Sebagai seorang isteri, kadang kala anda terlepas pandang sesuatu yang dianggap remeh namun sebenarnya sangat perlu untuk anda luahkan pada suami anda, iaitu ucapan terima kasih.
Mungkin bagi seseorang ucapan terima kasih itu hanyalah sesuatu yang sangat remeh, tidak perlu diucapkan. Tetapi hanya dengan kata ucapan ‘terima kasih’ itu la yang akan memberi semangat kepada si suami untuk terus berjuang dalam mencari rezeki untuk anak isteri.
Tanya diri anda, berapa lama sudah usia perkahwinan anda, dan adakah anda pernah mengucapkan terima kasih kepada suami anda? Berapa kerap kah anda mengucapkan kata terima kasih atas pengorbanan suami terhadap keluarganya?
Memang benar pengorbanan suami tidak sebesar pengorbanan seorang isteri melahirkan anak-anak dan menguruskan keluarga, namun suami adalah ketua keluarga, segala dosa dan pahala anak dan isteri di bahunya. Ianya tidak terlihat, namun itulah ‘beban’ yang paling berat yang perlu ditanggumg seorang suami.
Baca dan hayati isi kandungan surat berikut ini.
Surat untuk suami tersayang
Buat suamiku yang tersayang,
Sengaja saya tulis surat untuk suami tersayang ini kerana saya ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada awak. Satu malam, selepas selesai bagi anak-anak tidur, saya terduduk kepenatan di sofa. Saya mengeluh.
Satu hari ini saya asyik berdiri, tak sempat nak duduk pun. Berlari ke sana sini menguruskan anak-anak. Dan saya sangat penat, suamiku.
Sangat penat sampai saya tak perasan yang awak belai rambut saya lembut ketika awak nak ke dapur tadi. Saya sangat penat sampai saya tak senyum balik pun dekat awak ketika awak bawa balik teh hijau kegemaran saya.
Ketika saya nak tertidur, ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Dan benda itu asyik melekat dalam otak saya. Sejak saya jadi seorang ibu, jarang saya sebut “terima kasih” pada awak.
Ucapan terima kasih kerana bekerja keras untuk bela saya dan anak-anak kita. Ucapan terima kasih kerana menjalankan tugas awak sebagai bapa terbaik.
Jadi, di sini saya nak ucapnya. Terima kasih, suamiku tersayang.
Surat untuk suami tersayang – terima kasih untuk segala-galanya, abang!
Terima kasih kerana bagi saya berehat sekejap pada hujung minggu. Bila saya bangun tidur, awak sudah bagi anak-anak makan, mandi dan masakan awak sedap sekali! Anak-anak pun puji masakan bapa mereka.
Terima kasih sebab awak penat-penat balik dari kerja dan dengar saya membebel tentang semua perkara. Walaupun awak tak perlu tahu secara terperinci bagaimana anak kecil kita muntah tadi, tapi awak tetap dengar semua cerita saya.
Terima kasih kerana tahu kadang-kadang betapa saya stres nak uruskan anak dan kemas rumah dalam masa yang sama. Geram betul saya waktu saya hantar anak ke sekolah semalam, ada kereta follow saya dari belakang rapat sangat!
Terima kasih sebab urut badan saya yang sakit semalam. Awak tak tahu betapa saya sangat memerlukan urutan yang boleh melegakan rasa sakit ini.
Kadang-kadang apabila saya membebel dan marah-marah, saya selalu lupa yang awak juga bangun awal pagi nak ke tempat kerja. Awak juga sibuk ambil tahu tentang anak-anak.
surat untuk suami tersayang
Malah, awak mungkin bekerja lebih keras berbanding saya! Lepas awak balik kerja, cepat-cepat awak makan dan mandi semata-mata sebab nak bersembang dengan saya dan anak-anak.
Surat untuk suami tersayang yang amat istimewa dalam keluarga ini
Awak tak pernah halang saya nak keluar, atau nak balik ke rumah mak saya di kampung. Kadang-kadang saya fikir, bertuah sungguh saya dapat awak sebagai suami!
Terima kasih kerana awak sanggup dengar segala arahan saya tentang “bagaimana nak jaga anak-anak kita” setiap hari. Kadang-kadang mungkin 2 kali sehari.
Dan awak tak pernah call saya merungut-rungut kata awak melalui hari yang teruk dekat pejabat. Atau ketika awak kena layan si kecil kita mengamuk ketika awak tengah on call dengan bos.
Awak hanya akan call saya untuk pastikan saya okay. Jadi, terima kasih sayang.
Awak selalu cakap pada anak-anak, mereka bertuah sebab ada ibu seperti saya. Tapi saya juga sepatutnya cakap pada anak-anak, mereka juga bertuah sebab ada bapa seperti awak. Sangat bertuah!
Jadi sayang, terima kasih untuk segala-galanya,
Ikhlas dari isteri yang menyayangimu.
Bila kali terakhir anda mengucapkan terima kasih pada suami anda? Mari sama-sama kita menunjukkan penghargaan kita pada mereka pula. Mereka juga berusaha keras untuk jadi suami dan bapa terbaik buat kita sekeluarga. ”
Sumber: My.theasianparent.com
Ulasan
Catat Ulasan