengan lebih kerap.

3. Mengunyah Sesuatu
Dengan hanya mengunyah sesuatu, akan buat mulut korang terasa sibuk dan tak ada masa nak merokok. Memang tak

seronok hisap rokok sambil mengunyah. Jadi sentiasa kunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan buah-buahan agar

terlupa terus tentang rokok.

4. Kurangkan Bergaul Dengan Perokok
Bila korang bergaul dengan perokok, memang jadi masalah besar untuk korang berhenti rokok. Kalau boleh semasa dalam

proses berhenti rokok ni, cuba jauhkan dan jangan tengok sesiapa pun yang sedang merokok. Banyakkan bergaul dengan

orang yang tidak merokok dan sentiasa memberi dorongan dan peringatan tentang bahanya rokok kepada diri korang dan

keluarga.

5. Gunakan alat terapi pengganti Nikotin.

Ini kalau yang follow Instagram Ohmedia mesti tahu sebab baru-baru ni Ohmedia ada kongsikan dan lebih menarik, kami

sendiri menggunakan ini dan akhirnya mana-mana staff yang merokok terus berhenti merokok.

Tak semua orang boleh berhenti merokok dengan hanya berbekalkan keazaman dan dorongan semata-mata. Ada yang

memerlukan alatan yang boleh membantu untuk berhenti. Antara yang paling popular di Malaysia adalah nanoSTIX yang

telah terbukti banyak membantu para perokok untuk membebaskan diri mereka daripada merokok dengan begitu cepat

sekali.


NanoSTIX menggantikan ketagihan kepada Nikotin yang terkandung di dalam rokok dengan membekalkan Nikotin secukupnya

kepada tubuh-badan agar tidak rasa mengantuk, lemah, tidak bersemangat, atau ketagihan untuk kembali menjadi

seorang perokok.

Peranti dengan teknologi dari USA dan flavor/perisa Nano-Nicotine yang dikeluarkan oleh anak Malaysia sendiri ini

merupakan satu anjakan paradigma untuk menggantikan rokok tradisional barasaskan tembakau yang telah wujud sejak

sekian lama.
sumber:OH MEDIA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman! ...

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak...

6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam

Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu istri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar. ads Misalnya saja, ketika wanita merindukan seorang pria yang bukan muhrimnya. Mungkin pria itu teman dekatnya. Lalu apa yang harus dilakukan wanita tersebut? Haruskan mereka meluapkan perasaan rindu ke dalam praktek pacaran? Tentu saja tidak! Pacaran dalam islam jelas hukumnya haram sebab pacaran itu mendekati zina. Larangan berpacaran dalam islam dijelaskan dalam firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara ...