WASHINGTON: Ratusan umat Islam menunaikan solat Jumaat di hadapan bangunan Rumah Putih
membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis
sebagai ibu negara Israel.
Kebanyakan yang hadir menyahut seruan organisasi Islam Amerika, bertindak membentang sejadah
di kawasan taman di hadapan kediaman Presiden.
Kebanyakan penunjuk perasaan memakai selendang 'keffiyeh' bercorak bendera Palestin, sambil
ada antara mereka yang memegang sepanduk mengutuk tindakan Israel menguasai timur
Baitulmaqdis dan Tebing Barat.
Umat Islam berkumpul di depan berlatar belakangkan Rumah Putih untuk solat Jumaat. - Foto
AFP
"Trump tidak memiliki sebidang tanah di Baitulmaqdis dan Palestin. Dia hanya memiliki Menara
Trump. Dia boleh menyerahkannya kepada rakyat Israel," kata Pengarah Eksekutif Majlis
Hubungan Amerika Islam (CAIR).
Pada Rabu lalu, Trump mengisytiharkan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
dan sekali gus mengumumkan pemindahan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. - AFP
Ulasan
Catat Ulasan