Ahmad Zahid (kiri ke-6) dan Musa (kanan ke-6) yang diapit oleh Hamidah dan Faridah ketika
melancarkan konvensyen media Umno Sabah di bangunan Umno Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
KOTA KINABALU: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa jentera teknologi maklumat (IT) UMNO
negeri ini tidak mengamalkan sikap membisu atau ‘babau’ dalam berdepan cabaran fitnah yang
dilemparkan menerusi medium laman sosial.
Sebaliknya tegas Timbalan Perdana Menteri, jentera dan biro IT UMNO perlu bertindak agresif
untuk mengekang setiap maklumat palsu yang ditujukan kepada kerajaan serta parti dari semasa
ke semasa.
Zahid Hamidi
Jelas Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden mahu supaya semua
ahli parti menggunakan ruang sedia ada untuk menaikkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN)
selain berperanan sebagai menapis persepsi negatif dalam kalangan pengguna media sosial
menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
sumber:SuaraSabah
Ulasan
Catat Ulasan