Mohon Sebarkan! Mengapa Kita Dianjurkan Berlama-Lama Semasa Sujud Dan Rukuk? Memang ini Manfaat Yang Luar Biasa!
Solat lima waktu merupakan perintah yang wajib dijalankan oleh Umat Islam. Kekhusyukkan dalam menjalankan solat sangat penting untuk mendapatkan manfaat baik secara agama mahupun perubatan. Ada orang yang dalam solatnya begitu khusyuk dan menikmati setiap gerakan-gerakannya. Namun ada pula yang cepat-cepat agar solat segera selesai. Dua gerakan yang biasanya dilakukan secara kilat ada saat rukuk dan sujud. kerana urusan dunia biasanya manusia mempercepat dua gerakan ini agar solat cepat selesai. Padahal dua gerakan ini memiliki manfaat besar dari segi perubatan. Jika dilakukan secara cepat, maka manfaat perubatan dari gerakan rukuk dan sujud ini tidak didapatkan secara maksimal. Manfaat perubatan apa yang dimaksud? Berikut ini ulasannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW memerintahkan umatnya untuk memperlama gerakan rukuk dan sujud. Menurut Rasulullah lamanya dua gerakan tersebut dapat menggugurkan dosa. Suatu hari Abdullah bin Umar -rodhiallohu anhuma- melihat seorang pemuda sedang