Langkau ke kandungan utama

Remaja hilang, mengadu pernah diekori


NUR Aliyah Haslan mengadu pernah diekori sebelum dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan
untuk menjalani ujian bertulis JPJ. - Foto ihsan keluarga mangsa

BATU PAHAT: Seorang remaja perempuan yang dalam perjalanan untuk menghadiri Ujian

Berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hilang, dengan skuternya ditemui di

persimpangan masuk Estet River, Yong Peng, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, skuter yang dinaiki mangsa Nur Aliyah Haslan, 16,

ditemui kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Taman Berjaya, Yong Peng.

Bapa mangsa, Haslan Hamidin, 45, berkata anak sulungnya itu dalam perjalanan ke rumah rakan

bagi menemankan menghadiri ujian berkenaan.

Katanya, beliau yang bertugas di Kuala Lumpur itu sempat menelefon anaknya kira-kira jam 6

pagi untuk solat Subuh selain menasihatkannya supaya cuba menjawab ujian berkenaan sebaiknya

selepas gagal dalam dua ujian sebelum ini.

"Malah 15 minit sebelum Nur Aliyah keluar rumah, dia sempat menghantar Whatsap memaklumkan

akan menjemput kawannya dahulu sebagai teman selain meminta saya mendoakannya supaya lulus

dalam ujian kali ini.

"Namun kira-kira jam 9.30 pagi, saya dihubungi Balai Polis Yong Peng memaklumkan skuter

ditunggangi anak ditemui orang awam di persimpangan masuk Estet River. Malah, cubaan untuk

menghubungi telefon bimbitnya gagal.

"Rakannya juga memaklumkan anak saya tidak datang menjemputnya bagi menemankan ke ujian

berkenaan, dan pihak di JPJ Batu Pahat turut mengesahkan anak saya tidak hadir dalam ujian

berkenaan.

"Lebih merisaukan kami sekeluarga, rakan anak saya yang bekerja bersamanya di sebuah

restoran makanan segera di Yong Peng, memaklumkan pernah mengadu diekori orang tidak

dikenali beberapa hari lalu namun tidak pula memaklumkan kami sekeluarga," katanya kepada

BH.

Haslan berkata, anak sulungnya itu seorang yang berdikari dan baru berkhidmat secara separuh

masa di restoran makanan segera berkenaan cuti sekolah ini bagi mencari pengalaman dan wang

saku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa

mengesahkan kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat mangsa diminta segera menghubungi

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat atau balai yang berhampiran.

sumber:beritaharian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA DAN SELEPAS AKHIR KERJA

 Doa Memulakan Hari "Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.” “Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.” “Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.” “Ya Allah ! Ya Rohman!

Sering Mengamalkan Minum Air Mani, Ini Yang Terjadi Selepas Setahun

Apa yang diamalkan oleh seorang wanita ini adalah sesuatu yang sangat diluar jangkaan dan pemikiran. Wanita tersebut dikenali sebagai Tracy kiss berumur 29 tahun. Tracy Kiss merupakan seorang ibu tunggal dan dia juga seorang yang hanya mengamalkan makan makanan sayuran sahaja. Dia juga turut mengamalkan minum air mani setiap pagi untuk memberinya sentiasa bertenaga. Tambah Tracy lagi, dia selalu minim sperma itu setiap pagi sebagai sarapan utamanya seperti mencampurkannya ke dalam minuman. Tracy juga mengakui sebelum dia mengamalkan petua meminum sperma, dia katakan badannya sentiasa berasa lesu,letih dan kurang tenaga malah badannya akan cepat berasa penat. Setelah dia mengamalkan petua itu dia rasakan perubahan yang sangat ketara kerana dia rasakan badannya berasa sangat bertenaga dan lebih bersemangat. Dia juga rasakan seperi umurnya bukan seperti 29 tahun tetapi seperti remaja belasan tahun. Dia juga menyatakan yang mempunyai stok yang mencukupi dari salah seorang rakan karib lelak

SEJARAH PERLOMBONGAN MAMUT, RANAU.

Perlombongan tahun kedua - 1972  Bagaimana ia bermula? Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah, Hasil kajian PBB mendapati nilai-nilai tembaga yang tinggi termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan. Perlombongan tahun keempat - 1974 Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan ke atas tanah sekitar mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong mineral2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD. Perlombongan tahun kelapan - 1978 Pada masa penerokaan ,15,620m mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembag